0

Doa Khas Untuk Wanita

00:28 |
Assalammualaikum dan selamat pagi.Masih ramai lagi geng blogger yang tak tidur ni.Kite baru nak start engine korang dah berdentum jauhnya.Ok kite sekali lagi nak berkongsi doa khas untuk korang yang jelita.Korang yang handsome pulak bolehlah passkan doa ni pada mak,adik pompuan,isteri dan rakan2.Yang dah berkahwin je tau.Doa ini dah lama mak kite bagi untuk diamalkan.Sampai dah lunyai kertas fotostat ni ngeee.....Jom apalagi;


  1. Selepas Isyak ambil air segelas,baca Al-Fatihah sekali.
  2. Baca Ayat Kursi sekali.
  3. Baca surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
  4. Tiup dalam air dan minum.
  5. Niatkan dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.
  6. Doa ini dari Dr.Fatmah Az-Zahrah.
  7. Elok untuk ibu yang lepas bersalin,dan elok juga diamalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin.
->Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38;



Bismillaahir rahmaanir rahiim

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),Yang tetap mencintai jodohnya,serta yang sebaya umurnya.(Semua itu disediakan) bagi puak kanan;

Yang istimewanya ustazah bagi doa ini supaya keperempuanan kita sentiasa jadi macam 'abkaro'(ertinya perawan yang sentiasa menjadi perawan).

->Berzikirlah dengan Asma Ul Husna iaitu Ya Majid sebanyak 99 kali selepas Subuh.Insya Allah orang akan sentiasa menyayangi anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...