2

Bahaya Lelaki Simpan Gadget Lama

17:11 |
Yuhuu...tadi kite dah berkongsikan entri khas untuk perempuan je.Sapa yang gatal baca gak tadi hah,jap lagi ketumbitlah tu!Ok lelaki memang tak boleh dipisahkan dengan bantal busuk...opss...silap pulak.Lelaki love gadget so much.Tengok jelah kat LY tu sapa yang paling ramai.Pompuan?Ermm...pompuan kat mana2 tempat pun ramai he3....Tiap kali keluar je gadget baru,perghh...sanggup ikat perut tu.Sanggup makan biskut Ping Pong cecah air suam dan telan maggi bermangkuk-mangkuk,asalkan dapat beli gadget idaman hati.Tapi kenalah ikut kemampuan ye.Kang awek/isteri di sebelah bukan setakat menjeling tapi muncung dah boleh sangkut gadget korang.Kite nak kongsikan satu artikel ni jom baca;
Gadget sememangnya teman baik orang lelaki.Ada-ada sahaja peralatan dan perkakasan baru yang berlambakan di pasaran mengujakan golongan ini.Jika golongan wanita sanggup berhabisan duit pada pakaian,aksesori dan barangan solekan,lelaki pula tidak kalah dengan berbelanja untuk gadget yang diminati.Justeru,setiap kali keluar model baru,pasti dibeli dan berlambaklah barangan lama di rumah yang sayang hendak dibuang kerana masih boleh lagi digunakan.
Malah ada yang gemar mengumpul barangan lama sebagai koleksi.Awas kaum lelaki!Minat pada barangan berteknologi ini perlu diberi perhatian juga.Adakah anda mempunyai sistem hi-fi yang sudah lama di rumah?Kajian menunjukkan barangan elektronik rumah yang sudah lama menghasilkan cebisan plastik yang halus yang mengandungi 'Polybrominated Diphenyl Ethers(PBDEs) bertoksik dan mencemar udara dan boleh menyebabkan masalah tiroid.
Hah...apalagi.Dari termenung je depan blog atau depan tv,gi lah godek2 gadget korang yang rasa-rasanya boleh ditamatkan perkhidmatan.Ok...ta..da......


Kredit Foto:

2 comments

26/12/10 17:33

Ish..kenal selongkar stor nampak gayanya...

26/12/10 18:18

@abuikhwankenalah bertungkus lumus hari ni ye..he3...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...