7

Mengapa Wanita Lebih Stress Berbanding Lelaki?

15:42 |
Yuhuu semua...sebelum ni berderet2 juga entri 'Kongsi Pendapat' khas untuk lelaki.Kali ini pulak khas untuk kaum yang comel2,jelita,ayu ~'WANITA'.Sebenarnya banyak entri nak kite kongsikan tentang dunia wanita tapi kite terpaksa tapis2 dulu..Yolah yang singgah sini ada yang bawah umur,ada yang jejaka terhangat di pasaran...cam ne tu?Ok jom baca entri ni...mengah gak nak taip ni..panjang bonar..

STRESS?Semua manusia mengalaminya terutama individu yang tinggal di kota metropolitan(kat desa pun tak terkecuali jugak).Malah boleh dikatakan mustahil bagi seseorang manusia untuk tidak mengalami sebarang tekanan sepanjang hidupnya.Justeru,stress sebenarnya adalah sesuatu yang normal bagi manusia.Meskipun stress itu normal,namun jika kadarnya terlalu tinggi maka ia akan mempengaruhi kualiti hidup serta memburukkan lagi kesihatan diri.


Gejala stress yang dialami lelaki lebih cenderung kepada amarah,mudah emosi dan mudah berasa kecil hati.Manakala wanita pula lebih mudah untuk mengalami rasa putus asa dan tidak bersemangat di dalam hidup.Lelaki tidak mengalami suasana hati yang tertekan kerana mereka enggan mengakui kelemahan diri.Mereka lebih suka mencabar diri dan berusaha memulihkan perasaan mereka berbanding membuatnya menjadi semakin hancur.

Sedangkan wanita bukan sahaja tidak mampu menghilangkan perasaan stress tetapi mereka juga tidak mampu untuk mengendalikan stress yang mereka alami dengan baik.Mereka lebih cenderung untuk membuatkan diri mereka semakin terjerumus dengan masalah dan stress.Malah kecenderungan wanita untuk membunuh diri akibat stress mencapai empat kali ganda berbanding lelaki.


Hormon & Sikap Pengaruhi Stress

Sekali lagi hormon menjadi punca(kesian cik hormon..kalaulah dia boleh pertahankan diri sendiri).Hormon Estrogen yang terdapat di dalam tubuh wanita menjadikan mereka cepat marah dan mengalami pertukaran mood serta emosi.Selain estrogen,hormon melatonin yang menyerang wanita tiga kali ganda berbanding lelaki juga boleh mengakibatkan stress kepada wanita.


Selain itu,kedatangan haid pada setiap bulan juga merubah emosi dan hormon di dalam tubuh sehingga menjadikan wanita stress.Begitu juga bagi wanita yang baru melahirkan anak,keguguran dan menopaus.Sikap wanita yang lebih mudah berasa khuatir dan bimbang berbanding lelaki membuatkan wanita lebih senang dilanda stress.Kebimbangan dan kecemasan yang sering dialami wanita dikaitkan dengan depresi.Cara pemikiran wanita yang kognitif membuatkan mereka melihat kehidupan atau sesuatu peristiwa dengan terperinci.Sikap ini menjadikan mereka cenderung untuk tertekan sekiranya apa yang mereka harapkan atau idamkan tidak menjadi kenyataan.


Cara Mudah Hapuskan Stress


1->Meditasi
Mungkin ramai yang tidak menyukai meditasi kerana berpendapat perbuatan duduk tenang tanpa berbuat apa2 adalah sesuatu yang menyeksa diri.Tapi tahukah anda bahawa meditasi dapat mengurangkan stress,memperbaiki sistem kekebalan tubuh dan mencegah penyakit kronik(Sapa tengok Eat,Love,Pray..macam tulah kot)


2->Luahan Perasaan
Jangan ragu meluahkan emosi terpendam dengan berbual,ketawa,menangis atau marah.Semua perbuatan ini merupakan sebahagian daripada proses normal penyembuhan emosi.

3->Menulis
Penelitian menunjukkan bahawa mengekspresikan perasaan ke dalam bentuk tulisan seperti menulis diari boleh menjadi teknik efektif dalam mengurangkan stress(Ini kite setuju...sapa takde blog rugi banyak wooo...)


4->Hobi
Melakukan aktiviti atau hobi yang menyenangkan sangat efektif untuk menenangkan diri dan fikiran individu.Aktiviti2 sukarelawan dan membantu orang lain yang memerlukan pertolongan anda terbukti berkesan sebagai penghilang stress.

5->Body Centered Relaxation
Proses ini melibatkan nafas,latihan relaksasi otot,picitan,aromaterapi,yoga dan latihan relaksasi ala Cina seperti tao chi dan qi gong.

6->Aktiviti Rohani
Aktiviti ini melibatkan cara merehatkan tubuh melalui self-hypnosis,mendengar muzik dan kebolehan berhumor anda untuk mengurangkan stress.

7->Olah Raga
Melakukan olah raga secara teratur merupakan salah satu teknik mengelola stress yang efektif.Tidak perlu melakukan senaman berat untuk menghilangkan stress,cukup sekadar berjoging,berjalan,berbasikal,aerobik dan berenang untuk mengusir stress.

8->Tidur Yang Cukup
Get your body sleep!Istirahat dan tidur yang mencukupi serta teratur bukan sahaja bagus untuk tubuh tetapi juga berguna untuk menghapuskan stress.

JaNgaN StResS Tau!!Be HappY....


Kredit Info:

Harmoni~Rahsia Wanita

7 comments

31/12/10 15:52

No.3/4/6 <3 <3 ;

31/12/10 16:40

@Novelgurl

he3...:)

paling tension dengan lelaki yang berlagak
contoh baru 5 minit lepas
dia kata senang je jadi blogger
tulis je apa-apa pun
tajuk mesti kontroversi
urm... cakap memang mudah
cabar suruh buat...tak pula
wahh...stress...stress...stress...

Katak Puru boleh dimakan???"
Japan Made Cafe a.k.a Cosplay Restaurant"

3/5/11 08:52

@.::: Princess MOMOY :::.

:yelah...ingat sng nak cari idea?naktype lagi,kang kgsi info tak best..kena kutuk lak huwaa....stress stress...

3/6/13 08:49

xleh tido mmg stress!! benda kecik un pempuan mudah stress... hahahah.. adoyai.. xD dun stress2..be happy ^_^

3/6/13 11:34

@AiSyA LiEzA hye AL betul,tu.kak lea kalau stress//apalagi bw ler ataupun baca je majalah/buku best :)

13/11/15 01:36

Tq 4 sharing..
Banyk mmbntu dlm mnyiapkan thesis sy..
As'Salam..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...