My Amazing Life Part 3

03:16 |
Assalammualaikum semua.Hari ni barulah dapat nak buat artikel tentang Duniaku dengan Si Kembar.Baru tadi jalan2 ke blog penuh info tentang Dunia Kembar.Rasa seronok kalau dapat berkongsi maklumat dan pengalaman  dengan pasangan yang ada anak kembar.Semua rezeki yang Allah s.w.t. berikan ada hikmahnya.Ehm...tak dinafikan pada usia perkahwinan yang masih baru,belum sempat nak puas cakap I luv U...U luv Me...Honeymoon pun tak sempat nak rancang di mana....tup...tup...uwekkk....kuar segala isi perut.Dah rezeki bunting pelamin lah katakan...


Bila dah 8 tahun berlalu,kembar pun dah nak masuk darjah 3...kadang2 rasa nak gak dapat sepasang lagi kembar.Sebab sebelum ini pun dah dapat sorang anak lelaki,teringin pulak dapat sepasang kembar perempuan.Rasa seronok bila jalan2 di shopping mall tengok dress,lampin Lunatots dan legging...aduhai cute nyer.Belek pula Pa&Ma Disember 2010 yang dihadiahkan my Bff Fara Farina...comel betul semua baby yang ber'posing'.Apatah lagi baca artikel Dunia Kembar.Rasa seronok dan bersyukur dapat menikmati dan menempuhi kehidupan sebagai ibu kepada sepasang kembar.Korang ingat senang jaga kembar?Kite dapat kembar tak seiras(lain2 uri).Teringat hubby kata,bukan semua suami dapat merasa tanam dua uri sekaligus dalam satu hari.Bayangkan pada pasangan yang dapat kembar 3 atau lebih,jenuh gak yer.Ok artikel ini adalah sambungan daripada artikel sebelum ini.


Malam pertama selepas beberapa jam kelahiran.Kite selamat melahirkan twin boy(abang) pada 11.30 malam dan girl(adik) pada 11.32 malam.Selepas kite dihantar ke wad,tengok jam dah pukul 1.00 pagi.Terkejut tengok hubby dah tunggu di sebelah katil.Dah penuh laci dan almari dengan beg2 dan barang2 yang dibawa dari rumah tadi.Masa ni rasa nak buka mata pun tak larat,dahlah semalam tak dapat tidur lena,memang tak sangka dah bersalin hari ni.Masa ni barulah 2 orang nurse bawa  baby dengan katil sorong yang cute tu(alah nak sebut pun tak reti namanya).Masa nilah baru betul2 dapat cium sorang2,belek muka tengok cukup tak semua anggota,cukup tak jari2.Terus nangis masa ni sebab terasa sangat kebesaran kuasa Allah s.w.t.Comellah sangat2 menangis tak,apa tak.Si abang pelan2 cuba buka mata yang adik langsung tak nak buka...risau betul.Bila abangnya buka je mata,rasa bangga sangat sebab pandangan matanya betul2 pada mamanya(walaupun dia cuma dapat bayangan je).


Buat pertama kalinya peluk anak sendiri.Semalam tidur ngan diorang dalam perut,tapi sekarang dapat peluk,cium diorang secara realiti.Fuh...wanginya bau baby.Betullah kata orang bau baby ni antara nikmat bau yang tak dapat kita bandingkan dengan yang lain.Masa ni dah nak mula rasa sakit tempat operate tapi doktor datang memeriksa keadaan kite dan suruh susukan baby.Punyalah kekok nak pegang baby pun tak reti apatah lagi nak bagi susu.Bertungkus-lumus juga nurse mengajar teknik pegang baby.Mana dengan perut baru je lepas operate kena pulak susukan baby 2 orang.Masa ni kite pilih adik dulu sebab tangisannya yang nyaring .Kelam kabut jugak masa ni.Si abang pandai betul buka mulut dan terus laju menyusu.Tetapi adiknya betul2 buat lawak sampai nurse pun gelak.Dah lah mata tu kecil je nampak macam sepet je,tak nak pulak buka mata mungkin masih tak serasi dengan cahaya.Yelah biasa duk dalam rahim tak begitu terang macam cahaya di luar ni.Pulak tu si adik langsung tak nak buka mulut.Mulut si adik terlalu kecil dan tak dapat nak muat mulut hisap puting.Puas nurse tepuk perlahan pipi dan usap mulut tapi tak juga buka.Bila kite calitkan sikit kolostrom ke bibir dan sedikit susu akhirnya berjaya juga merangsang si adik untuk menyusu.


