1

Berhati-hati Bila Anak Demam Sawan

12:52 |
Assalammualaikum w.b.t. semua.Hari ni kite nak kongsikan satu lagi entri berkenaan topik di atas.Korang ada baca tak Harian Metro hari ni tentang "Lelaki sawan atas motor masuk terusan".


ALOR SETAR: Seorang lelaki terselamat daripada maut apabila diserang sawan ketika menunggang motosikal menyebabkannya tercampak ke dalam Terusan Wan Mat Saman, kelmarin.
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor Namun, nasib menyebelahi mangsa apabila kejadian itu disaksikan seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar yang secara kebetulan melalui jalan terbabit untuk ke tempat kerjanya di pejabat JPAM Kota Setar, Wisma Persekutuan.

Ketua Skuad Bilik Gerakan JPAM Kota Setar, Sarjan Salim Aziz berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, dia yang dalam perjalanan dari rumahnya di Batu 5, terkejut apabila mendapati seorang penunggang motosikal terjatuh ke dalam terusan terbabit ketika menunggang motosikal Honda EX5.


Menurutnya, ketika itu, dia dari rumahnya menuju ke tempat kerja apabila melihat mangsa, Mohd Fikri Rejab, 23, yang baru pulang dari Pekan Rabu tiba-tiba diserang sawan menyebabkannya tercampak ke dalam terusan dengan keadaan kepala menegak bersama motosikalnya.

“Saya memberhentikan kenderaan untuk melihat kejadian itu dan terkejut mendapati mangsa meronta-ronta kesakitan menyebabkan saya terus terjun ke dalam terusan untuk menyelamatkannya.


“Sebaik mangsa dinaikkan, saya dapati mulutnya berbuih selain mengalami kecederaan di kaki dan tangan,” katanya.



Katanya, dia kemudian memaklumkan anggota lain dengan menghubungi Bilik Gerakan 999 JPAM Kota Setar sebelum empat anggota dengan sebuah ambulans penyelamat tiba lima minit kemudian.

Mangsa yang menetap di Batu 8, Kota Sarang Semut dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira jam 2.15 petang.(Sumber:Harian Metro).



Ni nak cerita anak kembar kite,Irdiena masa umur 2 tahun tiba2 diserang sawan.Siang sebelum kejadian kite sibuk masak ada buat sedikit jamuan di rumah.Masa ni memang Diena dah sedikit panas,kite bagi ubat ikut sukatan seperti biasa.Ukur suhu pun ok tak panas,kite bagi dia mandi,ubat dan suruh dia rehat.Tapi budak tahu jelah tengah ligat,mana reti nak tidur.Malam pulak dia masih demam.Hubby kite masa tu kerja shift malam.Nasib baik atok tersayang kebetulan datang Sepang dan tidur di rumah cucunya ni.Irfan dan Diena pun tidur nyenyak seperti biasa.Kite pun monitor Diena,lap2 badannya sambil tak ralit ukur suhu badan.Masa tu pukul 1 pagi.Tengah kite dok sembang ngan atok di sebelah Diena,tup2 Diena terjaga dan mata menjeling ke atas dan menjerit!


Ya Allah,tak boleh dibayangkan paniknya kite ngan atok masa tu.Kite menggigil peluk Diena ingatkan dia mimpi ataupun nampak 'something'.Mata dia terus terbeliak dan juling ke atas,cuma nampak mata putih je.Atok kite kata ni sawan tarik.Atok meluru keluar menjerit panggil jiran2.Diena mengeraskan badan dan kite apalagi cepat2 tepuk lembut pipinya dan lap muka dengan air.Kite pangku Diena sambil mulut tak putus2 baca doa dan zikir.Kite kawal diri supaya relaks dan tidak panik.Kite dukung Diena dan bergegas keluar.Masa ni mata Diena dah ok tak lagi pandang ke atas.Kebetulan jiran2 lelaki belum tidur baru balik dari aktiviti di surau.Meluru diorang ke rumah bila dengar jeritan atok,dan kite tanpa berlengah terus bawa Diena masuk kereta jiran.Nasib baik isteri jiran dan lain2 datang temankan atok dan Irfan di rumah.


