0

Doa akhir dan awal tahun

17:09 |
Assalammualaikum w.b.t kepada korang semua.Alhamdulillah kite semua masih dipanjangkan usia untuk menikmati dan bernafas di tahun baru Islam pada hari Selasa ini(insyaallah amin).Sebagai hamba-NYA kite tidak terlepas daripada membuat kesilapan dan dosa.Maka rebutlah peluang ini untuk menutup report card lama dan membuka report card baru dengan doa2 yang akan disertakan di sini.Selama ini bagi korang yang dah ada anak2 bersekolah..setiap kali musim peperiksaan...sudah pastilah sibuk dan cemas menatap report card anak masing2.Berapa A,nombor berapa dalam kelas,subjek mana dapat markah paling tinggi/rendah dll.


Tetapi sebagai hamba-NYA pernahkah kite setiap hari tertanya2...berapa markah pahala kite yang Malaikat Raqib catatkan.Berapa pula markah dosa2 yang telah Malaikat Atid catatkan?Ke kanankah(pahala) beratnya  timbangan neraca kite?Atau ke kirikah(dosa)?Pokok pangkalnya jika kita berusaha untuk ke arah kebaikan,maka kesudahannya pasti menjurus kepada kejayaan.Begitulah sebaliknya.


Awal Muharam adalah bulan pertama dalam kalendar Islam yang menjadi titik tolak bagi melakukan PENGHIJRAHAN hati,minda dan mengubah tabiat buruk kepada acuan hidup yang diredhai.Bukan bila masuk je New Year Januari setiap tahun...kite sibuk berazam dan segalanya.Sedangkan yang paling utama adalah memperbaharui azam dan berusaha untuk mencapainya pada Awal Muharam.Perubahan yang dilakukan tidak perlu besar2 cukup sekadar memperbaiki kelemahan kecil yang sering kita lakukan.


Setiap tahun baru itu bermula daripada hari.Maka setiap hari kita perlu biasakan diri melakukan kebaikan.Lama kelamaan akan menjadi perkara biasa dalam diri kite semua.Apabila satu perkara kebaikan itu dilakukan secara berulangkali,ia akan terus kekal dalam diri.Jika sebelum ini sering solat pada akhir waktu,maka lakukan perubahan menyempurnakannya pada awal waktu.Dulu solat berseorangan jadi lakukannya secara berjemaah.Semoga kite semua diberkati,dipanjangkan usia dan dilimpahi rahmat-NYA.


Di sini disertakan doa yang perlu dibaca sebagai penutup report card lama dan doa  membuka report card baru.


DOA AKHIR TAHUN








Nota Comel:Doa akhir tahun>Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib 
                    pada akhir bulan Zulhijjah(tahun ni hari terakhir jatuh pada hari Isnin 6 Dis 2010).
                    Sesiapa yang membaca doa ini syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku
                    menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua.Dengan sebab
                    membaca doa ini,Allah ampunkan dosanya setahun"

DOA AWAL TAHUN




Nota Comel:Doa awal tahun>Doa ini dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharam.Sesiapa yang
                    membaca doa ini syaitan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini 
                    kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".



Kredit Info dan Foto:


  1.   http://www.iluvislam.com
  2.   Artikal Harian Metro>Ad-Din>Mutiara Doa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...