3

WHI~Masih Relevankah Anak Ramai?

16:15 |

 


My Photo

Assalammualaikum pada semua rakan2 blogger.Maaf lambat sikit buka blog hari ni,pagi2 breakfast with my my mum kat luar.Balik2 umah menimbun baju nak dibasuh...2,3 hari ni Kota Warisan semedang je hujan.So hari ni Hari Dobi Sedunialah citernya.Dah lama tak tengok Wanita Hari Ini di TV3.Saja je on TV tengok2 topik bestlah pulak...."Masih relevankah anak ramai?".Seperti biasa pada hari Khamis topik perbincangan adalah Kewangan dan pengacara tetapnya ialah Siti Hasfizza Aswaty dan Nazril Idrus(hubby Sazzy Falak-handsome dan tak sombong dia ni tau,pernah face 2 face masa kite keje KLIA dulu.)Panel jemputan ialah Puan Suzana Ghazali iaitu Pakar Psikologi Keluarga dan Pn Noorrafizah Abdul Aziz ibu kepada 12 cahayamata dan bakal mendapat cahayamata ke-13.


Topik berkisar pada pendapat orang ramai.Ada yang kata seronok adik-beradik ramai lagi meriah time Hari Raya dan cuti sekolah.Ada juga kata takdelah sunyi masa hari tua,dikelilingi anak2 belum lagi tambah menantu dan cucu.Tetapi ada juga pendapat tak semestinya anak ramai bermakna banyak rezeki..kalau ibubapa sendiri tidak berikhtiar.Sekarang cukuplah sekadar anak 2,3 orang.Paling ramai pun sekarang standard anak 5,6 orang.Berbalik pada topik di atas,Pn Suzana mengakui memanglah anak ni membawa rezeki,lagi ramai lagi banyaklah rezeki.Tetapi ini semua bergantung pada ibubapa sendiri.Mereka bertanggungjawab dan memainkan peranan meneraju ekonomi keluarga.Dinasihatkan pada pasangan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap,perlulah berbincang dan memilih untuk menjarakkan kehamilan seelok-eloknya 2 tahun.Amalkanlah perancangan keluarga mengikut pelbagai kaedah yang ada.Seperti yang kite semua tahu,perlulah menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 2 tahun.Bukan sahaja disebabkan untuk merancang kewangan tetapi kesihatan baik untuk rahim ibu dan ibu dapat memberi sepenuhnya susu badan.


Pn Noorafizah pula menceritakan pengalamannya berkahwin seawal usia 19 tahun.Pada masa itu dia di tahun pertama di Universiti Malaya.Genap 11 bulan perkahwinan disahkan mengandung.Disebabkan berita gembira itu suaminya terpaksa membatalkan hasrat belajar di Mesir.Suaminya terpaksa memilih untuk bekerja sendiri.Dia juga tidak mengamalkan perancang keluarga,dalam setahun lebih mendapat pula anak ke-2.Jadi semasa dia di UM dia sudah mampunyai 2 orang anak kecil.Masa dia grad dapat pula anak ke-3.Sekarang syukur dia sudah berkahwin 20 tahun dan anak sulungnya juga berusia 19 tahun.Kesemua sekali anaknya 12 orang dan bakal mendapat baby ke-13 dan pernah keguguran 2 kali.Nazril sempat menyatakan untung Pn.Noorrafizah ada 1 team bola dan sorang reserve he3...


