3

Memori Di Usia 1-12 bulan

22:58 |
Assalammualaikum...erm dah lama tak cerita tentang pengalaman membesarkan anak kembar.Seronok baca kisah rakan2 lain yang teruja,risau,sedih dan kepenatan menjalankan tugas seharian dengan si kembar.Ibubapa kembar perlu menggandakan tugas berlipat kali daripada ibubapa yang lain.Jom baca memori kite sepanjang membesarkan Irfan & Irdiena(Diena).
Hah ni foto masa diorang 2-11 bulan..Macam2 peel.Time kite baca balik scrapbook nak gelak pun ada,sayu pun ada..kalaulah dapat diulang kembali saat2 ni...bestnya!Mula2 kite bagi susu tepung tapi masuk 3 bulan diorang tak nak.Jangan haraplah nak minum.Macam2 teknik kite buat supaya diorang minum..tapi tak jalan.Diorang menyusu badan sepenuhnya.Masa berusia 4 bulan Irfan dah pandai meniarap.Diena pulak pandai mengiring sampai berpusing 360 darjah.Sejak pandai meniarap Irfan suka tidur meniarap.Yang kelakar Diena siap toleh dan usya dekat2..mungkin pelik tengok kembarnya tidur style lain.Diena pandai meniarap masa 6 bulan.4 hari kemudian dah pandai terlentangkan badan.Cukup suka tukar position bergolek sana sini.Diena dah pandai cakap ma..ma..Irfan pulak mek..kadang2 tu da..da...

Masuk 5 bulan Diena kuat nangis dan jerit.Manja teramat sangat sampai kite nak buat kerja pun susah.Diena kalau duduk kat bouncer suka tarik stoking.Nak-nak lagi kalau color stoking hari tu pink.Satu hari tu kite tengok stoking hilang sebelah rupanya dia dah masukkan dalam mulut huwaa...nasib baik tak tercekik.Satu lagi kalau kite lambat je pakaikan stoking dia masukkan pulak kaki dalam mulut.Aduh biar betul dia ni.Kadang2 kite nak cepat.Adalah satu hari tu ntah macam mana masa pakaikan dua2 baju kite boleh terpakaikan Irfan stoking pink.Diena pulak stoking biru.Kadang2 lepas mandikan diorang kite letak sebelah menyebelah nak pakaikan baju.Kite pakaikan Irfan stoking belah kaki kiri dan Diena kaki belah kanan.Diorang lak sengih memanjang.
Dua-dua tak suka tidur guna buaian.Kite sampai beli 2 sebab kalau diorang nyenyak tidur senanglah kite nak buat kerja.Tapi baru je letak dalam buaian dah terjaga.Diorang suka susu badan sambil peluk dan terus tertidur.Cukup senang nak bagi tidur.Melainkan demam je banyak merengek.Akhirnya 2 buaian tu perhiasan semata-mata.Yang foto Irfan dalam buaian tu masa dia ngantuk sangat makan ubat demam.Paling senang bagi Irfan makan.Kalau Diena pulak susah nak suap makan.Kena main2,kena bagi dia pegang mainan yang berbunyi dan dia cukup suka pegang paket wet tissue.Sama2 suka kalau kite nyanyikan lagu dan bila dua2 tersenyum..rasa gembiranya dapat buat dua baby senyum serentak!Oh ye masa baru lahir Diena yang pandai senyum dulu.Diena juga yang mula riuh bercakap..bahasa dioranglah.Irfan kuat tidur sampai susah lak nak kejut.Irfan kalau meniarap dan mengiring selalu ke kanan.Diena pulak ke kiri(mungkin ni kot kedudukan diorang dalam rahim dulu).

