25

Asma '91 ~ Ad-Dhar

10:34 |



MAHA PEMBUAT BAHAYA


Ad-Dhar ,menurunkan kesedihan.Berkuasa menjadikan orang itu merasa gundah gulana sebagai contoh, musuh Islam yang enggan tunduk kepada-Nya,akan merasa tidak senang hati. Bila Dia menurunkan malapetaka kepada mereka, tiada siapa dapat membantu atau menyelamatkan mereka. Lihatlah penyakit yang semakin menular di kalangan mereka yang ingkar!

1 --> Berlindung daripada musuh

Orang yang membaca Ya Dhar 100 kali di waktu malam tidak akan dipengapakan musuh,jika ada.Musuh tidak akan dapat menyentuhnya dan Allah akan melimpahkan rahmat ke atas pembacanya yang menjadi semakin akrab dengan-Nya.

2 --> Menyembuhkan penyakit berlarutan

Baca Ya Dhar 1001 kali, in sha Allah ia akan sembuh atau berkurangan.

3 --> Keselamatan

Baca bagi perkara-perkara berikut :

a) Rumah

    Baca Ya Dhar 300 kali selepas Jumaat, in sha Allah rumah akan dilindungi.

b) Bahaya

     Baca Ya Dhar 100 kali setiap malam Jumaat dan anda akan dilindungi dari sebarang bahaya.
     Anda juga menjadi semakin intim dengan Allah kerana Allah telah berjanji Dia akan mendekati
     mukmin yang menghabiskan masa,tenaga dan harta ke jalan-Nya.In sha Allah anda juga akan
     merasa kehadiran Allah dalam setiap perkara kehidupan anda kerana bukankah Dia ada
     di mana-mana?












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...