2

Didik Anak Henti Pakai Lampin Pakai Buang

22:23 |
Assalammualaikum...apa khabar korang semua?Kite baru makan luar bersama mak dan adik tercinta.Kali ini kite nak kongsikan artikal khas untuk semua yang bergelar mak & abah,ayah & ibu,mummy & daddy,umi & abi,mama & papa...apalagi ye?Harap artikal ini dapat membantu.Perghh...banyak juga nak type ni tapi takpe,korang punya pasal..semua mo man tai.Jom baca;
Lampin pakai buang(pampers) sudah boleh dihentikan pemakaiannya apabila usia si kecil mencecah 2-3 tahun ke atas.Pada usia 2 tahun,anda sudah boleh melatih anak sedikit demi sedikit untuk ke tandas.Ada cara tertentu untuk melatih anak secara berperingkat mengikut usianya.
Bila masa yang sesuai dipraktikkan:

  1. Apabila si kecil mula boleh berjalan dan bercakap.Ketika usia 2 tahun ke atas,si kecil sudah mula belajar untuk berdikari.Ketika anda sudah boleh melatihnya membuang air kecil dan air besar di bilik air.
  2. Latih si kecil memberi  isyarat atau memberitahu anda apabila ingin membuang air kecil atau air besar.Misalnya,'nak shi-shi atau pee' untuk buang air kecil.
  3. Untuk permulaan cuba hentikan pemakaian lampin pakai buang pada 2-3 jam pertama di waktu pagi.Sama ada anda lakukan sendiri atau minta bantuan dari penjaganya.
  4. Bawa si kecil ke bilik air setiap 5-10 minit sekali.Untuk permulaan anda hanya perlu membiasakan dirinya tanpa lampin pakai buang.Jarak masa 5-10 minit penting kerana dalam usia ini biasanya si kecil akan kerap kencing.
  5. Setelah seminggu ke dua minggu,latih untuk masa yang lebih lama daripada biasa.Sentiasa ingatkan atau bertanya sama ada dia ingin ke bilik air atau tidak.
  6. Jangan marah atau kecewa apabila si kecil terkencing tanpa sempat memberitahu anda.Pada peringkat permulaan,ia adalah perkara biasa kerana si kecil belum tahu atau sedar cara mengawal pundi kencingnya.Ia akan menjadi kebiasaan lama-kelamaan tetapi mungkin mengambil masa yang lama.
  7. Apabila mencecah usia 3 tahun ke atas,si kecil biasanya sudah boleh bercakap dengan jelas dan tahu bila masa ingin membuang air kecil.Bagaimanapun anda masih perlu mengingatkannya dari semasa ke semasa.Ini kerana anak kecil mudah terleka terutama apabila sedang bermain.
  8. Menjelang usia 4 tahun,si kecil biasanya sudah tidak mempunyai masalah untuk ke bilik air sendiri.Mereka sudah boleh mengawal pundi kencing.
  9. Bagaimanapun ada kanak-kanak pada usia ini masih perlu dipakaikan lampin pakai buang ataupun dialas dengan tikar kalis air ketika tidur malam.
  10. Pada usia 4 tahun ke atas,anda boleh melatih anak supaya ke tandas terlebih dahulu sebelum tidur.Kemudian kejutkan dia dalam tempoh 2 atau 3 jam untuk ke bilik air.Usaha anda pasti tidak akan mengecewakan apabila si kecil sudah boleh bangun sendiri untuk ke bilik air apabila terasa ingin membuang air kecil.

Perkara perlu dielakkan:
  1. Memakai lampin pakai buang sehingga melebihi usia 3 tahun ke atas.
  2. Memakai lampin pakai buang di waktu malam sehingga usia melebihi 5 tahun.
  3. Memakai lampin pakai buang setiap kali keluar.
  4. Tidak melatih dan menganggap ia boleh terhenti dengan sendiri.
  5. Memarahi atau memukul apabila si kecil terkencing tanpa memberitahu.


NC->Dolu2 kite pun stress juga mengajar kembar buang air di toilet.Diorang mula tak nak pakai pampers masa usia 2 tahun.Diena rasa geli pakai pampers,asyik suruh buka je pampers.Nak kencing dalam pampers  dia tak nak.Yang kelakar tiap kali nak kencing,dia suruh buka pampers yang dia pakai.Dah kencing kat toilet eh,dia pakai balik pampers kering tadi.Irfan lama sikit pakai pampers.Dia macam teragak-agak kalau tak pakai pampers.Kadang2 tak nak minum,takut terkencing banyak kat pampers.Penat...tak boleh digambarkan.Selang 5 minit nak terkencing.Time Irfan nak buang air besar,eh eh Diena pun nak buang air jugak.

Setakat terlepas sana sini tu perkara biasa.Budak baru nak biasakan diri,mana boleh nak marah.Yang penting jangan jerit/tengking,itu melemahkan semangat diorang.Bagi hadiah kalau satu hari tu anak berjaya pergi ke tandas tanpa terlepas sana sini kat rumah.Alah budak kan kite kena guna pendekatan psikologi.Tak payah hadiah mahal.Setakat belanja aiskrim dan bawa main ke playground pun dah satu 'Hadiah Terindah' bagi diorang.Bagi yang rajin boleh buat satu carta tampal kat dinding atau tulis je kat whiteboard(sekarang kan banyak whiteboard budak yang comel).........bagi bintang setiap kali anak berjaya.Ini pun perangsang dan menaikkan semangat anak.Mesti diorang seronok tengok jumlah bintang yang anda rekodkan.

Tapi tulah kan,kembar kite ni sampai la ni....dah nak darjah 3.Tak tahulah sama ke dengan korang.Diorang ni gesaan nak kencing/buang air besar selalu serentak.Dah lah toilet satu je,bayangkanlah!Kadang2 memang kite marah gak sebab pelik tadi sebelum Irfan kata nak kencing takde pulak Diena nak kencing.Elok je Irfan dalam toilet,eh terkinja-kinja Diena jerit suruh cepat.Tak ke pelik tu?Erm..tak kan sampai ke besar diorang macam ni,naluri nak ke toilet pun sama?Huwaaa..........


Kredit Info:

Majalah Harmoni:Didik Anak

2 comments

9/5/14 01:49

Hai, antara cabaran hebat untuk ibu-ibu terus kuat semangat nak latih anak berhenti pakai lampin takut tilam basah, jenuh nak angkat tilam nak jemur kan?
saya ada cara yang boleh membantu ibu-ibu untuk lebih yakin bila melatih anak berhenti pakai lampin termasuk di waktu malam..dan kurang memenatkan.. (jadi mak, memang la wajib penat..hehehhe)
semoga boleh membantu http://kapasutera.blogspot.com/2014/05/cadar-cantik-tilam-tetap-selamat.html

16/11/14 22:09

Terima Kasih atas perkongsian tips nya sis.. :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...