0

Doa Elak Diri Dari Dirogol

01:05 |
Assalammualaikum semua.Salam 10 Muharam.Mulai hari ini insyaallah kite akan cuba berkongsi 1 Hari 1 Doa.Ada yang dalam simpanan yang selalu dijadikan amalan dan rujukan.Dan ada yang dirujuk pada rakan blogger yang sanggup berkongsi doa untuk sesama kite.Inilah doanya;
Untuk Diri Sendiri
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" 

Kalau untuk anak perempuan pulak
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan dia menjaga kehormatannya hanya untuk suaminya, maka lindungilah dia daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" 



Kenapa doa ini yang dipilih untuk entri yang pertama?Korang pun tahukan terlalu banyak kes2 rogol sama ada melibatkan keluarga sendiri,boyfriend,jiran dan musuh dari luar.Kadang2 sedih yang banyak menjadi mangsa adalah wanita Islam.Dunia di luar sudah tidak selamat lagi untuk kite.Di rumah,di office,di sekolah,di shopping mall dan lagi teruk yang baru balik mengaji pun menjadi mangsa.Tak sanggup rasanya tiap kali baca paper dan tengok berita kes yang sama berulang.Kadang2 malang tak berbau.Puas dah tutup aurat,puas dah jaga tingkahlaku tapi...masih menjadi kerakusan lelaki.Adik2 dan korang yang dah kawin pun sama2lah amalkan doa ini.Minta Allah lindungi kite selalu.Amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...