9

Jangan Risau Kalau Anak Tak Boleh Berjalan

17:44 |
Salam petang semua.Di sini hujan rasa malas je nak buat apa2 aktiviti.Lepas minum petang baru ada mood nak singgah jumpa kawan2 semua.Ok tadi kite singgah dan baca macam2 pengalaman ibu muda.Memandangkan kite ni dah kategori mama otai wooopppsss tapi muda lagi tau..kembar pun dah besar ingin kite kongsikan apa yang kite baca.Jom apalagi.
Kebanyakan anak mampu berjalan sendiri biarpun usia belum cecah setahun,namun tidak kurang juga yang baru boleh berjalan bila usia masuk 14-15 bulan.Ia adalah normal tetapi ibubapa risau bila si anak tidak menunjukkan tanda2 berjalan bila usia mencecah setahun.
Berikut beberapa persoalan yang sering bermain di fikiran ibubapa:


Kenapa tak sama perkembangan macam teman seusianya?
Anda harus ingat ini bukan perlumbaan.Banyak faktor mempengaruhi mengapa anak anda lambat berjalan dari keturunan sampaikan ukuran tubuhnya.Cuba tanya pada ibu atau mertua,bila anda dan pasangan pertama kali berjalan?

Anak masih tidak dianggap lewat berjalan biarpun usia sudah mencecah 15 bulan kerana sebahagian kanak2 mula bertatih antara usia tersebut.Ini kerana tahap perkembangan seseorang kanak2 itu tidak sama.Mungkinkah lambat berjalan akan menyebabkan anak menghadapi masalah tumbesaran selanjutnya?

Anda memang wajar bimbang tetapi perhatikan sama ada anak anda meniarap dan merangkak pada waktunya?Jika ya,jangan bimbang soal dia lambat berjalan kecuali selama ini memang perkembangan motorik kasarnya lembap.Jika pada usia 15-16 bulan anak masih tidak ada tanda2 berjalan,ia mungkin disebabkan oleh otot2 kaki yang lemah,seperti mengalami masalah 'cerebral palsy'.Tetapi bukan alasan untuk panik sebelum memastikan dengan doktor.

Mungkinkah dia kurang aktif dalam sukan?
Tidak ada kaitan langsung keupayaannya dalam sukan dengan seberapa awal dia mampu berjalan.Kemampuan bersukan lebih dipengaruhi oleh faktor motivasi,latihan dan sedikit dipengaruhi bentuk tubuh.Tidak ada pengaruh lewat berjalan dengan perkembangan fizikal,IQ,kemampuan bahasa dan bersosial anak.

Mungkinkah anak saya malas?
Anak tidak kenal erti malas.Pada usia setahun anak dapat merasa sangat seronok menerokai persekitarannya.Ada anak lebih fokus mengembangkan motorik halusnya,seperti bermain puzzle atau susun blok berbanding berjalan ke sana sini.Mungkin juga tanpa anda sedari sebenarnya dia sedang menyiapkan diri dalam diam2 merancang pergerakan,mengimbang dan memusingkan tubuh.Setelah benar yakin dia mula menapak sehingga anda terkejut bila tiba2 sahaja dia sudah bertatih memulakan langkah pertamanya.

Dia bukan hanya lambat berjalan tetapi tidak merangkak?
Sekitar 7% kanak2 berjalan tanpa melewati fasa merangkak.Mereka hanya meniarap atau bergerak ke depan dan ke belakang di atas tangan dan lututnya.Bila mencecah setahun anak tidak menunjukkan salah satu daripada ketiga-tiga tanda di atas,anda seharusnya mendapatkan nasihat doktor.

Mungkinkah kerana kami tidak melatihnya berjalan?
Bila doktor mengatakan anak anda akan berjalan bila tiba waktunya,ia bukan sekadar menyenangkan hati.Kenyataannya anak memang demikian,namun tidak salah anda memberi latihan dan dorongan asalkan jangan terlalu memaksa.

