0

Doa Agar Berat Timbangan Amalan Kebaikan

08:00 |
Assalammualaikum dan selamat pagi semua.Macam mana kehidupan korang pada minggu lepas?Harap semua yang dirancang berjalan lancar.Kalau ada tugas2 yang tertangguh tu,harap dapatlah diselesaikan secepat mungkin.Susah kalau suka tangguh atau lengahkan kerja.Allah s.w.t.pun tidak pernah menangguhkan sesuatu walaupun dalam sesaat.Cuba bayangkan kalau semua kitaran kehidupan tertangguh dalam sesaat?


Apa kaitan dengan doa di atas?Bila hati dah terdetik untuk melakukan kebaikan,jangan ditangguhkan.Walaupun sekecil hama,Malaikat Roqib dan Malaikat Atid tidah pernah gagal dan lalai mencatat amalan manusia.Semalam,hari ini rasanya dah berapa banyak kebaikan korang buat?Siapalah kite ni sebagai manusia nak menentukan banyak atau sedikit kuantiti kebaikan kerana itu semua kuasa Allah s.w.t.


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

" Allah berfirman, 'Jika hamba-Ku berniat melakukan keburukan, jangan kalian
(para malaikat) catat kesalahannya hingga ia melakukannya,tulislah dengan semisalnya.
Jika ia berniat melakukan kebaikan dan belum melakukannya, tulislah untuknya satu kebaikan.Jika telah melakukannya,tulislah untuknya(ganjaran)10 kali ganda hingga
700 kali ganda.

Amalkanlah doa ini;

A180
Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan!

A181
Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. (As-Saaffaat 37:181)

A182
Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (As-Saaffaat 37:182)

Keterangan Ayat

Ayat-ayat di atas menunjukkan kesempurnaan  kekuasaan Allah atas segala sesuatu.Maha Suci Allah daripada segala yang digambarkan oleh orang-orang kafir.Selawat dan salam ke atas para nabi dan rasul yang menjadi contoh untuk kita ikuti.Syukur kepada Allah s.w.t yang telah menghancurkan para musuh dan membantu perjuangan utusan-Nya.

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Saidina Ali r.a. telah mengajar kita agar sentiasa beramal dengan ayat ini pada hujung sesuatu majlis.Tujuannya ialah supaya seseorang itu dihitung dengan perhitungan yang menggembirakannya di akhirat kelak.


Zikir Asma Ul Husna

Bantuan Malaikat

Bila membaca Ya Khaliq di tengah malam,Allah s.w.t. akan menghantar malaikat untuk membantu anda memilih jalan yang benar di dunia ini sehingga ke hari kiamat.Anda juga akan mendapat ganjaran bagi amalan yang dilakukan malaikat itu.Allah s.w.t. menciptakan malaikat untuk membantu anda,alhamdulillah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...