0

WHI~Adik2(Pondan)...Sahabat atau Ancaman Wanita?

18:18 |
Selamat petang semua.Sori lambat sikit entri hari ni,Kota Warisan hujan kelam-kabut angkat baju.Tadi sempatlah gak tengok Wanita Hari Ini,tajuk pun sempoi...jom layan.


WHI-Selasa-14 Disember 2010
Pengacara:Nor Azzura dan Irin Putri
Panel Jemputan:
Roslan Shah

Ifa Raziah

Prof.Dr.Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pakar Motivasi

Pendapat orang ramai(semuanya lelaki);
  1. Saya tak boleh terimalah dah Allah bagi anugerah sebagai lelaki kenapa mesti tukar?Act like a boy...pelik gilalah.
  2. Ishh...saya tak suka  lembut2 ni...tak kena lah.Memalukan orang lelaki jer.
  3. Wuish mulut diorang boleh tahan.Tapi so far saya ada juga kawan adik2 ni...diorang ok jer.
  4. It's up to them.Siapa kita nak judge.
  5. 1 lagi spesis yang tak menyenangkan mata.
Rasa terancam tak kawan ngan adik2?
Ifa->Kebanyakan kawan lelaki saya lembut2.Saya tak rasa terancam cuma adakalanya sifat cemburu mereka ketara.Nak2 lagi kalau kita dapat boyfriend/suami handsome.

Laporan->
  1. Sarah 32 tahun:Saya mengaku saya transeksual.Gelaran 'Arbot' untuk mereka yang mirip seperti wanita sejati.Totally rupa wanita...apa perempuan ada diorang pun ada.Adik2 ni pulak kategori yang sedang2...yang baru nak naik.Gay boy pulak tengah2..nak hampir adik2 atau lelaki straight.Selalunya adik2 ni tak terlalu menyerlah namun lebih suka kawan ngan orang perempuan.Walaupun ada yang mulut puaka,mulut longkang tapi hati baik,suka tolong kawan dan caring.Golongan adik2 ni berjiwa lembut,sahabat dan pendengar setia tau.
  2. Maya->Saya dulu pernah berkawan baik dengan adik2.Kami officemate dan kawan lebih kurang 2 tahun.Selalu kongsi masalah.Bila saya start problem ngan boyfriend,dialah tempat saya meluahkan perasaan.One day selepas saya dah berbaik semula dengan boyfriend,tergerak hati nak check handphone dia dan try call semua nombor.Saya nampak banyak sangat mesej kat handphone dan tu nombor kawan baik saya.Tak sangka sampai hati dia buat macam ni hingga boyfriend saya jatuh cinta ngan lelaki.Selepas kejadian tu saya memang berhati2 kawan ngan adik2 kerana diorang suka tikam belakang,mulut lagi jahat daripada perempuan.Mengumpat lagi lebih daripada perempuan.
Kenapa pilih wanita sebagai kawan?
Roslan->Tak kisah kawan ngan siapa.Lelaki ke perempuan ke..tua ke muda ke yang penting nawaitu ikhlas.Saya memang ramai kawan lelaki,perempuan dan adik2 ni.Benda sensitif kan..jagi kenalah jaga perasaan orang.Golongan adik2 biasa je.Orang normal pun biasa je.Saya kawan dengan Ifa 15 tahun.Keluarga sama2 kenal.Erat silaturahim selagi kita ni hidup.Nabi Muhammad s.a.w pun menyatakan umatnya perlu bercampur dengan semua orang.

Ifa->Entahlah,saya lebih senang berkongsi & luahkan  perasaan.Roslanlah teman menangis teman bergaduh.Dia ni pendengar terbaik.Bestfriend Ifa lah dia ni senang cakap.

Prof.->Sebagai manusia kita ada batas & hukum-hakam dalam kehidupan.Jika makhluk tak ikut peraturan,banyak huru-hara.Bayangkan kalau bulan kelilingi matahari ikut suka...esok 24 jam..esok 10 jam...semua akan kelam-kabut.Allah s.w.t jadikan kehidupan ada peraturan.Ancaman kepada wanita daripada aspek berbeza.Sekiranya adik2 boleh jadi tukang jahit,chef dan mak andam lebih baik daripada wanita...adakah itu ancaman?Lelaki lembut lebih fokus pada apa yang nak dicapai.Semua tahukan ada Hadis bagaimana Allah laknat lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki.Tapi jangan adik2 tersilap dan berkata kalau betul kenapa Allah tak laknat dia?Ingat..mungkin bukan di dunia tapi di akhirat.

