2

In Trend-Wajah Cinta Di Facebook

00:00 |


Salam semua,wah seronoklah korang ye esok cuti.Nak2 lagi bagi yang dah dapat gaji tu,apa lagi shopping ler ataupun balik kampung.Jangan lupa jaga keselamatan sepanjang hujung minggu ni.Kite ni kat rumah abah lagi,saja lepak sini boringlah kat rumah.Hubby pun belum balik.My sis tadi balik kerja beli majalah In Trend terbaru keluaran Januari 2011.Cover depan kak Ziana Zain yang still jelita dan bergetah.




Mula2 kite tak cam pun ni Ziana Zain,langsung tak macam dia.Bila baca tajuk di depan cover,eh...Ziana Zain lah!Cantiknya dia!Hah korang yang minat dia atau In Trend apalagi?Kite tertarik dengan satu artikel ruangan Gaya Hidup Perhubungan tajuknya;

Penangan Cinta Facebook
Tempat Cinta Tersemai;Punca Asmara Bersepai

Antara petikannya;

Siapa tidak ada akaun Fb tidak 'in'.Tetapi itu hanya ukur tara gaya hidup terkini yang bersifat duniawi(ewah!).Di Fb bukan sahaja kita menambah kawan tetapi juga menambah lawan.Di Fb cinta kita boleh tersemai dan di Fb juga cinta kita boleh bersepai.

5 Perkara Kamu Dan Dia Perlu Jauhi Di Facebook

1.Kalau mahu manja merenyam....
->Fb bukan tempat yang sesuai untuk PDA walaupun untuk pasangan yang sudah berkahwin.Jangan biarkan orang lain membaca perbualan manja merenyam anda dan pasangan di Wall masing2.Mungkin ia hanya bermula dengan satu status seperti "Hari ini ulang tahun perkahwinan kami".Mungkin ada Friends yang akan mengucap tahniah di ruangan komen.Kemudian pasangan anda pun memberi komen yang romantik,dan akan ada Friends yang membalas "Oh,how sweet!.But how sweet is sweet?".Kalau selepas itu berbalas-balas komen sampai masuk ke "acara selepas makan malam" yang anda sedang rancangkan,hai tak segankah satu kampung tahu,cik kak?

2.Simpan sahaja rahsia bulan madu
->Jangan muat naik gambar anda sedang berbulan madu atau beraksi mesra dengan pasangan.Bagi yang baru berumahtangga,anda mungkin rasa tak salah berkongsi dengan dunia akan kebahagiaan yang anda baru kecapi.Anda mungkin mengharapkan komen "Oh,how romantic!" daripada lingkaran Friends anda dan berbangga dengannya.Tetapi gambar romantis itu mungkin boleh disalah guna.Niat orang lain kita tidak tahu.Bagi yang belum berumahtangga,jangan sesekali fikir apabila ada gambar romantis itu,orang lain akan faham lalu menjaga batas mereka dengan anda.Ada orang pasangannya tampil sederhana sahaja.Tetapi apabila melihat pasangan orang lain lebih segak daripada Jude Law,mulalah tumbuh bimbit cemburu.Akal yang sihat menjadi celaru,lalu hubungan menjadi haru-biru.

3.Kemas kini Status dengan otak,bukan dengan hati
->Buatlah pertimbangan bijak apabila mengemas kini status.Masam muka gara2 suami tak belikan tas kepit Anya Hindmarch terbaru pun hendak dikongsi satu dunia.Orang lain pun mula membuat taakulan,sama ada pasangan yang bermasalah kewangan ataupun kita yang memang materialistik.Ibu mentua baru tegur masak lemak cili api yang kita buat cair sikit,sudah merungut panjang.Tak pasal2 satu dunia mengandaikan pula sama ada ibu mentua anda yang garang macam Nyonya Mansor ataupun anda yang memang tak pernah ke dapur.Hendak pergi dating pukul berapa dan di mana pun tak perlulah beritahu di Fb.Manalah tahu segala Mak Long dan Mak Ngah yang turut sama menjadi Friends ada terbaca dan tak pasal2 membuat rondaan Rukun Tetangga.

