0

Doa Memohon Dijauhi Hasad Dengki

12:15 |
Assalammualaikum semua.Sebelum kite dan korang semua nak berair mata,menyesakkan otak dan menyenakkan perut untuk Segmen Ben Ashaari tu....jom semua baca doa ini bersama-sama.Dimulakan dengan Bismillah...diakhiri dengan Alhamdulillah....

"Wahai Tuhan kami,ampunkan dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan dalam hati kami perasaan dengki dan dendam kepada orang-orang yang beriman.Wahai Tuhan kami,sesungguhnya Engkau yang memberi belas dan kasihan."

Kehidupan sebagai manusia tidak pernah sunyi daripada perasaan negatif sesama kita.Allah mengurniakan kita akal fikiran untuk bertindak secara waras.Janganlah menyimpan perasaan negatif apabila melihat kesenangan dan kebahagiaan hidup orang lain.Jangan sesekali memburukkan dan menaburkan fitnah.Bertafakurlah sendirian,kajilah apakah kelemahan diri,dan jadikan itu sebagai titik langkah permulaan untuk memperbaiki kehidupan.Amalkan doa ini,agar kita semua terpelihara daripada hasad dengki.Perlu bersyukur dengan kurniaan Ilahi...amin.


Zikir Asma Ul Husna


Memperbaiki Tabiat Buruk:


Bagi mereka yang mempunyai tabiat buruk,bacalah setiap hari Ya Hamid 93 kali.Insya Allah ini akan membantu membersihkannya dari semua yang jahat dan jika anda membacakan untuk orang lain,hembus ke dalam air dan kemudian beri dia minum.


Kredit Info:

Koleksi Doa terpilih:Dato' Dr.Haron Din
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...