Hubby pula kena balik.Bayangkanlah family pun belum datang,dengan kesan bius dah hilang dan terasa denyutan di tempat operate.Perut mula terasa lapar dan dahaga pulak.Bila minta air nurse tak bagi sebab baru sangat2 operate.Bayangkanlah keadaan kite masa tu.Sedih rasanya nak bagi hubby balik tapi apa nak buat,lelaki tak dibenarkan teman.Dugaan pertama di malam pertama bergelar ibu kepada kembar.Rasa tak tahan menanggung denyutan tempat operate memaksa kite untuk tidak tidur dengan baby.Selepas memberi sedikit susu ibu,kite menyerahkan baby untuk dijaga oleh nurse.Syukur katil kite betul2 bersebelahan toilet dan wad berdepan dengan kaunter nurse.Doktor masuk memeriksa perut dan takut betul perut kite bergelodak macam ombak.Doktor kata itu pergerakan usus dan kite perlu cuba bangun berjalan dan cuba buang air besar.Masa ni rasa geram pun ada,dahlah tengah sakit,lapar dan haus,disuruh pula bangun.Tapi doktor pujuk suruh cuba.Tapi memang sakit sangat,sejak dari bilik bedah lagi kite baring je.Dan betul2 rasa tak selesa kena kencing pakai tiub.Rasa malu pun ye menyusahkan nurse.Darah memang banyak habis basah kain.Masa ni nurse tolong angkatkan dan tukarkan kain.Ya Allah rasa sakit dan macam nak terjatuh perut ni.Setelah dibersihkan doktor menyuruh kite rehat dan dua kali kite cucuk ubat tahan sakit.Nurse pun bagi rasa air sikit je.Doktor kata tak bolah minum air dalam kuantiti yang banyak sebab takut berlaku penolakan ubat bius tadi ke dalam paru-paru.Takut juga dengar tahan jelah haus.Gara2 kesakitan kite tertidur jugak.


Terkejut dari tidur bila nurse pagi2 subuh dah datang dengan 2 orang doktor memeriksa tekanan darah,kesan jahitan operate dan memberi ubat.Syukur dapat juga telan air.Masa ni masih rasa lagi sakit cuma kurang berdenyut.Nurse pun minta pakaian dan peralatan baby untuk dimandikan.Rasa tak sabar nak tengok,peluk,cium dan bagi susu.Tak lama kemudian 2 orang  nurse membawa masuk twin nampak cute jer ada 2 katil disorong.Masa ni jadi tumpuan sebab wad kite pilih ada 4 katil.Lagi tiga orang bakal ibu semua serbu dan pegang twin.Rasa bangga pun ada he3...Masa ni kite masih terbaring dan nurse naikkan sedikit ketinggian katil dan kite bersandar dengan 2 bantal.Gilir2 susukan twin sebab perut sakit sangat nak peluk dua2.Tiba2 datang ketua jururawat memperkenalkan diri.Dia menawarkan kite dan twin untuk jadi model "Penyusuan susu ibu" untuk Hosp.Putrajaya.Katanya sebelum ini ada pasangan dapat twin tapi seiras.Pihak hospital berminat untuk jadikan kami model dan foto akan dijadikan poster.Ehm...terus jelah setuju.So...macam2 teknik penyusuan yang perlu kite gayakan.Dah lah perut rasa berbisa,twin pun nampak tak selesa sekejap kena posing macam tu,kejap macam ni.Masa tahun 2002 rasanya kempen Penyusuan Ibu sedang giat dijalankan.Nurse memang tak bagi kalau minta bancuhkan susu formula,mesti cuba susukan baby.


PiNk is girl..bLue is boy 
Sebenarnya banyak foto diambil tapi tau jelah dah tajuknya Penyusuan Susu Ibu,banyaklah sensored.Malu nak tunjuk dalam blog.Di sini kite sertakan artikel teknik penyusuan yang kite lakukan hari tu.