4.Hormati Sempadan Peribadi Orang Lain
->Jangan sesekali muat naik dan kemudian tag gambar pasangan anda sedang memakai pakaian yang lucu atau membuat aksi pelik tanpa pengetahuan mereka.Mungkin anda beranggapan gambar pasangan anda memakai kostum Batman dipadankan dengan kain pelikat Cap Gajah Duduk adalah kelakar dan rugi jika tidak diuar-uarkan ke segenap pelusuk dunia.Ada aksi2 lucu pasangan(dan ahli keluarga juga)yang bertujuan hanya untuk personal amusement.Berhibur dan menggembirakan diri sendiri bersama orang2 tersayang tidak salah.Tetapi cukuplah sekadar ia menjadi kenangan peribadi.Mana tahu suatu hari nanti,ada pula yang memuatnaik gambar kandid anda sedang melantak nasi beriani satu dulang sedangkan anda baru sahaja menulis di Status-Ingin Ramping Seperti Posh Spice.

5.Jangan Sampai Cinta Lapuk & Basi
->Unfriend ur spouse/partner on Facebook.Ini panduan yang disarankan ramai pakar perhubungan.Apakah yang menjadikan suatu perhubungan itu marak menyala?Jawapannya-Misteri & Enigma yang melingkar lalu membina segala passion dan thrill.Lupakah zaman sebelum teknologi moden menjadi kiblat hidup,hanya surat long hand dan panggilan telefon sekejap2 yang mengikat kasih?Menanti khabar berita daripada kekasih hati dan tertanya-tanya apakah yang sedang dan akan dilakukannya memang meresahkan.Tetapi apabila bertemu segala resah itu terbayar dengan kemanisan tak terucap.Itulah yang dimaksudkan dengan keindahan merindu.Namun di Fb,habis segala gerak-geri diberitahu.Segala madah diucapkan di Wall,segala gambar ditunjukkan.Apa yang nak dirindukan lagi?

Lain orang lain fahamannya.Tetapi Fb bukanlah wadah terbaik bagi merias jelapang wajah cinta anda,baik yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin.Mereka yang nak berkasih di Fb ini secara terang-terangan harus berfikir banyak kali.Apa motif meletakkan nama pasangan di bahagian Status Perhubungan?Sebagai ikrar taat setia?Tidak mahu orang lain 'mengusya' anda/pasangan?

Jika kita katakan,ada sesuatu terbuku dalam diri,itu bererti ada sesuatu yang terpendam dan tersembunyi serta tidak sesekali kita kongsi dengan orang lain.Ini amatlah berlawanan dengan Fb.Tidak ada yang terbuku di Facebook.Semuanya penuh dengan yang bermuka-muka.

Yelah kan,pokok pangkal diri sendiri.Sebelum update status dan upload foto,fikir 2,3 kali.Fb ke blog ke sama je.Kalau tuan empunya tak gunakan fikiran dan hanya ikut kata hati,jadilah macam di atas.Kite punya Fb?Perghhhh..penuh.....dengan sawang he3.Kite tak rajin update status macam mana serajinnya kite update entri.Ntah ler dari dulu tak berkenan dengan Fb.Ni kali ke-2 kite create semula akaun sebab kadang2 kite perlukan juga.Terasa gak nak cari kawan2 tapi godek punya godek ex-bf kite dan adik-beradiknya pun ada Fb.Parah!Si dia siap add Friends ngan kawan sekelas kite.Siap cari kite kat web sekolah..apahal?Ngape?Korang sendiri teka jelah.Kite terus block dia dan kaum kerabatnya.Buat apa nak dikenang perkara yang dah lalu ye tak?Biarlah orang lain kata rugi takde Fb,bagi kite lagi rugi takde BLOG!!!


Kredit Info & Foto:

Majalah In Trend Januari 2011.

2 comments

5/1/11 15:49

salam ziarah.. suka lah entry ni... boleh share x?

1/6/13 18:10

betul2.. macam2 karenah ada kat fb..Al kalau on fb un offchat...ngee~~ :) mmg rugi xde blog..ekkekekke....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...