0

Forum bersama Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz

17:26 |
Salam semua...bagi korang yang bekerja dah nak baliklah ye.Kite doakan agar selamat perjalanan pulang ke rumah.Bagi yang drive tu...jangan drive laju2 tau.Tak lari nye rumah tu,still terpacak kat situ je.Lainlah kalau rumah korang nun di atas bersama belon2 macam animation UP.Bagi korang yang menggunakan perkhidmatan awam,hati2 takut diraba dan jangan korang lak meraba!Dompet jangan letak di belakang poket bag sandang atau di poket seluar.Kite time bujang2 dulu banyak dah pengalaman guna perkhidmatan awam ni.So kite geram kalau ada yang tak nak berhati-hati dan leka.Ingat kadang2 kite tak tau pun niat penumpang yang duduk sebelah kite.Bagi yang tak kerja esok tu...bolehlah enjoy bangun lambat dan boleh shopping....


Korang ingat lagi tak kite pernah berkongsi artikel tentang sambutan Hari Raya Korban?Malam ni bertempat di surau yang sama,akan diadakan forum sempena Maal Hijrah bertajuk "Tanggungjawab Suami Isteri".Panel jemputan pada malam ini ialah Y.B Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz.Insya-Allah kite akan bawa anak2 lepas solat Maghrib.Dah banyak forum dan panel jemputan yang hebat2 datang tapi baru malam ni kite sempat nak pergi.Ada juga khemah yang dipasang untuk tapak "Karnival Produk Halal" dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Sepang.
Yang buat kite lagi berminat nak pergi sebab dulu kite kursus kawin di PMIM-MAS dengan kerjasama JAIS.Masa tu tahun 2001 dan kite staff MAS.Mak kite dulu Flight Cabin Officer dan dia lah yang daftarkan untuk kite kursus perkahwinan.2 hari dengan bayaran RM10.00.Dan yang bestnya memang banyak penceramah antaranya ialah Dato' Abu Hassan Din.Rasa tenang je bila dengar beliau mengupas satu persatu tanggungjawab dan tugas2 berat bakal dipikul untuk bergelar suami/isteri.Akhir kursus peserta lelaki berebut-rebut nak bersalam dengan ulama kite ni.
Inilah sijil kursus perkahwinan kite.Hubby pun join sekali.
Signature Dato'Abu Hassan semasa beliau bertugas sebagai
Pegawai Agama Istana Negara


Insya-Allah nanti kite cuba berkongsi dengan korang semua intipati forum tu ye.Kite doakan agar perkahwinan kite dan korang semua diberkati Allah s.w.t. amin.


To LoVe and Be LoVed is to FeeL The SuN fRoM both Sides
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...