2

Ada Tangan Ada Kaki kan???

19:50 |
Alhamdulillah kite dapat lagi kawan baru.Cubalah baca entri sebelum ni ye.Alang2 wish welcome 2 my blog boleh juga tolong promote blog kawan2 kat sesapa yang singgah sini.Ok..dah lama rasanya tak bercerita tentang kerenah anak2.Hari ni diorang saja buat peel...mentang2 lah babahnya outstation saja nak menguji tahap ke'Tarzan'an mama nyer.Korang yang dah kawin dan ada anak tu pernah tak kena macam ni?
Cawan yang bersepah-sepah
Eh,atas fridge pun ada lagi!
Dalam sink pun!
Ermmm...sebagai seorang mama kadang2 kenalah gak kreatif time nak marah budak.Diorang ni so far alhamdulillah dengar kata berkat minum susu ibu.Tapi bila tahap kenakalan dan kemalasan melanda 3 orang beradik ni...mak aihhh...mamanya cubit manja2 pun diorang no hal.Maka tiba2 terpaksalah tukar cara;

"Anak-anak mama Irfan,Dina,Danish meh jap mama nak cakap".
Irfan->Kenapa ma,ada apa ma?"
Danish->"Mama nak gi mana,kite nak gi jalan ye?"
Dina->"Ye ke ma?"
"Tak lah,mama nak tanya suka tak Allah bagi tangan?"
Dina->"Sukalah nanti boleh pegang anak patung,boleh makan"
Irfan->"Ma..ma...ada tangan boleh tulis,boleh lukis...boleh color"
Danish->"Alah mama ni...tak dengar pun Anish cakap.Ma...Anish suka ada tangan sibab(sebab) boleh makan aiskrim"
"Ok..suka tak Allah bagi kaki?"
Danish->"Boleh gi jalan...gi Alamanda.ma..ma...jom tengok Tron"
Irfan->"Sukalah ma..boleh Irfan lari lagi laju daripada Khalis(kawan)"
Dina->"Boleh jalan,boleh bergerak"
"Ermm...cuba bayangkan kalau bangun je esok tiba2 Irfan,Dina,Danish takde tangan,takde kaki..apa korang buat?"
Dina->"He janganlah ma...terkejut,nangis"
Irfan->"Nangis,jerit"
Danish->"Takutlah ma...macam hantu".
"Tau pun.Dah tu kenapa dah habis minum,tak letak cawan semua kat sink?Kata ada kaki ada tangan.Bayangkan orang yang Allah lahirkan takde kaki takde tangan macam mana dia nak letak cawan kat sink?Anak2 mama ni semuanya ada".

~~~diam seketika dan berdesup berebut letak cawan kat sink~~~

Moral of the story:kenalah kreatif dalam menegur anak.Tak guna cubit sana jerit sini tapi anak buat dek je.

We spend the first 12 months of our children's live teaching them to walk and talk,and the next 12 years  telling them to sit down,shut up and "Listen to me"


2 comments

1/6/13 16:11

salam kak lea..
sweetlah cara kak lea tegur kak lea...
baguslah.. relatekan dengan perkara yang diorang tahu..^^

1/6/13 17:33

@Gee GTG salam gee mak aih entri lama ni hehehhehe...itulah dah jadi mama ni kena bijak n kreatif ngeee...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...