0

My Amazing Life Part 2

01:04 |
Akhirnya masa yang dinanti2 kan kami berdua tiba jua.Pada siang hari 28 Oktober 2002,kite mula rasa serba tak kena.Masa tu tengah syok follow pencalonan finalis AJL ke-17 peringkat separuh akhir.Pelik perut rasa tegang teramat2 sangat,terik betul kulit perut.Dah lah kite tinggal sorang,hubby kerja.Mulalah risau takut2 terberanak lak sorang2 kat rumah.Call hubby tapi dia kata selagi tak tumpah darah atau pecah air ketuban,takda apalah nak risaukan.So kite pun relax baca majalah Pa&Ma sambil tengok tv.

Malam pun perut masih tegang.Kulit perut seakan2 nak terpecah.Bayangkan selalu perut jadi lembut tapi dari siang bawa ke malam memang tegang lain macam.Hubby pun kesiankan kite.Duduk pun susah,dari siang memang tak boleh nak tidur,nak bernafas pun mengah.Perut mula terasa lapar.Tiba2 teringin sangat2 makan lauk sardin dan telur dadar.Padahal atas meja ada lauk lain dah.Tapi nak jugak.Hubby siap gelak2 lagi katanya nasib baiklah minta yang simple,buatnya tiba2 nak rendang rusa ke,tak ke naya.Hubby pun dengan tak sempat tanggalkan baju kerja terus ke dapur cepat2 masak.Siap minta hubby suapkan lagi.Nak tau kite makan macam mana?Sambil berdiri!Langsung tak boleh duduk rasa senak sangat dan pedih.Ehm sedap juga hubby masak walaupun lauk simple je.Hingga saat ini kami tak kan lupa Memori Sardin&Telur,rasa macam baru semalam je berlaku.

Tepat pukul 8 malam kami ke Hosp.Putrajaya.Asalnya nak check je ngape perut tegang sangat.Masa tu kami ke bahagian Kecemasan(dah tu malam kan bahagian pesakit luar ditutup).Baru je cakap masalah kite,terus nurse suruh kami refer bangunan satu lagi...pusat bersalin.Masa ni dah dup...dup jantung berdebar.Malas nak ubah parking kereta kami jalan kaki je adalah dalam 10 minit.Lepas bagi semua dokumen yang diperlukan kite pun disuruh masuk ke satu bilik khas.Nurse siap puji kite dah shave awal2 area V.Datang seorang doktor perempuan sambil dia bertanya serba sedikit tentang latar belakang,dia memeriksa keadaan kite."Puan, ketegangan perut yang puan alami hari ini adalah tanda2 kelahiran dan kerap berlakunya kontraksi.Dan pintu kelahiran sudah terbuka sebanyak 3cm.Saya akan periksa denyutan jantung dan kedudukan bayi2 ini.Sama ada puan boleh melahirkan secara normal ataupun pembedahan""Tetapi doktor saya tak rasa nak bersalin hari ni,takda pun pecah air ketuban ataupun keluar darah.Saya datang cuma nak check je kenapa perut tegang sangat".Sebenarnya kite dah takut,terkejut betul tiba2 kena bersalin hari ni juga."Ye puan itu salah satu tanda2 kelahiran,sudah rezeki puan dapat tanda2 yang mudah.Mungkin itu yang buat puan tak sangka dah nak bersalin.Jangan takut ye".

Nurse2 pun bergegas buat persiapan dan kite diarahkan untuk menanggalkan pakaian dan ganti dengan pakaian hospital.Suami pun dibenarkan masuk dan kite cakap kite takut sangat2.Mata hubby merah nangis lagilah dia ni.Kami sama2 terkejut.Kite cepat2 minta maaf dan cium tangan hubby minta maaf dan halalkan makan minum.Kuasa Allah tidak kite tau.Masa ni hubby sempat bagi minum air selusuh.Hubby pun keluar untuk telefon beritahu pada family.Masa ni dah pukul 9 lebih.Kemudian nurse memasang alat CTG(mesin analisis kardiotograf) pada bahagian perut.Alat ini fungsinya untuk mengesan dan melihat kedudukan baby sama ada normal atau tidak serta menilai denyutan nadi baby dalam kandungan.Mesin ini juga bertindak membaca kekerapan kontraksi berlaku.Kandungan kite genap 36 minggu.

Masa ni memang kite rasa tak selesa nak bergerak.Tapi berdebar2 dengar bunyi yang keluar daripada mesin.Risau juga kalau salah sorang baby tak aktif.Macam2 posisi kite kena buat sebab nurse nak periksa keadaan kedua2 baby.Adalah dalam sejam,lama betul.Doktor pun ulang alik memantau data2 yang keluar dari mesin.Akhirnya doktor beritahu kedudukan baby2 masih songsang.Kite perlu menjalani pembedahan malam ini juga.Kite diminta tandatangan pada surat kebenaran untuk menjalani pembedahan.Takut memanglah tapi kerana memikirkan itu yang terbaik dan tak sabar nak bagi baby2 menghirup udara di luar...semuanya kite letak tepi.Buang segala kerisauan,ketakutan dan tawakal pada Allah.

Inilah pembentukan kembar tidak seiras.

