0

Nur Kasih di Jabal Rahmah

16:27 |

Fahrin Ahmad


Sinopsis:


* Pelakon: Ziana Zain, Fahrin Ahmad, Adi Putra, Khatijah Tan dan Man Bai.


WANDA(Siti Wahida) gadis Melayu yang semakin terhakis nilai kemelayuannya. Dia terlalu taksub dengan lelaki Inggeris hingga langsung tidak memandang lelaki Melayu. Wanda memenangi pakej umrah dan atas nasihat ibunya, dia ke Makkah dengan hati yang berat. Pelbagai kerenah memualkan cuba dilakukannya tetapi Wanda tetap dilayan baik oleh Ustaz Fikri. Lelaki itu banyak membantunya malah menunaikan hajat Wanda untuk ke Jabal Rahmah. Kesabaran dan keikhlasan Fikri menawan hati Wanda.
Nota Comel:Ziana Zain(Wanda) ni memang tidak suka lelaki melayu.Baginya lelaki melayu tidak romantik dan ego.Memang Wanda mencari2 jodohnya dengan lelaki bangsa asing yang tinggi,kacak,romantik dan bonus kalau dapat yang bermata biru.Wanda juga berpakaian moden,berambut 'blonde'dan suka memperlecehkan office mate yang suka pada lelaki melayu.Rakan sekampungnya iaitu Adi Putra juga terlalu sukakan Wanda.Walaupun mak Wanda(dilakonkan oleh Khatijah Tan) dan mak Adi Putra cuba menjodohkan mereka,tetapi Wanda tegas dengan pendiriannya tidak suka lelaki melayu.Kesian juga tengok Adi Putra dipanggil "Pelepah Kelapa" kerana gaya rambutnya yang belah tengah.
Wanda juga cukup suka memasuki pelbagai peraduan di suratkhabar.Akhirnya Wanda memenangi peraduan Ikon Setiausaha yang dimasukinya.Wanda berharap dia dapat percutian ke negara Eropah.Tetapi alangkah terkejutnya dia bila memenangi Pakej Umrah.Di sini pelbagai gelagat dan kejadian lucu yang timbul semasa Wanda mengikuti rombongan umrah.Apatah lagi Ustaz yang membimbing rombongan adalah ustaz sekampung dengannya(dilakonkan oleh Fahrin Ahmad).Memang dari mula drama ni start,kite ngan anak2 asyik gelak je.Dengan gelagat gedik Wanda betul2 menguji kesabaran Fahrin Ahmad melayan kerenah Wanda.Wanda ni pula ditakdirkan sebilik dengan seorang makcik yang kuat sapu minyak angin.Antara ayat2 yang wanda ucapkan "Makcik,dah seminggu saya duduk sebilik dengan makcik,dengan minyak angin.Tak terbakar ke kepala makcik".Wanda ni cukup cerewet sampaikan ada satu scene dalam bas,dia bolah cakap "sengal" kat ustaz(Fahrin Ahmad).Ketawa mengekek-ngekeklah kitorang.


Erma Fatima


KEUPAYAAN Ziana Zain terserlah menerusi drama Nur Kasih Di Jabal Rahmah.
Memilih mengetengahkan Ziana Zain sebagai salah seorang pelakon drama terbitannya, Erma mempunyai sebab tersendiri.
“Saya suka melihat watak Ziana yang serba boleh melakonkan pelbagai watak. Malah bekerja dengannya cukup senang tidak banyak kerenah walaupun dia merupakan seorang artis popular,” pujinya dengan bersungguh-sungguh.
Melihat kepada tajuk drama yang dipilihnya itu sudah tertera menceritakan konsep drama tersebut berbentuk semangat keislaman. Tetapi ia tidak perlu disalah sangka dengan hanya melihat tajuk sahaja.
Sememangnya turut menggunakan konsep keislaman seperti menggunakan bahasa Arab dan pelakon yang memakai purdah tetapi masih menyelitkan unsur kebaratan yang semakin mempengaruhi anak muda masa kini.
Merasakan tanggungjawab baginya untuk mengetengahkan drama berunsur sebegini, Erma menyifatkan industri hiburan masih ketandusan idea drama-drama bercorak sedemikian.




Apalagi jom layan drama ni.Dulu dah disiarkan semasa Hari Raya Aidilfiri baru2 ni.Tapi disiarkan masa kite sibuk nak solat maghrib.Lagipun dah namanya raya,sibuk berjalan ke open house lagi.So ni kira balas dendamlah nak follow drama ni.Bila disiarkan?
Hari:Isnin-Rabu
Waktu:9.00 malam
Channel:RTM1


Kredit info&Foto:
  1. Lovenotepress.com
  2. intro2u.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...