0

Lip Lap..Lip Lap di I-City-Part 2

23:24 |
Yuhuu...sorilah terbabas lagi entri.Tadi lari beli baju sekolah budak ngan kasut.Lari tu...tak main dah jalan2.Ok tadi kite dah kongsikan sedikit foto Konsert Ria 2010.Ni ada lagi;
Harap maaf ye snap dari jauh je ni...my sis dah zoom
 guna Blackberry pun tak clear gak.Erm kena kumpul duit ni beli DSLR
Pukul 8.30 malam 'main consert' pun start dah.Tapi ramai lagi berlegar-legar nak snap foto.Dah tadi selama 3 jam hujan semua terpaksa berteduh.Ramai pilih nak ambil foto kenangan daripada terpacak depan pentas konsert.Yang kite dengar masa tu Mawi,Adira,Hafiz,Akim,One Nations Emcee tengah perform ikut giliran.Kitorang dan pengunjung yang lain apalagi meredah lecak dan hujan renyai ber'posing' sana sini.Inilah antara foto2 kenangan.
This is Prohibited Area!My twin sorang nak scarf ribbon,sorang lagi pedang Starwars...oh no...pedang Prince Caspian.Danish...cam biasalah Power Rangers
Ini di White Winter Wonderland.Tunggu turn gak
 nak snap foto,Chinese cukup suka kat sini.



Sambil snap foto tu kite nampak Ac Mizal park kereta Bentley plat AAC...Teringat dulu time dia susah,senang dah dia sekarang.Itulah namanya rezeki anak2.Jam dah pukul 9.30 malam disebabkan kitorang yang pergi ni abah tak teman,erm kenalah gerak cepat.Kang tersangkut lak jam..time semua nak balik.Tapi sempat gak layan konsert time tu Black,Stacy dan Kumpulan Tilu perform.Punyalah ramai depan stage,kitorang dan lain2 nun jauh di belakang.So takdelah foto yang dapat dikongsikan di sini.Budak2 pun dah tak larat.Kite..lagilah.
Erm..itulah serba sedikit aktiviti di I-City.Konsert semalam dijadikan rakaman untuk disiarkan malam tahun baru nanti.Sambutan malam Tahun Baru 2011 akan diadakan bermula 4pm-tengah malam.Kalau korang tak sempat pergi semalam,so apalagi datanglah pada 31 Disember nanti ye.Oihhh kite rasa nak demam dah ni,semalam kitorang kena hujan huhu....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...