Kite pun disorong ke bilik bedah.Sebelum itu nurse2 memasang segala wayar2 dan debaran di hati semakin kuat.Dah lah sejuk gile .Bila nampak je lampu di atas pintu bilik bedah menyala kite pun disorong masuk.Masa ni kite rasa nak cabut semua wayar dan nak lari dari hospital pun ada.Kite ni memang penakut dari kecil.Masuk2 je kite ditukarkan katil yang lain.Lagilah sejuk dalam ni.Macam2 wayar dipasang lagi.Seorang doktor pakar bius memperkenalkan diri sambil bertanya kite suka lagu apa.Isyhh kite tengah panik boleh ditanya pasal lagu?Then seorang nurse memasang radio.Biar betul diorang ni.Best gak layan lagu.Doktor memberitahu serba sedikit suntikan epidural yang akan dilakukan.Kite disuruh duduk,pegang dan peluk bantak sekuat2nya.Sebab doktor akan menyuntik tulang belakang.Aduh memanglah teramat2 sakit adalah dalam 3 kali suntikan.Rasa nak terkencing pun ada.

Sekejap je dah rasa kebas separuh badan.Doktor ketuk2 perlahan bahagian kaki dan peha untuk tau reaksi .Setelah pasti kite dah dibius dengan segera 2 doktor dan pembantu2 menjalankan tugas.Masa ni mata kite sempat tengok jam dah 11 malam.2 lampu macam spotlight tu dipasang pergh...macam artislah pulak.Yelah doktor kan nak bedah kenalah terang.Kang tersalah potong tak ke naya.Setelah dipasang besi dan digantung kain hijau sebagai tabir di tengah2 kawasan pembedahan,akhirnya bermulalah segalanya.Tiba2 terasa lembut je perut dipegang dan terasa ditoreh.Mata ni pulak boleh gatal mengintai melalui cermin lampu yang terpasang di atas.Fuyoo...nampak kulit perut terbelah dan berasap kesan laser.Masa tu hilang perasaan takut,excited nak tengok.Tapi sorang pembantu lelaki India cepat2 alihkan tak nak kite jerit ketakutan.

Rasa macam baru sangat dibedah tiba2....terdengar tangisan nyaring.Ya Allah...anak aku ke?Nurse cepat2 bagi kite cium muka baby yang berlendir dan Ya Allah indahnya  ciptaan Mu.Subhanallah..alhamdulillah."Tahniah puan yang pertama ni baby boy".Belum puas cium baby tadi keluar lagi tangisan nyaring yang kedua."Tahniah puan ini baby girl pula.Baby boy tadi abang".Rasa syukur dan gembira teramat sangat dapat sepasang kembar.Patutlah masa scan dulu asyik tak nampak je jantina rupa2nya baby2 ni nak bagi surprise.Sayu rasanya masa cium baby yang kedua.Segalanya berlalu terlalu pantas.Masa ni tiba2 datang doktor2 lain masuk ke bilik bedah mengucapkan tahniah.Sekejap tadi ada juga kelahiran kembar tetapi sepasang kembar lelaki.Jadi tumpuan sekejap masa ni...he3...

Maka pada 28 Oktober 2002 lahirlah Muhammad Irfan pada 11.30 malam dengan berat 2.5 kg dan 11.32 malam pula Nur Irdiena dengan berat 2.4kg.Melepasi ramalan doktor kerana doktor meramalkan berat setiap baby tak lebih 2kg.Syukur selamat semuanya.Dengan saiz kite yang cili padi ini keajaiban diberi kerana dapat menampung dan membawa dua makhluk tuhan sepanjang 36 minggu.Doktor2 dan nurse kembali menyambung tugas mereka dengan menyambung kembali lapisan kulit yang dibedah tadi.Mereka semua berborak bersilih ganti dan ucapkan tahniah dapat sepasang kembar.Mereka juga perlu pastikan kite ok dan tak pitam.

Selepas itu kite dibawa ke bilik yang sejuk sangat2 untuk mematikan kuman.Cahaya lampu diatas memang terasa panas tapi masih tak dapat hilangkan kesejukan.Selepas beberapa minit nurse membawa ke wad untuk berehat.Masa ni kite masih tak jumpa lagi baby.Rasa letih sangat2.Hubby pun dah tunggu rupanya di tepi katil.Tak berhenti2 hubby mengucapkan syukur dan berterima kasih kerana memberikannya sepasang cahayamata yang comel.Hubby kata masa saat2 kite dibedah dia memang tak senang duduk di luar.Dia sempat solat isyak memohon agar segalanya berjalan lancar.Hubby dengar bunyi tangisan baby yang berturut2.Dan perasaan yang tak dapat digambarkan saat2 dua nurse datang membawa kedua2 baby.Dan alangkah gembiranya hubby bila tau dapat baby boy & girl.Perasaan sebak hingga dia menitiskan airmata semasa membaca azan dan iqamat di telinga cahayamata  yang pertama.

Hubby tak dibenarkan masuk ke bilik bedah jadi takde gambar kenangan.Tapi disini kite sertakan foto dari Pa&Ma tentang detik2 kelahiran secara Caesarean.Sama je macam kite lalui.Jom tengok.





macam nilah perut kita dibelah 

selepas lapisan demi lapisan akhirnya baby berjaya dikeluarkan.

Satu demi satu untuk kelahiran kembar 



baby selamat dikeluarkan sepenuhnya 




proses jahitan untuk mencantum kembali tempat yang dibedah



inilah hasil jahitan tadi


Nota Comel:Macam manalah rupanya baby2 kembar kite tadi ye.Kite sambung ke next artikel  Part 3 pulak ye.


Kredit Foto:Majalah Pa&Ma Mac 2004
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...