4

Doa Apabila Menghadapi Tekanan dan Stress

02:29 |
Assalammualaikum semua.Syukur masih bernafas lagi kite semua.Bangun tidur itu rezeki,sedut udara itu rezeki,makan minum itu rezeki,dapat pergi kerja itu rezeki,dapat berblogging pun rezeki he3...harap hari kite semua dipermudahkan Allah s.w.t.


Kehidupan zaman sekarang tak sama macam zaman mak,abah apatah lagi nenek moyang kite semua.Zaman sekarang semuanya memerlukan pengorbanan masa,fizikal dan mental.Tekanan kehidupan  sudah jadi sebati dalam diri setiap insan.Cuma bijak atau tidak je kite mengendalikannya.Stress..tipulah kalau korang tak pernah stress.Mungkin sekarang ni pun korang stress.Tak tau nak dating jap lagi pakai baju color apa,nak tengok movie kat mana.Bagi yang tengah berblogging ni pulak tengah stress nak buat entri untuk join contest/GA/Segmen.


Ok tak nak menceceh panjang sebelum kite pun stress.Jom kite...

حَــسْــبُـنَـا اْللهٌ وَنِــعْـمَ الْــوَ كِيْــلُ

Maksudnya:"Cukuplah Allah untuk(menolong kami),dan Ia sebaik-baiknya pengurus(yang terserah kepada-Nya segala urusan kami)."

Keterangan Ayat

Menurut al-Imam al-Bukhari,Ibn al-Munzir,al-Hakim dan al-Baihaqi,daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa di atas ini merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s sebelum dicampakkan dalam api.Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika golongan kafir menakut-nakutkan Nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi s.a.w.

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Amalkan membaca zikir ini apabila berhadapan dengan suasana yang menakutkan atau menghadapi stress atau tekanan.

Zikir Asma Ul Husna

Baca Ya Shakur 11 kali setiap hari untuk menangani masalah2 biasa yang selalu dihadapi.


Kredit Info:


4 comments

25/12/10 02:40

nice info =)

25/12/10 02:48

@Zairie Husin

slm ceria dan gd mng.Tq hrp doa ni dpt mgurangkan stress semua org.

25/12/10 06:48

dkt2 sk nk buka nie mmg stress...byk kerja menanti....

25/12/10 10:28

@nza

yelah,ni pun kembar dh msk djh 3 mana dgn kokurikulum lg huhu.Irfan nk pengakap,Diena PBSM perghh duit tu huhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...