1

Mentor 5 Kembali Lagi

02:39 |
602PhotoinScrap2 Sah! Ujibakat Mentor Musim Ke 5 Akan Bermula, Lets Rocking!





Satu majlis sidang media bagi memperkenalkan barisan Mentor musim kelima telah berlangsung pada petang Jumaat lalu di Sri Pentas TV3, Bandar Utama. Enam artis yang telah dipilih untuk menyandang gelaran sifu pada musim kali ini ialah Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Erra Fazira, Rahim Maarof, Edry Abdul Halim dan Noh Hujan.

Berbekalkan pengalaman dan bakat masing-masing, kesemua mereka kini sedang bersiap sedia menyusun strategi di dalam pencarian mereka untuk melahirkan seorang lagi juara Mentor yang layak bergelar bintang.

Majlis sidang media pada petang itu telah dihadiri oleh kesemua barisan mentor kecuali penyanyi berasal dari Singapura iaitu Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah. Kak Pah yang tidak dapat turut serta dalam majlis tersebut kini berada di Tanah Suci Mekah. Walau bagaimanapun, beliau sempat menitip ucapan kepada hadirin yang datang.

“Assalamualaikum. Saya Sharifah Aini ataupun Kak Pah. Saya adalah salah seorang Mentor untuk musim kelima ini, InsyaAllah. Saya memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke sidang media pada hari ini. Saya masih berada di Tanah Suci Mekah mengerjakan haji.

“Saya harap dengan penyertaan saya sebagai Mentor ini dapat saya melahirkan satu bakat yang bakal menyinar dalam industri hiburan tanah air. Terima kasih saya ucapakn kepada TV3 kerana beri saya peluang dan saya akan gunakan pengalaman saya sebagai penghibur selama 42 tahun untuk merealisasikan impian bakal protege saya nanti.”

Kak Pah mencari seorang yang beperwatakan menarik dan boleh menyanyi dalam pelbagai genre muzik. Bagi pengarah, pelakon, penyanyi serta pengacara Afdlin Shauki, kriteria protege yang dicarinya ialah seseorang yang boleh menyanyi pelbagai genre muzik, boleh berlakon dan pandai melawak.

“Saya berbangga kerana memang menjadi cita-cita saya untuk berkongsi pengalaman saya dengan orang lain. Setelah lama saya tidak menyanyi, akhirnya saya dapat ‘torture’ orang untuk menyanyi,”ujar Afdlin dalam nada berseloroh.

“Sebenarnya, saya bukan saja mencari orang yang boleh menyanyi, tapi yang boleh menjadi penghibur. Saya nak latih protege-protege ini bagaimana nak menghadapi hidup sebagai seorang artis.

“Saya nampak kekurangan dalam industri kita dalam mencari bakat-bakat baru yang boleh menjadi penghibur. Bagi saya, nak hidup dalam industri seni bukan hanya bersandar pada satu bakat, sekurang-kurangnya kita perlu ada bakat-bakat lain,”katanya lagi.

Bagi Noh selaku mentor yang paling muda, dia berasa bangga kerana diberi peluang menjadi mentor, namun jauh di sudut hati, vokalis kumpulan Hujan ini mengakui berasa amat rendah diri berada di samping mentor-mentor yang lain.

“Saya rasa rendah diri duduk bersama-sama otai kerana saya rasa saya masih tidak layak lagi. Namun, terima kasih kepada pihak Mentor dan TV3 kerana bagi saya peluang untuk sertai program ini.

“Saya rasa sudah tiba masanya saya didik seseorang untuk menjadi karyawan dan penghibur yang beridentiti,”kata Noh yang mencari protege yang pandai bermain alat muzik.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Istana Menanti’, Rahim Maarof ketika ditemui memberitahu, penglibatannya sebagai salah seorang mentor dalam program ini adalah kerana ingin berkongsi pengalamannya kepada bakal protegenya nanti.

“Syukur, alhamdulillah kerana telah diberi peluang untuk terlibat dalam program ini. Saya percaya di luar sana masih banyak yang ada bakat. Saya ingin berkongsi dengan protege yang terpilih tentang pahit manis sebagai seorang penghibur dan bukan senang sebenarnya untuk menjadi seorang artis.


Nota Comel:Kite memang dari dulu follow Mentor di TV3 dari musim pertama lagi.Kenapa kite suka ye?Sebab kite dah boring tengok rancangan realiti yang banyak merapu dan meraban.Siap nangis2 lah,dah keluar masuk baliklah...takde feel.Mentor sempoi sebab seronok tengok gelagat mentor berusaha bagai nak rak melatih protege yang dipilih.Yang paling best bila acara final,peserta yang dulu tak terpilih membuat kejutan dengan tampil membuat persembahan.Kite pun dah lupa nama salah seorang peserta Musim ke-4 tahun lepas.Dia comel2 orangnya dan boleh buat 2 suara.Masa tu dia nyanyi lagu Misya Omar.."Pulangkan" tak silap kite.Kejap suara perempuan kejap suara lelaki...ngeee...dia ni lelaki tau.Oklah,di sini kite sertakan sekali senarai juara mentor dan protege pada musim2 lepas kot ada yang terlupa.

Mentor Musim 1->2005->Pija dan Zainal Abidin
Mentor Musim 2->2006->Fiq dan Amy Search
Mentor Musim 3->2009->Black dan Mas Idayu
Mentor Musim 4->2010->Mohd dan Ziana Zain

Sesiapa yang memang follow Mentor,kite sama2 nantikan siapa pulak yang akan bergelar juara.Ta....da....

Kredit Info&foto:
1)gua.com.my
2)Pakcik Google

1 comment

13/12/10 22:16

salam ziarah...
berminat nak tahu rahsia buat duit , dtg la blog sy k..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...