9

Membongkar Rahsia Gaya Tidur Lelaki

19:18 |
~Salam semua dan dah makan malam ke belum?Ini entri auto publish..kite sekarang buat kenduri sikit celebrate Birthday atok kite yang tersayang ke-82.Insya Allah segala komen dan jejak di Kotak Jerit,kite akan balas ye!!~

Bukan mudah mengetahui kemahuan atau isi hati seorang insan bergelar lelaki.Biarpun sukar,namun ini bukan bermakna tiada satu pun rahsia golongan ini yang tidak mampu dibongkar.Menurut ketua penyelidik Sleep Assesment and Advisory Service,Profesor Chris Idzikowski,gaya tidur seseorang mampu mencerminkan keperibadian mereka.Justeru ,untuk mengetahui sikap sebenar kaum Adam,caranya tidak sukar kerana dengan hanya melihat gaya tidur mereka,sifat terselindung yang ada pada diri mereka dapat diketahui dengan mudah.
Dalam pada itu,menurut penulis buku Sleep Positions:The Night Language of The Body,Samuel Dunkell,lelaki yang mengamalkan satu gaya tidur sama selama 5 malam berturut-turut dalam seminggu,peribadi mereka dapat dilihat melalui gaya tidurnya.


1->Tidur Meniarap
Lelaki yang tidur dalam keadaan ini adalah individu yang gemar hidupnya dikawal.Menurut Samuel Dunkell,keperluan untuk seorang lelaki mengawal dirinya tidak berhenti meskipun sewaktu mereka sedang tidur.Malah gaya tidur meniarap pilihannya itu tidak langsung adalah tindakan bagaimana dia mampu mengawal diri daripada jatuh katil.
Tidak cukup dengan itu,lelaki yang tidur meniarap ini juga menurut penulis buku Success Signals:A Guide To Reading Body Language,Patti Wood,merupakan seorang yang bercita-cita tinggi.Untuk mencapai matlamat tersebut,mereka akan berusaha keras demi mencapai apa yang dihajati.

2->Tidur Terlentang
Gaya tidur ini pula menurut Patti Wood membawa gambaran bahawa lelaki tersebut adalah seorang individu yang tenang dan optimis.Untuk mengetahui dengan lebih dalam mengenai karakter lelaki ini,perhatikan kedudukan lengan dan tangannya.Sekiranya dia meletakkan tangannya di bawah kepalanya sambil berbaring,lelaki tersebut merupakan seorang yang memiliki rasa percaya pada diri sendiri.
Sementara itu,tambah Samuel Dunkell,secara umumnya lelaki yang tidur terlentang merupakan seorang yang gemar bergaul dan suka menjadi perhatian.Oleh itu,sewaktu tidur sifat tersebut ditunjukkan kerana mereka ingin menonjolkan diri.

3->Tidur Dalam Kegelisahan
Lelaki yang tidur dalam keadaan ini biasanya sukar melelapkan mata dan sentiasa mengubah posisi tidurnya.Sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri.Keadaan ini secara tidak langsung mempamerkan dirinya sedang berada dalam tekanan dan mungkin sedang bergelut dengan bebanan masalah.

Menurut Samuel Dunkell,ketika seseorang berada dalam tekanan,otak melepaskan sejenis hormon yang bertindak balas menghilangkan masalah sewaktu tidur.Ini kerana tidur biasanya berupaya merehatkan diri sekaligus menghilangkan masalah yang dihadapi sebelum itu.Bagaimanapun,jika tidur masih tidak berupaya melawannya,aktiviti seperti olahraga dapat membantu tubuh melawan stress dan relaks.

4->Tidur Mengiring
Berbaring dalam keadaan mengiring adalah gaya tidur paling biasa tidak kira perempuan atau lelaki.Lelaki yang tidur dengan gaya ini merupakan seorang yang penyabar dan mudah berkompromi.

5->Tidur Mengerekot
Gaya tidur seperti bayi yang sedang mengerekot ini mempamerkan lelaki tersebut seorang yang sensitif dan pemalu.Namun begitu,mereka ini juga seorang yang mempunyai pendirian yang tegas.Malah,perasaan malu mereka juga tidak pada semua orang.Biasanya mereka hanya malu pada orang yang baru dikenalinya.Meskipun begitu,lelaki seperti ini adalah seorang yang sangat teratur,bertenaga dan rajin bangun pagi bagi menghadapi kehidupan.Bagi mereka setiap perkara harus dirancang dengan teliti dan penuh perancangan.

6->Tidur Dengan Tangan Ke Depan
Tidur dengan gaya ini seperti menggambarkan pemiliknya seorang yang berfikiran terbuka.Namun begitu dalam masa yang sama dia juga boleh berubah menjadi seorang yang sinis dan curiga.Apa yang pasti,lelaki seperti ini sukar diduga moodnya kerana apabila sudah membuat keputusan,sesiapa juga tidak mampu mengubah pendiriannya itu.

7->Tidur Terlentang Dan Tangan Di Bantal
Lelaki yang tidur dengan gaya ini merupakan seorang yang baik hati.Dia bukan sahaja mampu menjadi pendengar setia tetapi juga gemar menolong orang lain yang di dalam kesusahan.Bagaimanapun,mereka ini sangat merendah diri dan tidak suka jika dirinya menjadi perhatian.

So apa gaya tidur korang ye he..he..

9 comments

29/12/10 00:28

kamu di tag
tq!
http://safiyahezora.blogspot.com/2010/12/segmen-jom-berkenalan-by-cikgu-akim.html

yuhu.. anda telah ditag yer..
sila pergi ke >>>
http://simplecutebeautiful.blogspot.com/2010/12/1st-lucky-draw-by-misz-nana.html

dan

http://simplecutebeautiful.blogspot.com/2010/12/50-bloggers-diperlukan-ii.html

hehehee..

29/12/10 12:33

ni leh terpakai tuk perempuan sekali ke tak ni huhuhuhu

30/12/10 00:07

@nora

hye..nora!erk..ntahlah kite pun tak tau huhu.nti kite godek2 koleksi cr khas utk pompuan pulak ye!

30/12/10 00:09

@❦ CuTe MuMmY FaRa ❦

huhu..fara awat sekaligus 2 ni huwaa..aku entri pun sangkut lagi ni.aku cuba buat mana yg terdaya ye..tq dear!

30/12/10 00:11

@Magrib

hye magrib.tq sgt sudi sggh di sini..tq 4 the link!slm perkenalan!

28/4/13 03:53

Tak terpikir pun bab ni..hahahaha..excellent...

28/4/13 04:29

@Islet morning sis.wah tulah mcm2 gaya tidur pun ada :-)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...