0

Doa Memohon Keampunan Diri Sendiri dan Generasi Terdahulu

08:00 |

"Wahai Tuhan Kami!Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan keimanan,dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman.Wahai Tuhan kami!Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmat-Mu"(Surah al-Hasyr ayat 10)
Keterangan ayat 
Dalam ayat ini Allah s.w.t.memuji 3 golongan yang beriman iaitu:

  • Mujahirin
  • Ansar
  • Tabiin

Mereka adalah orang2 yang beriman selepas generasi sahabat.Mereka mendoakan orang2 yang beriman sebelum mereka agar diampunkan Allah.Sesiapa yang menyimpan hasad dan dendam terhadap golongan sebelum mereka terkeluar dari kategori ini.(Tafsir al-Baghawi,tafsir ayat 10 surah al-Hasyr).

Walaupun ayat ini turun secara khusus menceritakan kelebihan sahabat dan tabiin tetapi di bawah kaedah 'al-ibratu bi 'umumillafzi la bikhususissababi',ayat ini juga memuji orang2 yang mencontohi mereka di kalangan umat akhir zaman.Pertemuan akidah antara semua mereka tidaklah terbatas dengan masa.Rasa cinta dan sayang sesama Muslim akan mewarnakan hidup mereka hingga terbit dari bibir mereka doa bagi orang2 sebelum agar mendapat keampunan Allah.(Tafsir al-Azhar tafsir ayat 10 surah al-Hasyr).

Khasiat Dan Kaifiat Beramal

Doa ini wajar kita amalkan sebagi permohonan kepada Allah s.w.t. agar merahmati dan mengampuni generasi sebelum kita iaitu ibu bapa,datuk,nenek moyang dan sahabat2 yang pergi meninggalkan kita.Begitu juga dengan generasi Islam yang awal.


Kredit Info:

101 Doa Para Nabi dan Rasul dalam al-Quran~Ustaz Hj.Zahazan Mohamed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...