2

Jom pakat pergi ramai2...

12:08 |
Cintan cintun Hari Ahad


 
 



Konsert Ria 2010 (Astro Ria) akan diadakan pada 19 Disember ini, bermula jam 6 petang di I-City, Shah Alam.

Istimewa pada konsert ini, Astro akan menampilkan penyanyi dari Malaysia dan Indonesia bergabung di atas satu pentas. Mereka terdiri daripada Ahmad Dhani dengan penampilan khas kumpulan T.R.I.A.D & The Lucky Laki serta penyanyi popular tanah air seperti Anuar Zain, M Nasir, Datuk David Arumugam, Misha Omar, Aizat, Black, Meet Uncle Hussain, Project Pistol, Tilu, Altimet, XPDC, Saleem, AC Mizal dan One Nation Emcee. Turut mengadakan persembahan ialah bintang Akademi Fantasia seperti Mawi, Stacy, Hafiz, Akim, Aril, Shahir dan Adira.

Konsert Ria 2010 cuba mengembalikan kenangan penonton terhadap kegemilangan program terbaik yang diterbitkan pada tahun ini serta persembahan dari program yang menerima maklum balas positif seperti Akademi Fantasia 8, Kau Dan Aku Musim Kedua, Mari Menari, Raja Lawak, Anda Ada 60 Saat dan tidak ketinggalan Kamilah Bintang.

Peminat juga boleh merebut peluang keemasan untuk bertemu selebriti kesayangan mereka terutama bintang yang pernah diundi sewaktu program realiti ini berlangsung. Bagi bintang ini pula, inilah masanya untuk mereka menunjukkan rasa terima kasih terhadap sokongan peminat selama ini.

Konsert Ria Astro percuma yang terbuka kepada orang ramai ini akan dimulakan dengan persembahan istimewa peserta Kamilah Bintang, finalis Mari Menari, bintang Kau Dan Aku dan Nabil yang akan menguji orang ramai dalam permainan Anda Ada 60 Saat. Pelbagai permainan dan hadiah istimewa disediakan untuk dimenangi pengunjung.

Konsert Ria Astro turut dimeriahkan dengan kehadiran krew Era FM, Sinar FM, THR Gegar dan XFM yang juga radio rasmi Konsert Ria 2010. Konsert Ria 2010 pastinya akan menutup tahun 2010 sebagai sebuah konsert yang akan diingati. Bagi mereka yang ingin sama-sama berhibur, bolehlah datang ke I-City, Shah Alam bermula jam 6 petang, 19 Disember.



Nota Comel:Erm  apa lagi jom kite pergi ramai2.Kite kan dah cakap selagi budak belum naik sekolah ni.."Ma..jom jalan!".Kite just nak bagi budak2 ni hepi,duk umah kang manjang gaduh.Kite tak minat tengok2 konsert ni just nak cuci mata tengok apa yang happening.Kite offline dulu...nanti kite kongsikan apa yang best kat sana ye.Sayang korang semua...ta..daa......




Nota Comel Lagi:Kalau korang nak tau kite terkangkang2 nak snap anak kucing ni belakang rumah.Masa tu takde idea nak buat apa ngan foto ni.Just nak save je tiba2 kuar lak idea ni he3....




Kredit Info:

2 comments

19/12/10 22:09

wah buat kt i-city..tindu nak pi sn..cik tom kt trg..so xdpt join..

20/12/10 00:39

@Cik Tom

huhu...Cik Tom kite br balik x lrt nk buat n3 i-city.Nti free dtglah I-City,sempoi lah skrg ni x mcm dulu.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...