0

Jangan lupa Akademi Al-Quran musim ke-5

21:10 |
Assalammualaikum semua..makan apa malam ni?Alhamdulillah kite dah selamat makan bersama keluarga tercinta.Tengahari tadi anak2 minta masak bihun goreng pakai sos spagheti,not bad sedap jugak.Malam ni kite lak rajin nak masak rendang ayam dan sup meatball campur fishball.Ni lah jadinya;
Oklah tu...makan semeja dengan keluarga adalah saat2 yang mengembirakan.Tengok keletah anak2 kepedasan makan rendang,tengok Danish hirup sup sambil cakap nak shi ball lagi.Tahun depan bermulanya rancangan Akademi Al-Quran musim ke-5.Dari musim pertama kite tak miss follow.Banyak ilmu yang kite pelajari baik dari segi tajwid,tarannum dan qiraat.Kadang2 perlu tengok rancangan agama macam ni untuk memperbaiki lagi makhraj dan tajwid.

Semalam berita di TV9 bersiaran langsung dari Sri Pentas TV3 untuk pelancaran Raudhah iaitu penjenamaan baru yang merangkumi kesemua program-program keagamaan di TV9.Ia merangkumi lapan program ilmiah yang terdiri daripada Akademi Al-Quran 5 (AQ5) yang juga menjadi tunjang utama dalam penjenamaan Raudhah, diikuti dengan Halaqah, Semanis Kurma, Usrah, Saffiya, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah serta Adik & Al-Quran.

Akademi Al-Quran 5
Tonggak kepada penjenamaan  ini akan disiarkan setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 Januari 2011. Program yang mencecah rating 1.5 juta ini menampilkan dua hos berpengalaman iaitu Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman dan Mohd Zhafran Zainuldin. Menariknya musim kelima ini, penonton juga berpeluang untuk mengenali 10 bakal peserta AQ5 menerusi Nota AQ5 yang akan disiarkan selama tiga minit pada setiap Isnin hingga Jumaat. Sementara Di Sebalik AQ5 juga turut diperkenalkan pada musim ini dan akan disiarkan selama setengah jam pada setiap Jumaat dari jam 6.30 petang. Menarik tentang Di Sebalik AQ5 ini, penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas tarannum, tajwid dan qiraat dan juga perkara-perkara yang berlaku di dalam kelas.


 Mari kite imbas kembali senarai Juara Akademi Al-Quran;
Abdullah Fahmi
Juara Musim Pertama
Anuar Hasin
Juara Musim Ke-2
Sample image

Mohd Fakhrulradhi bin Khamarudin


Juara Musim Ke-3
Ahmad Tirmizi bin Haji Ali
Juara Musim Ke-4

Jangan ketinggalan mengikuti Akademi Al-Quran tahun 2011.Sambil menambahkan ilmu dapat juga memperbaiki lagi mutu bacaan.Ok selamat malam semua.Sayang korang!

Kredit Info&Foto:
  1. Raudhah 
  2. Uncle Google(kena kredit gak nanti dia tak nak kawan kite)



~Assalammualaikum~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...