Dalam kereta Diena diam dan badan mula lembut.Masa nilah kite menangis tanpa henti sambil jiran tak putus2 pujuk supaya tenangkan diri.Mulalah terbayang segala kemungkinan,teringat semua kenangan semasa mengandung dan melahirkan.Ya Allah berilah aku kesempatan untuk terus menjadi ibu kepada anakku ini.Sampai je hospital terus Diena dimasukkan ke bilik rawatan dan nurse terus ukur suhu,tanya kite waktu terakhir Diena makan ubat demam dan terus nurse masukkan bullet.Masa ni baru kite call hubby dan 20 minit selepas tu hubby pun sampai.Merah dan berair mata dia menahan sebak.Alhamdulillah suhu Diena makin menurun selepas nurse tak henti2 lap badan dengan air.


Sejak kejadian tu,setiap kali anak2 demam memang kite tak tidur malam,mangkuk berisi air paip,air asam jawa,temperature,kain,minyak telon,but-but semua disisi.Kite baru teringat masa malam kejadian tu kipas angin dihalakan ke Diena.Ramai beri pendapat daripada pengalaman diorang sendiri,masa anak demam kipas jangan dihalakan ke arah anak.Kalau naik kereta jangan pasang aircond atau adjust aircond jangan sampai kena anak yang tengah demam.Jangan selimut anak,cuba mandikan anak dengan kerap ikut kesesuaian keadaaan anak masa tu.Pakaikan baju nipis yang seeloknya daripada cotton(kite banyak belikan baju berlubang kecil2 tu untuk dipakai siang hari).Alhamdulillah itulah kali pertama dan terakhir Diena kena sawan.Ini artikel yang dah beberapa tahun disimpan untuk rujukan.Jom kite kongsikan untuk panduan semua ibubapa.


Punca Sawan

Sawan biasanya menyerang kanak2 di peringkat umur 3 bulan hingga 3 tahun.Biasanya ia berpunca daripada demam panas yang keterlaluan.Bayi baru lahir juga boleh mengalami sawan yang berpunca daripada penyakit meningitis,kerosakan otak,punca2 metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium.Ada juga demam sawan disebabkan oleh virus dan mempunyai tanda2 awal seperti selsema,batuk dan kurang minat menyusu.Selain itu pneumonia(radang paru-paru) juga boleh meningkatkan suhu badan kanak2 yang membawa kepada sawan.

Sawan terjadi apabila suhu badan terlalu tinggi.Suhu badan normal ialah 36-37 darjah celcius.Kalau suhu meningkat sehingga 39 darjah atau lebih,ia sudah dikategorikan sebagai demam panas.Suhu yang berterusan meningkat,itulah yang menyebabkab sawan.Secara normalnya serangan itu hanya berlaku antara 10-15 minit sahaja.Pada ketika itu ia belum berbahaya lagi.Namun yang membimbangkan apabila ia berlanjutan hingga 30 minit atau lebih.Cuma ditakuti akan memberi kesan kepada perkembangan otak anak2.Risiko mendapat sawan jadi semakin tinggi apabila mempunyai sejarah penghidap sawan dalam keluarga.

