0

Kota Warisan

05:01 |


Salam semua geng blogger.Walaupun sudah seminggu Hari Raya Aidiladha berlalu,tetapi baru sekarang kite sempat nak update.Dah tu blog ni pun tak sampai seminggu pun nyawanya....Inilah Surau Al-Hijrah di Kota Warisan,Bandar Baru Salak Tinggi.Untuk makluman pada sesiapa yang belum pernah sampai ke sini..Kota Warisan(KW) terletak di antara Putrajaya dan KLIA.Kiranya memang ramai pekerja kerajaan di Putrajaya dan pekerja di KLIA yang memilih untuk menetap di sini.


Dibangunkan oleh Gema Padu Sdn.Bhd.Terdapat pelbagai jenis rumah,lot kedai,bank,klinik,sekolah rendah dan juga surau ini.Pada Hari Raya Aidiladha yang lalu,di sinilah komuniti KW berkumpul untuk menjalankan ibadah korban.Tidak silap sebanyak 6 ekor lembu dan 3 ekor kambing dikorbankan.Inilah pengalaman pertama kite dan anak2 tengok secara 'live'.


Inilah di antara lembu yang sedang menunggu giliran
Ini pula kambing...mmbekkkk...
Ini lembu ke-2 yang selamat ke syurga

Lembu yang pertama tak sanggup nak tengok.Gagahkan juga menangkap foto untuk dikongsi bersama korang.Sebelum disembelih kami semua bertakbir,memang terasa meremang bulu roma.Sudah pasti perasaan sayu,kesian dan sedih melihat lembu ni(itu sebab tak sanggup nak tengok time kambing punya turn).Masa ni lembu sedang nazak dan bertarung nyawa.Kami diminta jauhkan diri sedikit takut2 lembu ni mengelupur.



Akhirnya tamatlah riwayat makhluk tuhan yang ditempatkan syurga untuknya.Mengigil kepala lutut dan tiba2 tak disedari bergenang airmata.Ingatkan kite je rupanya Irdiena pun sama.Tiba2 "Mama jom balik,Irfan rasa sakit perutlah".Masalahnya bukan Irfan sorang kite pun tiba2 senak perut.




Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Para AJK dan penduduk bersama2 menjalankan tugas mereka dengan sempurna.Bertambahlah pahala semuanya.Masa ni my hubby tengah pegang lembu yang lain.Tak sanggup nak tengok lagi,cukuplah yang ini je.


Sedang melapah isi daging kambing
Sedang mengasah pisau dan memotong daging
Kaum ibu sedang merewang sambil bergosip he3.....
Antara daging2 yang hendak diagihkan kepada penduduk

Ini first time tengok mesin potong tulang.Canggih dan senang,tak payah susah2 potong pakai parang,pisau dan kapak(yelah dah keras benar tulang tu...pakai kapak boleh apa...)Beria-ia cik abang dua orang ni...bagus2 berkat...Alhamdulillah,dapat juga kite berkongsi pengalaman.Apakah erti pengorbanan bagi geng blogger semua?




Nota Comel:Selepas tengok acara korban ni...seminggu kitorang tak makan daging lembu...ngeee...Biarlah sedap mana pun lauk tu.Tak sampai hati....sop...sop...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...