0

Doa Mohon Dijauhi Penyakit Berjangkit dan Kesukaran Lain

11:20 |
Assalammualaikum w.b.t.Sekarang ni musim hujan,badan pun rasa seram sejuk je.Belum lagi dengan pelbagai wabak penyakit yang menimpa masyarakat.Harap dengan doa ini dapatlah kite semua dilindungi Allah s.w.t selalu.Juga agar Allah permudahkan segala kesukaran kite di dunia ini.Jom mulakan dengan;


Bismillaahir rahmaanir rahiim

"Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada tikaman,penyakit taun,dari kedatangan bencana,datangnya kematian secara tiba-tiba,penyakit panas,buruknya takdir,beratnya bahaya.

Dan kami berlindung kepada-Mu dari tertimpanya kesukaran dan cemuhan musuh.Wahai Zat yang kekal lagi sentiasa berdiri sendiri.Wahai yang mempunyai kebesaran dan kurnia.Ya Tuhan kami,lenyapkan dari kami azab itu,sesungguhnya kami beriman.

Ya Tuhan kami,jauhkan azab Jahanam dari kami kerana sesungguhnya azab itu adalah kebinasaan yang kekal.Ya Allah,kami menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami,nescaya kami termasuk dalam golongan orang yang rugi.

Demi rahmat kurnia-Mu Ya Allah Tuhan semesta alam.Ya Allah,Ya Allah yang memelihara.Ya Allah yang Maha Tinggi"

Nota Comel->Jangan fikir dan jangan risau.Kadang2 nafsu dan emosi yang membuat kita gelisah dan memikirkannya.Serahkan saja urusan kepada Allah s.w.t.Jangan buat keputusan bila ada perasaan ragu2.Insya-Allah akan terjadi sesuatu di luar perancangan kita kerana Allah yang merancangnya.Dan bila Allah merancang ia cukup sempurna dan kita tinggal bersaksikan sahaja bahawa tiada Tuhan selain Allah dan hanya Allah perancang yang Maha Hebat dan Sempurna,serahkan urusan kepada-Nya.

~Amin~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...