Untuk mengelakkan demam panas jadi sawan,pencegahan perlu dilakukan.Galakkan anak minum air sebanyak mungkin untuk mengelakkan dehidrasi.Pakai baju yang nipis dan berlengan pendek kerana baju tebal hanya akan meningkatkan lagi suhu badan.Berikan ubat2 untuk mengurangkan demam buat sementara waktu.Namun berhati-hati,jangan beri anak aspirin walaupun amat berkesan untuk menurunkan suhu badan kerana ia akan meningkatkan risiko bayi mendapat Reye syndrome.Penyakit ini bermula dengan batuk selsema dan demam,kadang2 muntah dan cirit-birit.Selepas beberapa hari penyakit itu pulih,ia akan berulang kembali menjadi serius.Kebanyakkannya boleh membawa maut dan jika berjaya disembuhkan bayi akan mengalami kecacatan fizikal dan otak.
Langkah2 yang perlu diambil jika anak diserang sawan:
  1. Jangan panik.Bawa bertenang dan yakin ia hanya sementara sahaja.Kemudian baringkan bayi mengiring supaya air liur dari mulut dan tekak tidak masuk ke paru2 untuk mengelakkan lidah menutup saluran pernafasan.
  2. Tanggalkan pakaain anak.Kemudian lap muka dan badan anak dengan tuala basah.Tapi jangan gunakan air batu kerana ia akan menyebabkan perubahan suhu yang drastik dan mengakibatkan anak mengigil.
  3. Jangan sesekali cuba masukkan jari,sudu atau kayu ke dalam mulut anak ketika diserang sawan untuk mengelakkan berlaku kecederaan.
  4. Jika demam sawan berterusan selama beberapa minit,bawa berjumpa doktor supaya dapat dihentikan dengan suntikan valium atau paraldehyde.
  5. Namun secara umumnya demam sawan jarang membawa maut kepada perkembangan kanak2.Berlainan dengan meningitis yang boleh membawa kecacatan fizikal dan mental,merosakkan deria penglihatan,pendengaran dan atau maut.
3 tahun lepas anak sulung perempuan kepada abang ipar kite meninggal dunia disebabkan meningitis.Masa tu anak buah kite darjah 4,diorang bercuti di Langkawi sambil abang ipar kite menjalankan tugas sebagai mejar TUDM .Anak buah kite ni pandai berenang,habis je arwah dan adik lelakinya berenang di swimming pool di hotel,arwah mengadu letih dan tak lalu makan.Dan di situlah segala kedukaan bermula bila tiba2 arwah lemah dan pengsan.Kelam kabut kakak ipar call abang sementara kakak cuba menyelamatkan arwah.Panik dengan keadaan,abang meminta bantuan helikopter TUDM untuk membuat penerbangan kecemasan ke hospital di Alor Setar(kakak ipar kite orang sana).Tetapi Allah memang sayangkan arwah.Kami terkejut,hubby kelam kabut balik Kedah dan sedihnya kite kerana masa tu kite baru 38 hari berpantang melahirkan Danish.

Hingga ke saat ini kami semua tidak pernah menyebut nama arwah di depan family abang kerana tahu kesedihan mereka.Kakak ipar sebulan selepas kejadian masih tak balik ke rumah,hanya duduk menumpang di rumah mak kerana tak sanggup melihat pakaian dan semua barang2 arwah.Beberapa bulan selepas kejadian,mereka sekeluarga berangkat ke Mekah mengerjakan umrah.Al-Fatihah untuk Nur Sabrina.


1 comment

saya just nak share pengalaman sendiri…..terjadi pada anak perempuan saya dari lepas bersalin nurse pun pelik asyik menangis je sampai biru muka menangis...dia suruh bagi susu...sejak dari itu dia mmg kerap nangis sampai kadang-kadang 2 jam baru berenti nangis, mcm2 dah berikhtiar, mengurut le, jumpa bomoh le, nak tidur pun sampai kena tido dalam kete malam2, tu rutin harian pastu kena pasang surah yasin tiap2 malam..…macam2 dah buat dan selepas umurnya lebih kurang 6 bulan…..waktu tu lah….baru saya tahu apa itu penyakit sawan…..mata terbeliak nampak mata putih je…mulut berbuih….kaki kejang, terjadi di kampung….mmg taktahu nak wat mcmana….bawa lari ke klinik desa…bagi ubat yg masukkan ikut bontot pastu MD situ suruh cepat2 bawa pegi Hospital Jempol……kuar masuk hospital….dr kerajaan sampai swasta..ada sekali baru kuar dr hospital swasta, sampai rumah je…taksempat nak masuk rumah pun jadi lagi….bomoh ker..urut ke semua dah buat……kalau yg moden….anak saya doktor dah sarankan utk buat mri….dan amik ubat epilim….hari2 kena makan sampai umoq 2 tahun…..dan akhirnya ditemukan oleh seorang hamba Allah…iaitu Produk SNE…..mula2 mmg takpercaya jugak pasal produk2 ni….just nak cuba,yg penting waktu tu apa yg sy piki akan tetap akan berusaha cr penawar untuk anak saya…………dan hasilnya mmg buat saya puashati dgn kesannya….anak saya dah sembuh sepenuhnya…..ubat hospital sy hentikan sendiri….dan sekarang umor dia dah 2 tahun …mmg tak pernah kena lagi sampai sekarang……alhamdulillah….jadi kesempatan ini, saya nk syorkan kepada sesiapa sahaja yg ada masalah sawan ini…cuba produk ini….www.produksne.com.my…..insyaallah……..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...