5

Shawl anda lembek?

01:45 |
Pernah tak korang berdepan keadaan macam ni masa pakai shawl/tudung bawal?
Konon nak bergaya hari ni dengan shawl baru dibeli?

Puas membelek dan cuba pelbagai teknik agar tudung di dahi tak lembek?
Tapi dah jadi macam fesyen kelepet tudung Mak Limah?

Dah lah korang nak cepat,cik abang dah tarik muka.
Korang pulak dah tension terus tarik shawl?
Alahai terperap lagilah shawl dalam gerobok

APA PENYELESAIANNYA?

Hah ni nak kongsi,pada korang yang suka sangat pakai shawl bolehlah cuba produk ni.


Kite pun baru tau.Yelah dulu2 bila tudung sekolah lembek je kat bahagian dahi tu,puas kite tonyoh ngan lilin dan gosok.Tapi mak kite punyalah bising sebab...habis bontot seterika hitam he3....So ini dia produk KIWI KLEEN FABRIC STARCH.Harganya RM 7.90 dan boleh didapati di kedai dan pasaraya besar.

Di belakang botol ada cara2 penggunaan.Fabric starch ni sebenarnya tepung kanji.Ingat lagi pengalaman kite masa sekolah.Jealous tengok baju kurung member keras je bergosok.So bermulalah projek di rumah.Kita pun dok rendamlah baju2 kurung sekolah yang nak pakai esok,ngan bancuhan air tepung kanji.Dalam baldilah...tak kan dalam periuk pulak.Then tak silap lepas dah bilas kite jemur bagi kering.

Jeng..jeng...jeng...keras siot..tapi terlalu keras kejung sampai susah nak masuk tangan.Apalagi mak kite punyalah gelak.Tu lah nak buat tak tanya orang tua dulu.Ok2 back to topic.Anda hanya perlu spray bahagian shawl yang nak diletak di dahi.Mula2 goncang dulu botol,buka penutup dan spray jarak 45 darjah.Then bolehlah gosok ngan seterika.

Apalagi dok melaram je ngan tudung helmet(serkup) bawalah keluar tudung2 bawal dalam gerobok.laci.Boleh juga disuai padan ngan anak tudung syria.Hah bagi korang/suami yang kerja beruniform boleh juga gunakan.Macam member kite suaminya polis.Bila guna produk ni jadi cantik je lipatan kat baju dan seluar tu.
Ok sampai sini dulu.Nanti kite kongsi lagi produk2 yang boleh korang cuba.



NotaComel:Inilah anak dara kite....Nur Irdiena.Tq sayang jadi model terjun...

5 comments

30/10/11 02:21

comel..hehehe

nanti eka boleh lah try beli ni..kawan pun ada ckp gak ni okey

30/10/11 10:44

@Cik Eka

cuba tau!

haha...lawak la baca entry dear nih
boleh pula rendam dalam baldi tepung kanji
momoy boleh imagine camne seksa nak pakai baju tu

20/7/13 12:16

@.::: Princess MOMOY :::.hahaha sampai sini sis baca entry ye ngeee..tqvm dear.owh he3..itulah pandai sangat kan guna kanji tu hah ^^

17/2/15 12:11

Skrg jual lg x starch ni..?

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...