Diorang cukup suka kalau petang ambil angin di luar.Jalan naik stroller sambil tengok pemandangan.Kalau jalan2 tak kiralah di shopping mall ke atau taman Diena diam je menikmati pemandanganlah kot.Cukup suka tengok lampu2.Dia boleh tertidur dalam stroller kalau dah ngantuk sangat.Irfan pulak kalau tak cukup tidur mengamuk dalam stroller.Dia nak susu badan sambil peluk kite,baru boleh tidur.Pernah masa tu kite shopping kat Sunway Pyramid,Irfan dah buat peel nak tidur.Apalagi riuh dia nangis.Yang kelakar kite masuk dalam fitting room bagi susu,ok dia tidur.Letak balik dalam stroller.Eh,terjagalah pulak.Kite lari pulak masuk kat ladies bagi susu,terkejut dia dengar bunyi bising tiap kali orang keluar masuk flush jamban.Terus tak nak susu lagi.
Masa 7 bulan Diena dah pandai angkat tangan,kepala,pinggang dan dada tinggi2.Dah nak mula merangkak cume belum pandai bergerak ke depan.Irfan dah mengengsot ke depan.Tak larat nak kepung terkejar2 kite tangkap.Sebab Irfan suka tarik rambut Diena.Tak boleh duduk dekat2 diorang ni,kejap tarik rambut,kejap tarik stoking Diena.Rampas mainan Diena.Masa 8 bulan Diena yang pandai duduk dulu,dari meniarap terus duduk,takda merangkak.Irfan belum lagi,tapi kan dia ni cukup suka tindih dan panjat badan Diena.Menjerit-jerit Diena masa tu.Kat mana Diena duduk bermain kat situlah Irfan merangkak nak join.2 minggu kemudian barulah Irfan pandai duduk.

Usia 7 bulan Diena tumbuh gigi dulu.Irfan masa 8 bulan.Masa ni cukup kuat gaduh.Irfan suka rampas mainan Diena..hah apalagi berbekas tangan Irfan kena gigit.Lebam2 pulak tu!Cukup suka menari kalau dengar lagu iklan di tv.Mandikan Diena senang dia suka air.Irfan macam resah je,tak nak duduk dalam bath tub nak berdiri je.Dua-dua tidur tak suka selimut.Masuk usia 9 bulan kite ajar minum air masak pakai straw.Tak inginnya diorang ni minum pakai botol susu,nak pakai cawan dan letak straw.Cukup pandai pergi dekat tv dan godek2 button channel volume.Ada sekali tu Diena godek punya godek tertekan button volume..hah...menangis dia terkejut tiba2 volume kuat.Sejak tu dia serik dah.

Irfan dah pandai berjalan 3 langkah masa 11 bulan.Tatih...tatih.Kejap jatuh..bangun..jalan lagi eh...jatuh lagi.Lagi beberapa hari nak sambut birthday 1 tahun,Diena dah pandai berjalan 2,3 langkah.Baru sekejap rasanya tengok diorang bertatih...eh dah pandai pulak panjat sofa.Siap tersengih-sengih lak tu.Macam mendaki gunung everestlah bagi diorang tu.Dah lah kuat panjat sofa,tapi tak reti nak turun.Pandai mengelongsor laju masa nak turun..risau betul masa tu.Dua-dua dah ada 4 batang gigi..comel je.

  


Itulah warna-warni sepanjang membesarkan kembar.Nanti kite cerita pulak perkembangan diorang masa usia 1-2 tahun.Mesti lebih kurang sama je dengan pengalaman korang,kan?

3 comments

23/12/10 07:59

salam...,
sering terfikir.. adakah kembar saya je yang suka dan asyik bergaduh... rupa2nya Irfan n Diena pun sama gak... itulah ragam dan dunia kembar...

23/12/10 14:11

@~ nisa ~

salam Nisa.tulah..sampai dh nak masuk djh 3 pun still gdh.yg pelik tu td punyalah gdh sampai merajuk tup...tup terkekeh-kekeh ketawa bersama.Pelik btllah diorang ni

24/12/10 15:44

elly&emmy suka berebut mainan.. kalau sorang pegang.. yang sorang lagik mesti nak juga.. kalau berebut mainan, masing2 tak nak mengalah.. dan yg kalah mesti meraung kuat nyer.. tapi dapat dukung ngan mama terus diam..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...