2

Andai kami tiada.....

05:02 |
Anak-anak mama.....
Mama ingin berkongsi sesuatu


MUHAMMAD IRFAN...nama yang dipilih mama & babah
Yang terpuji,bijaksana dan kesyukuran maksudmu
Mama & babah mengharapkan sebagaimana 
indahnya makna namamu...
sebegitu jualah perjalanan hidupmu
Harapan mama & babah agar sebagai anak yang sulung
Irfan tabah,kuat,tidak mudah putus asa dalam membimbing adik2 mu
Andai kami tiada.....
Jalankanlah tanggungjawab mu sebagai ketua keluarga
Mama & babah tahu Irfan tak lupa......




Inilah seorang sahaja bunga dalam keluarga
Anak mama NUR IRDIENA
Cahaya dan kehormatan kami
Itulah nama yang puas mama & babah cari
Doa kami Dina jagalah harga dan kehormatan diri
Jadilah wanita yang solehah,dihormati dan berjaya
Janganlah terpedaya dengan janji2 manis di dunia
Sedangkan di akhirat manisnya sudah pasti
Andai kami tiada.....
Sebagai adik & kakak jalankanlah tanggungjawabmu
Bertolak ansur,tegur menegur dan saling ingat-mengingati
Mama & babah tahu Dina tak lupa.....


Anak mama yang comel
Kelahiranmu memang tidak disangka-sangka
Hadirmu menambahkan lagi kegembiraan kami
Teman bermain abang dan kakakmu
MUHAMMAD DANISH RAZIQ
Yang terpuji,bijak dan hamba yang murah rezeki
Begitu besarnya harapan mama & babah
Agar setiap langkahmu dilindungi dan diberkati Allah s.w.t.
Begitu kuat godaan  dan cabaran di dunia ini
Andai Danish jatuh tersungkur
Bangunlah sayang....abang dan kakakmu disisi
Jadilah adik yang mendengar kata,bijak bila bersuara
Hormatilah abang dan kakakmu
Biar senang dan kaya manapun kamu
Andai kami tiada.....
Ingatlah susu yang mengalir dalam tubuhmu dulu
Juga dikongsi sama oleh abang dan kakakmu
Mama dan babah tahu Danish tak lupa.....


Anak2 ku....janganlah lupa pesan mama & babah
Tiada harta yang dapat kami bahagi2 kan
Cuma mama ingin berkongsi cerita
Segala memori mama & babah bersama 
Tendangan kaki yang pertama dalam perut
Tidur yang lena tersentak dengan tendanganmu
Oh,tak sabarnya melihat kamu lahir ke dunia!
Betapa sarat dan letihnya mama ke sana sini membawa kamu
Sakit dan letihnya melahirkan kamu semua
Terhapus semuanya dengan menatap matamu


Di saat2 kamu demam dan sakit
Babah setia menemani mama berjaga malam
Bergilir kami mendodoi kamu dengan zikir
Di saat kamu terlalu nakal dan membuat salah
Maafkanlah mama & babah andai kami terkasar bahasa
Kami hanyalah seperti mama & babah yang lain
Sanggup berbuat apa sahaja agar anak2 menjadi yang berguna
Dunia dan akhirat
Kerana amanah yang Allah beri perlu kami laksanakan
Agar tidak kami disoal di 'sana' nanti


Hanya inilah coretan mama
Mama hadiahkan buku memori ini
Luahan dan rintihan mama dalam membesarkan kamu bertiga
Rasa seperti baru semalam mama lahirkan kamu
Terngiang-ngiang lagi tangisan kamu yang pertama
Masih terasa kehangatan tubuh kamu di atas dada mama
Andai kami tiada.....andai kamu bertiga rindukan kami...
Bacalah buku ini,genggam eratlah seumpama kami disisi
Setiap perkembangan mama lakarkan semuanya


Pinta kami janganlah lupa kasih sayang kami
Moga setiap catitan memori itu mengeratkan kamu bertiga
Mama halalkan air susu yang mengalir dalam tubuhmu
Mama maafkan segala kesalahan dan kesilapan kamu
Maafkanlah mama jika mama tidak dapat sehebat mama yang lain
Tetapi mama sentiasa dan cuba jadi yang terbaik


Anak-anak mama.....
Tiada lain yang kami pinta
Bukan nisan emas yang kami idamkan
Bukan juga taburan orkid di setiap masa
Bukan juga pusara berdindingkan segala jubin
Tetapi....mama & babah pinta
Terangilah kami disana bersama ayat2 suci Al-Quran
Temanilah kami dengan doa2 anak yang soleh & solehah
Hanya itu yang kami pinta
Andai kami tiada.....




Nota Comel:Masa sorang2 type artikel ni kite nangis.Idea datang secara tiba2 di depan screen,takda pun dirangka2..maklumlah Sagittarius ni kadang2 kreatif huhu...Rasa sedih,sayu dan tertanya2 adakah sempat melihat anak2 membesar di depan mata.Dan esoknya Irdiena terbaca.Tiba2 dia senyap lalu tersedu2 menangis dan peluk mamanya.Ya Allah Engkau panjangkanlah usia kami suami isteri agar dapat menikmati kehidupan sebagai mama dan babah...hingga akhir hayat...Amin.

2 comments

6/6/13 21:06

^^
semoga mereka jadi anak2 yang soleh dan soleh..^^

6/6/13 22:54

@Gee GTGamin..amin..amin...trm kasih gee

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...