Pn.Suzana Ghazali berkata ibubapa perlu membuat tabungan awal untuk anak2,lagi bagus jika bermula dari awal usia kehamilan.Ibubapa juga perlu bijak merancang kewangan kerana banyak kos diperlukan sewaktu awal kehamilan,melahirkan anak dan penjagaan berpantang.Usia anak dari lahir hingga usia 2 tahun memang menelan perbelanjaan besar melibatkan urusan check up di klinik,pampers,susu tepung,pakaian dll.Ibubapa diingatkan jangan didik anak dengan kemewahan.
Anak Bukan Diternak Dan Dibiak tetapi Anak Perlu Dididik dan Dibimbing
Ibubapa perlu melatih dari kecil "Ini keperluan dan ini kehendak".Semasa kecil ibubapa banyak menghabiskan masa membelai,mendodoi dan memeluk anak.Bagaimana pula apabila anak sudah akil baligh dan sudah remaja/dewasa?Hah,masa inilah ibubapa banyak2kan berdoa untuk anak2.Bagi pasangan yang ramai anak,ikhtiar itu penting.Jangan harap rezeki datang bergolek.Cuba kite lihat di luar sana contohnya;ibubapa yang menjual nasi lemak untuk pendapatan tetap...mereka masih mampu mendidik anak dengan baik,dapat juga hantar mengaji.Dunia dikejar Akhirat dikendong.


Perbincangan dihangatkan lagi dengan panggilan telefon daripada penonton.Pn.Rahmah dari Kelantan berkata "Ya,masih relevan mempunyai anak ramai.Ia ibarat pelaburan masa depan,apatah lagi jika anak2 berjaya".Pemanggil seterusnya;Encik Norhisham dari Melaka kata tidak relevan anak ramai.Paling ramai pun sekarang ni 5-6 orang.Dia sendiri pun mempunyai anak 5 orang.Memang tidak dinafikan anak ramai murah rezeki tetapi itu semua memerlukan kekuatan mental dan emosi ibubapa.Apatah lagi sekarang ini pelbagai gejala sosial melibatkan remaja.Zaman sekarang anak2 materialistik disebabkan terpengaruh dengan kawan2,sosial dan sering suka mencuba benda baru.Apa gunanya anak ramai jika anak2 terbiar.Itu sebabnya banyak kes buang anak,zina,rogol,merempit,bohsia dan samseng.Kos hidup makin meningkat tinggi dan ini membuatkan anak2 sering membandingkan ekonomi keluarga dengan keluarga rakan yang lebih mampu.Maka keluarlah esoknya tajuk muka depan suratkhabar kes rompak,samun,ugut dan pecah rumah.


Pn.Noorrafizah berkata itu sebabnya walaupun dia mempunyai anak yang ramai,dia dan suami selalu berjimat-cermat dan bijak membuat keputusan.Pilihlah bersalin di hospital kerajaan kerana kos yang mampu dibayar.Ukur pada badan sendiri,tengok kemampuan.Pn. Suzana pula berkongsi pengalamannya mempunyai 8 orang adik-beradik.Ayahnya bekerja dan sudah tugas ibunya sebagai suri rumah mendidik dan menjaga mereka.Alhamdulillah adik-beradiknya semua berjaya.Memanglah mengikut hukum syarak Nabi Muhammad s.a.w. suka hambanya ramai.Tetapi apa gunanya hamba ramai tetapi menjadi 'doktor yang cucuk sendiri' ataupun 'superman atas motor'.Sudah tentulah bukan itu yang Nabi kite harapkan.Pernah juga Pn.Suzana berdepan dengan kes pasangan ini ada 2 orang anak aje...tapi sorang bohsia sorang mat rempit.


Ibu juga perlulah menjaga perkataan.Janganlah mudah kata anak buaslah,degillah,bodoh,tak dengar cakap...itu kan doa.Cepat atau lambat Allah akan jadikan kenyataan.Pada si ayah pula janganlah lepaskan tanggungjawab membantu isteri mendidik dan membimbing anak.Ini tak..bila anak dapat result exam bagus..."Oh,anak ayah".Bila fail "Hah,tulah awak.Tengok dia ni ikut awaklah"...disalahkan isteri pulak??Pn.Noorrafizah berkata dia suami isteri sama2 berbincang.Setiap malam akan mengatur program dan bahagikan tugas masing2.Persefahaman,kerjasama,tolak ansur dan pengorbanan itu penting dalam perkahwinan.Biarlah anak ramai kuantitinya tetapi berkualiti.Memang banyak kos diperlukan sewaktu awal persekolahan dan Hari Raya.Tetapi apabila mereka bijak merancang,anak2 tiap2 tahun mampu bertukar pakaian dan peralatan sekolah.Mereka tidak berlebih dan tidak berkurang.Bila barang baru semangat anak pun baru.