Pendapat penonton luar studio;
  1. Wak:Johor Bahru->Apa2 pun kita nak kawan dengan orang takda hal.Kena hati2 sebab kita tak tahu di sebalik hati orang tu.Wak sendiri pun banyak kena tikam dari belakang daripada semua golongan.
  2. Nana:Banting->Saya mengaku saya golongan adik2.Cuma setelah saya dengar pendapat orang ramai yang macam berat sebelah tergerak hati untuk saya jelaskan.Memang golongan adik2 ni selalu ditafsirkan tidak elok.Tetapi golongan wanita normal pun ada yang terpesong.Ada baik ada buruk adik2 ni.Patutnya wanita tidak rasa terancam sebab diorang golongan lengkap.Golongan lembut boleh jadi kawan rapat berkongsi cerita.Masalahnya sekarang pandangan masyarakat yang suka pandang serong pada golongan lembut.
  3. Mia:Shah Alam->Saya pernah berkahwin dengan seorang lelaki.Sebelum berkahwin rupanya dia pondan.Sejak kawin kami tinggal berasingan selama 7 bulan.Bila dah duduk bersama saya jumpa banyak bukti macam video dan gambar dia berpakaian perempuan.Sekarang kami dah berpisah dan tiada anak.Alang2 telefon ni saya nak tanya Prof boleh ke saya nak tuntut nafkah.Hingga sekarang ni bekas suami masih pondan.

Prof->Inilah yang saya nak semua faham.Ada yang kata dirinya pondan tapi diorang berkahwin.Bila seorang lelaki dilahirkan berjiwa lembut,proses persekitaran mempengaruhi pembesaran.Kenapa lelaki lembut suka kawan dengan perempuan?Sebab lelaki normal suka ambil kesempatan.Balik semula pada soalan tadi,mungkin bekas suami tak berani nak ceritakan kisah silam dan akibat selesa dia ulangi lagi.Kalau takda anak,tak boleh tuntut nafkah.Anggap je itu satu pengalaman dan berhati2 pilih pasangan.


Roslan->Saya pernah berkawan dengan lembut2,saya pernah difitnah dan ditikam dari belakang ngan diorang ni.Orang tengok Roslan lelaki lembut.Kat luar sana saya biasa je.Saya tak pernah make up,apatah lagi operate.Sebagai penghibur je saya berlembut di atas pentas.Mak saya pesan kita kena bersopan santun dan berbudi bahasa.Jangan 100% salahkan adik2.Kadang2 saya bagi nasihat pada kawan yang nak operate,nanti dilaknat.Pernah kawan saya mati masa tengah operate.Jangan paksa adik2 untuk buat apa kita mahukan sedangkan kita pun tak perfect.Kita tak boleh terjah dan paksa,kita kena sampai-menyampai secara berkias.

Adakah bantu dalam perkembangan karier?
Ifa->Ya,kebanyakan make up artis,pereka fesyen dan kawan2 terdiri dari lelaki lembut.Saya lebih selesa tetapi ada perasaan kena berhati2.Tak semua kita jumpa tu bagus.Kat luar baik dalaman plastik.

Prof->Inilah persepsi masyarakat.Mungkin kerana segelintir adik2 yang terlibat gejala sosial.Pelacuran contohnya adik2 yang jadi pelacur.Cuma bila mereka buat penampilan yang tak sedap dipandang mata,menimbulkan fitnah.Adik2 kena tau batas2.Cuba tengok Roslan tak pakai pun baju perempuan macam Ifa,itu tak jadi kesalahan.Saya pernah terbaca di akhbar di hari tua mak ayah,golongan adik2 yang sanggup menjaga mereka kerana jiwa adik2 lebih dekat.

Roslan->Walaupun sebagai seorang artis,nampak je saya lembut.Saya kenalah bersopan santun tapi orang tak tau dulu saya baran.Buat persembahan kenalah profesional sebagai entertainer.Saya dah puas dikeji,dikutuk dan dihina.Niat saya nak bantu mak.Syukur tahun 2010 ni ramai peminat menyokong saya.Mungkin esok lusa saya kawin dapat zuriat.Saya tau siapa diri saya dan nawaitu saya.

