13

Amalan Agar Suami Tak Cari Perempuan Lain

13:00 |

Assalammualaikum w.b.t.Semoga hari ini lebih baik dari semalam.Kali ini kite nak kongsikan artikel yang kite jadikan koleksi sebagai renungan dan peringatan.Ia ditulis oleh Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah;Majalah Harmoni.

Semua isteri suka dimanjakan,memanjakan atau buat2 manja.Semua isteri ingin disayangi dan menyayangi oleh suami masing2.Pelbagai cara atau tip serta formula digunakan untuk memikat suami masing2.Ada amalan yang boleh diterima oleh agama dan ada amalan yang tidak boleh diterima agama.Di sini saya senaraikan amalan2 yang ditegah untuk diamalkan bagi memikat atau menundukkan suami.Antaranya,jampi atau perkataan lain mentera iaitu kata2 yang tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian seperti boleh menyembuhkan penyakit.Bagitu juga bahan2 yang digunakan seperti menggunakan kemenyan,menurun,tangkal atau bahan2 yang kotor.

Ada juga isteri yang menggunakan ilmu penunduk yang dikenali sebagai ilmu pengasih atau ilmu guna2.Ini adalah ilmu sihir yang digunakan untuk menundukkan suami sama ada untuk tujuan baik seperti suami tunjuk kasih sayang dan tunduk mengikut kehendak dan kemahuan isteri ataupun untuk tujuan jahat seperti hendak mengikis duit suami atau untuk membalas dendam dan sebagainya.

Walaupun kita sudah berada di era teknologi serba canggih ini,ilmu penunduk ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat kita sebagai jalan pintas bagi mencapai apa yang diingini tanpa memikirkan kesannya kepada diri sendiri.Ilmu penunduk ini merupakan perbuatan yang dimurkai oleh Allah Subhanahuwataala kerana boleh membawa kepada syirik iaitu terkeluar daripada agama.Sepertimana Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya jampi serapah,tangkal,tenung nasib adalah syirik"

Ilmu penunduk bukan penyelesaian kepada masalah rumah tangga tetapi ia akan menjadi masalah kepada kebahagiaan rumah tangga yang dibina.Menurut Imam Nawawi dalam Sahih Muslimnya ada menyebut bahawa jampi yang menggunakan ayat al-Quran tidaklah dilarang.Amalan yang menepati syarak menurut beliau ada beberapa syarat.Yang pertama menggunakan al-Quran dan Hadis dengan menyebut nama2 Allah serta menurut perbuatan Nabi.Yang kedua,difahami maknanya yang tidak mengandungi unsur2 syirik.Yang ketiga,meyakini keberhasilan dan kemakbulan datang dari Allah bukannya jampi dan ikhtiar tersebut.


Tambat Hati Suami 

Untuk menjadikan suami sayang dan kasih kepada isteri,lakukanlah perkara2 berikut;

  1. Bebaskan diri daripada perkara yang boleh membawa kepada syirik kepada Allah seperti jampi serapah,tangkal,sihir dan ilmu hitam.
  2. Al-Quran adalah penawar yang terbaik dengan kita membacanya setiap hari dan memahami isi kandungannya.
  3. Bantulah suami dalam menguruskan rumah tangga seperti layanan yang terbaik kepada suami dan anak2.
  4. Hindarilah perbuatan atau perkataan yang boleh menyinggung perasaan suami.
  5. Jangan mengungkit perkara2 yang lepas seperti kebaikan atau keburukan yang pernah suami buat.
  6. Banyakkan doa2 seperti berikut"
  • Surah Toha~ayat 1-7
  • Surah Syu'ara~ayat 19
  • Surah Yusuf~ayat 4
  • Surah Al-Imran~ayat 31
  • Surah An-Naml~ayat 30-31
  • Surah Al-Imran~ayat 200
  • Surah Ar-Ra'd~ayat 39
  • Surah Al-Hijr~ayat 47
Kesimpulannya perasaan kasih,sayang,cinta mencintai antara kita lebih2 lagi suami isteri datangnya daripada Allah seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Anfal ayat 63 yang bermaksud;

"Dan Dialah iaitu Allah yang menyatupadukan di antara hati mereka.Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang berada di bumi,nescaya engkau tidak dapat menyatukan di antara hati mereka.Tetapi Allah lah yang telah menyatukan hati mereka.Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.Oleh itu carilah kasih sayang Allah terlebih dahulu nescaya Allah akan campakkan dalam hati suami  sifat sayang dan kasihnya kepada isteri"


Kredit Info:

Majalah Harmoni

13 comments

6/1/11 11:59

penah fotostat artikel ini...

6/1/11 14:09

hye!oh ye ke?ni koleksi kite kumpul dr majalah harmoni he3..

2/5/13 17:23

ehhehe.. tipss menarik bagi y dah khwn.. tapi y x kahwn un leh baca gax sbgai ilmu utk melangkah ke alam perkhwnan..hek3... :)

2/5/13 20:26

@AiSyA LiEzA hye sis betul tu,x salah tmbkn info utk diri sdri :)

12/5/13 21:34

Saya tak suka kalau wanita suka membebel. =D

13/5/13 11:57

@依之汉 yargh pengakuan ikhlas tu he3..yelah kan pompuan kena kurang membebel sbb saya sendiri pun tak suka dgr org membebel :)

29/5/13 22:40

mesti tidak akan lagi lepas amalkan ini hehe

admin blog3dalam1
http://blog3dalam1.blogspot.com/

29/5/13 22:50

@Blog 3 Dalam 1alhamdulillah..yang baik kita kongsi2 kan :)

23/6/13 08:17

nice sharing..boleh diamalkan..berusaha dengan cara yg dibolehkan islam..tq.

24/6/13 01:22

@ummukhadeejaalhamdulillah mana yang baik elok kita amalkan dan kongsikan ^^^

23/10/13 21:11

Semoga Allah kekeal kn perhubungan sy dan suamu hingge ke Jannah n.akhir hayat kami brdua..doa adalah slah 1 kebahagiaan kite semua..amin..

11/1/14 01:37

Tq for the tips hehe

16/6/14 22:39

Best artikel...thanx..nt follow sini #1167

http://aisyahambris.blogspot.com

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...