Info:Parallel-Kedua kembar menghala pada arah yang sama.Contohnya baby A baring pada posisi cradle pada payudara kanan,kepala mencangkuk pada lengan ibu.Baby B dikepit bawah lengan kiri ibu dalam posisi football atau kepalanya pada tangan kiri ibu sementara punggungnya di bawah siku kiri ibu.
-->Kite tak suka teknik ni kesian pada baby tak selesa.


Info:Double Football-Sesuai terutama bila menggunakan bantal menyusu.Setiap baby baring di bawah lengan ibu,kepala menghala ke hadapan dan boleh menghisap puting tanpa perlu menoleh.Ibu dapat merehatkan tangan melalui bantuan bantal sokongan.
-->Kite suka teknik ni sebab lengan tak lenguh,dapat beralaskan bantal.Sambil susukan dapat juga tengok muka comel twin.

Info:Double Cradle-Setiap baby berada dalam posisi menyusu klasik,kepala mencangkuk pada siku ibu dan kaki baby di atas paha ibu.Kaki kembar pertama akan berada di atas kaki kembar kedua atau perutnya.
-->Teknik ini pun kite suka sebab baru puas dapat tengok mulut baby menyusu.Nampak comel je bila tengok baby meneguk susu.


Malam kedua pula kite memilih untuk tidur dengan twin tapi diorang dalam katil comellah.Bila tiba waktu menyusu kite ambil sorang2 baring di sebelah.Masa ni kite sendiri kuatkan semangat dan mental untuk melawan rasa sakit.Kite cuba perlahan-lahan bangun mengengsot secara mengiring sambil pegang besi katil.Masa nak bangun untuk duduk kite amalkan teknik pernafasan.Tiap kali berubah posisi sama ada dari baring nak bangun,dari duduk nak berdiri dan sebaliknya.Part yang kite rasa sakit tu;kite cuba tahan nafas dan gerakkan badan perlahan-lahan.Jangan buat pergerakan secara mengejut semua kena perlahan dan ambil nafas.Masa tempoh2 baru operate,memanglah kite takut terbatuk atau tersedak.Nanti ngilu sakitnya.Kite jalan pun kalah dah pompuan Jepun yang pakai kimono,punyalah ayu dan sopan santunnya kite melangkah.Ntahlah perasan kite tiap kali berjalan macam nak terburai perut ni.


Selepas baby tidur,kite cuba gagahkan diri untuk melangkah ke toilet.Sedih masa ni kite sakit sangat,badan pun lemah lagi.Masa nak tolak pintu toilet kite nyaris terjatuh.Tapi kite kuatkan diri melangkah masuk dan masa cuba buang air kecil,tiba2 pandangan gelap dan kabur.Sedar-sedar je 3 orang nurse datang kerumun,kite siap tanya kenapa?Diorang kata kite pitam nasib baik tak jatuh tersembam.Bising juga diorang kenapa tak panggil masa nak gi toilet.Doktor pun datang dan tengok kite ni anemia.Ada sorang nurse ni siap bancuhkan sedikit serbuk Milo(tak boleh banyak nanti sembelit) dan dapatlah kite minum Milo suam.Last2 doktor suruh kite kencing beralaskan mangkuk sebab condition kite masih lemah.Malu juga woo...masa kencing kena beritahu nurse.Kite takut2 je kencing takut penuh sangat mangkuk tu kesian pulak nurse nak bersihkan.


Kite masuk hospital hari Isnin dan discharge hari Khamis.Sebelum ni takut dengar pengalaman ibu2 yang bersalin hospital kerajaan.Kite bersyukur mendapat layanan yang baik daripada doktor dan nurse.Syukur Allah permudahkan segalanya.Itulah serba sedikit memori hari pertama dan kedua di Hosp.Putrajaya.Jenuh jugak nak ingat balik nasib baik kite ada rekodkan semua memori dalam ini buku;




Nanti kite akan berkongsi pengalaman semasa berpantang di rumah ibu mertua pulak ye.Jumpa next artikel ta...da...




























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...