Penerimaan suami?
Ifa->Arwah mak dah kenal Roslan lama.Takda masalah sebab dari dulu lagi arwah mak memang ada kawan2 dari golongan ni.Roslan kenalkan dan mencetuskan perkenalan dengan suami saya ni.
Roslan->Yelah saya dapat pahala sebab secara spontan pertemuan diorang ni.Masa tu di Setapak nak tahan teksi,tiba2 ada hamba Allah ni(suami Ifa) stopkan kereta.Saya tengok wooo...macho juga mamat ni.Mamat tu pulak dok tenung je si Ifa ni.Ifa masa tu...ehrm...malu2 kucinglah pulak aku sekeh nanti.Kitorang pun makan nasi lemak nak kenal satu sama lain.Tup...tup tunang,nikah dan kawin.
Ifa->Inilah namanya jodoh di tengah jalan.Mula2 suami janggal Ifa ramai kawan lembut dia ingat Ifa ramai kawan wanita.
Roslan->Woi lembut di luar keras di dalam tau

Prof->Kita boleh berkawan dengan sesiapa.Bila berhadapan dengan golongan adik2 kita dekati mereka.Setiap individu dengar nasihat daripada orang yang dipercayai.Untuk mendekati perlu berkawan.Asalkan tidak terancam seorang isteri(bagi suami yang berkawan dengan adik2).Dengan makhluk dan haiwan pun kita kena berbuat baik.Dekati mereka.Cuba fikir kenapa yang bermasalah lagi bermasalah?Tidak ada kumpulan sokongan.Kumpulan sokongan perlu membantu mereka fokus dalam bidang kemahiran seperti bidang solekan,chef dan andaman.Guide diorang hala tuju kehidupan.

Akhir kata
Roslan->Kita boleh ubah diri kita.Ingat Allah termasuk diri saya sendiri.Saya cuba perbaiki.Lembut saya ada batas.
Ifa->Tak semuanya jahat.Kebanyakan adik2 ni karier bagus dan saya respect diorang.Saya juga ambil kesempatan ni nak doakan semoga cepat Roslan bertemu jodoh yang baik dan sesuai.Umur dah 40 tahun harap makbullah doa saya ni.

Nota Comel:Apa pendapat korang dengan topik di atas?Ada sesiapa yang pernah berkawan dengan adik2?Masa saya di MAS dulu tau jelah kite bercampur gaul dan berkawan dengan semua jabatan di KLIA.Tak dinafikan ramai staff yang kategori adik2 ni.Saya pun ada 2 orang tapi diorang ni sempoi.Berfikiran terbuka,mudah memahami wanita,kelakar,tidak hipokrit.Tapi jangan buat diorang marah...nanti laser tak ingat sampai terduduk korang.Tapi kite taklah ada pengalaman negatif dengan diorang...Ada sorang ni masa tu kitorang training kat Akademi MAS,Kelana Jaya.Kitorang training as a Customer Services Agent.Dia ni minatlah pulak ngan one guy bakal steward.Memang handsomelah kite yang pompuan pun cair..apalagi adik2 ni.One day masa time break kawan kite ni minta tolong...Nak tau apa?Kite kena selit surat(love letter kot)kat wiper kereta mamat handsome ni.Gila...tapi dah dia buat muka kesian tak sampai pulak hati..so adalah dalam 3 kali kite letak surat.Hah ambil kau!Rupanya mamat ni dah lama nak terjah sapalah gamaknya bagi surat.Tup...tup  ...Assalammualaikum buat apa tu?Ngeee......kantoilah pulak!Mamat ni berkenan lak kat kite...adushh....ngeee....tapi kite dengan segala hormatnya beritahu hal sebenarnya.Siap heret kawan kite tu face 2 face.Tapi akhirnya diorang berkawan jugak....biasa2 je.Hujung bulan kitorang dapat gaji,kawan kite ni mak aihhh...berdesup nak balik.Ngape?"Aku nak gi Subang Parade lah weh,nak beli g-string".

Falling Objects For Myspace

There are really only three types of people:Those who MAKE things happen,Those who WATCH things happen and Those who Say "WHAT HAPPEN?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...