2

Doa Memohon Mati Dalam Islam

03:41 |
Assalammualaikum semalam tak sempat kite nak kongsikan 1 Hari 1 Doa.Alhamdulillah dan syukur kepada Allah s.w.t. kerana kite masih diberi rezeki untuk terus menaip.Hari ini kite nak berikan doa seperti di atas.Kenapa doa ini yang dipilih?Tak perlulah kite nak rungkaikan dan pamerkan kes-kes sebelum ini yang melibatkan isu murtad.Rasa marah,geram dan sedih kenapa keimanan hamba Allah makin nipis.Jangan jadikan murtad sebagai jalan keluar daripada isu kemiskinan,isu penceraian dengan pasangan Islam,isu saja2 suka tukar agama,isu balas dendam,isu poligami dan sebagainya.

Itu belum kira lagi betapa ramai hamba Allah yang mengaku Islam tapi...apakah amalan untuk mengukuhkan keimanan sebagai hamba-NYA.Sempatkah kite semua mengucap syahadah di saat-saat nafas terakhir?Kite tidak akan tahu dan tak mungkin akan tahu bagaimanakah,bilakah,di manakah kite akan didatangi malaikat Izrail.Alangkah indah dan bagusnya jika kite semua jadikan doa ini sebagai doa amalan setiap hari.Berdoalah,pujuk rayulah,merintihlah dan bersujudlah meminta agar kite semua mati dalam Islam amin.....


"Wahai Tuhanku,sesungguhnya Engkau mengurniakan kepadaku sebahagian daripada kekuasaan dan mengajarku sebahagian daripada ilmu tadbir mimpi.Wahai Tuhan yang mencipta langit dan bumi,Engkau penguasa dan pelindungku di dunia dan akhirat,sempurnakan ajalku dalam keadaan Islam dan tempatkan aku bersama-sama orang-orang yang baik"
 


Kredit Info

  • Koleksi Doa Terpilih Dato' Dr. Haron Din

2 comments

30/12/10 10:48

salam.. suka info nie.. erm.. pasal tingkatkan traffic tu.. mcm nie...

copy ja balek semua entry tu.. paste kat blog anda.. copy semua termasuk senarai blog tu.. tapi, no 1, anda remove.. dan no 15 anda letak blog anda.. jgn lupa url depa sekali.. anda kena link kan..


Ini entry terbaru saya..
Cara cepat tingkatkan traffic
Skuad MALAYSIA berjaya Benam CHELSEA 3 - 0 
Pembaca Fanatik Blog gua mengganas
Aku nak rambut mcm Dr Rozmey
Gempar! ramai bantah aku wat rambut DdR
Mari lah ROGOL saya!

30/12/10 13:14

@Magrib

oh mcm tu.nti kite cuba tq sudi kongsikan ilmu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...