Nota Comel->Kite harap info ni dapat melegakan hati kawan2 yang sedang resah akan perkembangan anak.Dulu kite pun berada dalam situasi ni bila Irfan lebih dulu berjalan daripada Diena.Apa kite buat?Kite biarkan dan sentiasa pantau perkembangan kedua-duanya.Itu sebabnya kite galakkan pada kawan2 semua tak kiralah anak seorang ataupun kembar,kalau boleh catat perkembangan anak2 dalam diari/scrap book.In case nak rujuk doktor boleh refer buku tadi tu.Oh ye perkembangan Irfan ikut step by step.Tapi Diena pulak dari meniarap terus duduk.Takde merangkak terus berdiri dan berjalan.Macam mana kite galakkan Diena berjalan?

Itu untungnya kadang2 kalau anak kembar ni sebab diorang dapat rangsangan setiap hari dari kembarnya.Diena dulu perhati je Irfan duduk,merangkak,berdiri dan berjalan.Dan kite sebagai mama cuba tarik perhatian Diena masa dia baru belajar meniarap dan berjalan.Kite letakkan mainan kesukaan dia di depan agak2 jangan jauh sangat.Itu jadi tarikan dan perangsang untuk dia bergerak ke hadapan.Harap info ini dapat membantu kawan2 semua....

Nothing you do for children is ever wasted.They seem not to notice us,hovering,averting our eyes,and they seldom offer thanks,but what we do for them is never wasted.

9 comments

24/12/10 19:29

owh kiranya tak yah risau sgt ek??hehe..cik tom xkahwin lg..so xde pengalaman..huhu

24/12/10 20:02

betul tu,, setiap anak brbeza prkmbangan....ada yg cpt jln ttp lmbt ckp.cpt ckp ttp lmbt jln.....2 dr pnglman anak akak....

24/12/10 20:45

@CIK TOM

he3..Cik Tom ni.Takpe kalau blm kawin pun blh jdkan ni panduan.Smga CT jumpa jdh yg sesuai dan terbaik amin.

24/12/10 20:46

@nza

ye kan.kite sbg mak mmg sllu comparekan dgn anak2 org lain.takpe biar perkembangan anak tu step by step

26/12/10 14:32

bagus info ni.. lepas ni .. tak perlu pikir yang bukan2..

Anonymous
25/5/12 20:48

Nk tye,kalo baby yg dh 2 tahun tp still xleh berjalan.dan die hanya baring je.bila latih die berjalan die akan gayutkan kaki die bile dipegang tangan.seolah2 xnk memcecahkan kaki ke tanah.itu bagaimana pulak?

29/5/12 09:26

@Anonymous

slm setahu saya kadang2 si kecil ni macam ada perasan takut dan geli nak pijak lantai,rumput,karpet dll.anak bongsu saya dulu pun macam tu,dah pandai jalan masa kurang usianya setahun,tapi sampai usianya 2 thn lebih masih nak pakai stoking!!!

kdg2 anak perlukan rangsangan.boleh dptkan pelbagai tips dan info dr majalah pa&ma ^^

11/1/14 12:20

salam, saya pon risau baby dah nak masuk 1thn 4 bln tp xnak berjalan..tapi dia aktik panjat , memapah dinding or sofa... pernah g urut lepas tu ok dia leh jln 5 6 langkah tp lepas demam dia langsung xnak jalan

13/9/14 23:23

Salam..best btol entry ni seronok adaa baca..yup..kdg2 mak2 ni yg terlebih risau tambah2 bila tgk anak2 org lain yg sebaya dah bejalan..mcm race plak..pdhal sgt normal anak2 kita ni bejalan dlm 1- 1 tahun 4 bln..legaaa haha

Nice blog n entry!
Jemput ke blog adaa plak ye utk pelbagai info kesihatan

Www.adaa-inspiration.com

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...