Akhir perbincangan Pn.Suzana berkongsi petua pada pasangan yang selalu merasa duit tak cukup2.Hulurlah sedikit wang pada ibubapa,mereka memang tak minta.Lagi tersenyum dan redhanya mereka lagi bertambah berkatlah rezeki kite.Dalam masa terdekat ini Pn.Suzana juga akan menganjurkan Kelab Eksekutif Bina Bahagia dengan terdapat Khidmat Kaunseling Percuma.Kem Ibubapa Mithali juga akan dianjurkan untuk  mendidik,membimbing anak2 dan peranan ibubapa.Jika ada yang berminat bolehlah singgah ke blog yang kite sertakan tadi ye.


Nota Comel:Pada pendapat kite kan bersyukur di atas rezeki yang Allah s.w.t. berikan.Sikit ke ramai ke kite sebagai ibubapa perlu bijak menguruskan keluarga.Macam kite dulu lagilah tidak sangka diberi rezeki awal.Terlalu banyak pengorbanan kite lakukan.Dulu kite kerja MAS bahagian check-in counter.Disebabkan hubby bekerja sebagai juruaudit di Bina Puri Holdings(construction),hubby selalu berpindah lokasi site.Masa kawin kitorang duduk di Seri kembangan,Serdang.Then berpindah pula ke Damansara Damai,Petaling.Masa ni kite terpaksa decide resign dari MAS.Hubby pun dah tak larat kena pindah sana sini so dia pun tukar kerja.Bermula pula kehidupan di Salak Tinggi,Sepang.Masa ni twin pun dah masuk tadika.Kite pun bekerja di Malaysia Airport Sepang(MAHB).Dugaan datang lagi,di saat-saat kerja hubby bermasalah,kewangan pula tidak stabil,disahkan pula mengandungkan Muhd.Danish Raziq(anak ke-3).Duit simpanan terpaksa digunakan untuk survive sementara kite sendiri kerja.Bila hubby mendapat kerja di KL,nak tak nak hasil perbincangan kite terpaksa lepaskan kerja.Sedih tu memanglah,tapi bila fikir nanti kelam kabut kami nak uruskan anak2 tau jelah kite kerja shift.Parents kite pun dua2 bekerja di KLIA.Kadang2 jealous tengok orang lain senang je kerja,anak2 parents jaga.Dah parents kite pun bekerja nak buat macam mana.Lagipun sedih bila si kembar dah pandai cakap dan mengadu macam2 tentang sikap penjaga kat nursery.Bila baca macam2 kes berlaku melibatkan nursery...penat bersalin pun rasa belum hilang,sakitnya kesan operation pun belum hilang(kadang2 ngilu)....tak sanggup nak berdepan kalau ada masalah di nursery.Biarlah kite sendiri jaga depan mata.Ehm..banyak pengorbanan perlu dilakukan apatah lagi mempunyai anak kembar dan anak2 kecil.Sekarang ni anak2 dah 
besar.Hubby pun bagi kerja.Ada juga gi interview Imigresen baru2 ni tapi belum dapat result.Teringin juga nak biz online cuma tengah tercari-cari produk sesuai.Sapa2 yang tau Affiliate tolong beritahu ye...
                    

3 comments

10/12/10 00:17

hai...pn norafizah nih makcik saya...seronok tiap kali sepupu2 sy nih dtg rumah..meriah..ank dia pon ada kembar tau..nk buat 1 entry psl dia jugak lah..hihi..

10/12/10 11:29

@ummie

oh ye ke...sampaikan slm kite kt kak fizah ye...bangga dan syabas dia dpt mjlnkan tgs sbg ibu kpd anak yg ramai.Jgn lupa buat post ttg dia tau....

30/10/13 14:45

Assalamualaikum buat pemilik blog dan pembaca sekelian, di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan 'Anak Ramai' oleh Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj. Semoga perkongsian ini bermanfaat
Semanis Kurma: Rezeki Anak Ramai - Dr. Harlina Halizah Siraj

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...