0

10 Muharam-Hari Asyura

17:11 |
Assalammualaikum w.b.t kepada korang semua.Esok seperti yang korang tau adalah hari ke-10 dalam bulan Muharam.Pejam celik kejap je masa berlalu.Apakah perubahan yang telah korang lakukan sepanjang Tahun Baru Islam ini?Tidak mengapa jika tak dapat mencapai semua target yang penting usaha dan niat ke arah kebaikan dan perubahan tu ada.Esok 16 Disember bersamaan 10 Muharam...selalu dinantikan oleh umat Islam.Kenapa dan apa yang istimewanya 10 Muharam ini?Mari teruskan pembacaan.


Muharam yang disambut sebagai tahun permulaan hijrah mempunyai banyak keistimewaan yang sering dilupakan umat Islam,antaranya tanggal 10 Muharam atau Hari Asyura.Antara peristiwa penting yang berlaku tanggal 10 Muharam ialah;

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
  2. Nabi Idris diangkat Allah ke langit
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah dari bahteranya selepas bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada mangsa pembakaran Raja Namrud.
  5. Nabi Musa menerima kitab Taurat yang diturunkan Allah kepadanya.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Nabi Yaakob dipulihkan Allah penglihatannya.
  8. Nabi Ayub dipulihkan daripada penyakit kulit.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan Allah daripada tentera Firaun dengan terbelah dua Laut Merah.
  11. Nabi Daud diampuni Allah akan kesalahannya.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam,menurunkan rahmat,menurunkan hujan,menjadikan Arasy dan Luh Mahfuz.
  14. Allah mencipta Malaikat Jibril.
  15. Nabi Isa diangkat ke langit.
Berdasarkan peristiwa itu 10 Muharam adalah tarikh keramat bagi umat Islam.Maka umat Islam perlu merebut peluang melakukan beberapa amalan sunat pada hari itu antaranya;
  • Banyakkan bersedekah
  • Berpuasa sunat
  • Memuliakan fakir miskin
  • Menahan marah
  • Menyapu atau mengusap kepala anak yatim.
Mungkin ramai tertanya2 apakah hikmah dan kelebihan di sebalik mengusap kepala anak yatim?Walaupun ia kelihatan remeh-temeh ini bukti Islam sentiasa mengambil berat hubungan kasih sayang dan anak yatim.Malah Allah menyebut dalam Al-Quran Dia menjanjikan sepohon pokok di syurga bagi tiap2 rambut yang disapu di kepala anak yatim.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w bertemu beberapa anak yatim sedang bermain dan Baginda mengusap kepala anak yatim berkenaan dan berkata "Aku juga anak yatim,siapa yang mengasihi anak yatim bererti dia mengasihi diriku.Aku dan orang yang mengasuh anak yatim berada di syurga seperti ini(Rasulullah s.a.w memberi isyarat jari telunjuk dan jari tengah yang direnggangkan sedikit antara kedua2 jari itu),"hadis riwayat Bukhari.

Sejarah Islam mencatatkan suka-duka Nabi Muhammad s.a.w menjadi anak yatim sebelum mencapai umur baligh.Ayahandanya Abdullah bin Abdul Mutalib wafat 3 bulan sebelum baginda lahir.Nabi Muhammad tidak sempat melihat wajah ayah tersayang.Selepas dilahirkan kebiasaan orang Arab,Baginda dihantar kepada ibu susunya,seorang perempuan Arab Badwi dari Bani Saad bernama Halimah As-Sa'diyah.Nabi bersama ibu susuannya selama 4 tahun sebelum dihantar kepada ibunya,Aminah di Kota Makkah.Ketika berusia 6 tahun Nabi dibawa ibu Baginda ke Madinah untuk menziarahi kubur ayahnya.

Namun dalam perjalanan pulang dari Madinah,ibunda tercinta pula meninggal dunia di wilayah Abwa antara Madinah dan Makkah.Maka Nabi Muhammad s.a.w menjadi yatim piatu tanpa belaian kasih ibu dan bapa.Nabi Muhammad s.a.w bersabda,maksudnya 
"Rumah yang terbaik adalah rumah yang didalamnya terdapat banyak anak yatim yang dihormati dan diperlakukan dengan baik.Rumah yang terburuk adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dizalimi dan diperlakukan dengan buruk".

Kewajipan memuliakan anak yatim adalah dengan berbuat baik,mengurus,mendidik dan melindungi mereka.Allah melarang segala bentuk perlakuan zalim terhadap anak yatim.Bahkan memakan hartanya termasuk dosa besar.

Nota Comel: Betapa banyak kes di luar sana yang melibatkan penderaan emosi,mental dan fizikal terhadap anak2 yatim yang tak berdosa ini.Bagi suami/isteri yang kehilangan pasangan sudah tentu mempunyai naluri untuk berkahwin lain.Tetapi pastikan terlebih dulu pasangan yang dipilih dapat menyayangi anaknya seperti anak kandung sendiri.Rasa sedih setiap kali menonton berita dan menatap akhbar,kes anak2 kehilangan ibu/bapa sebab kemalangan,sebab diragut hingga koma dan meninggal,sebab dibunuh dan pelbagai lagi kes yang tak terjangkau dek akal.Mulalah naluri sebagai ibu memikirkan apakah nasib anak2 nya?Bolehkah ibu/ayah baru dapat memberi kasih sayang tak berbelah bagi walaupun setitik cuma?Bolehkah penjaga yang diamanahkan untuk menjaga anak yatim ini jujur dan tidak menghabiskan harta yang sedikit cuma?Ya Allah kau panjangkan dan berkatilah usia kami semua agar sebelum menutup mata dan menghembuskan nafas yang terakhir,kami semua sudah menjalankan amanah dan tugas yang diwajibkan kepada kami.


Doa mengelak mudarat->
"Dengan nama Allah yang dengan nama-NYA itu tidak akan mendatangkan mudarat sesuatu pun sama ada di langit atau di bumi dan Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
Amin
Assalammualaikum


Kredit Info:
Harian Metro-Ad-Din
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...