2

Nama awak...sapa yer?

20:49 |
Nama kite Nur Aleya Maisarah Binti Abdullah.Kenapa pilih topik ni ?Jom kite kongsi satu artikel dari buku yang kite baca;


Asam Garam Gula & Kopi
-Abd.Jalil Ali-
Korang pernah baca tak buku ni?Kalau korang tak kenal,beliau ni salah seorang wartawan otai yang banyak menghasilkan karya dan melahirkan buah fikiran di dada2 akhbar dan majalah.Ok kite nak kongsi satu artikel beliau dari buku ni yang bertajuk "Gabra melihat misai dan serban jurunikah".Tapi bukan topik tu yang kite nak cerita kat korang..tapi isi cerita yang ada kaitan dengan nama.


"Sebenarnya melafazkan akad nikah juga pada hemat saya satu perkara yang sengaja dirumitkan oleh sesetengah pihak.Perlukah kita menyebut dalam senafas?Sesetengah orang kata mesti,tetapi ada juga yang kata tidak perlu"

"Saya bernasib baik kerana nama penuh isteri saya tidak panjang berjela.Oleh sebab namanya tidak panjang dan mudah disebut,saya boleh melafazkan dalam satu nafas.Tetapi bayangkan jika nama wanita itu panjang,misalnya Siti Nurulfaiznoor Fadzliatoon binti Tan Sri Datuk Mior Syarifuddin!"

"Ketika bercinta yang selalu disebut dan diingat siang malam hanyalah Siti,atau Nurul,atau Fad,tiba2 semasa di hadapan jurunikah barulah disebut nama penuh.Nama panjang seperti ini hendak menghafal pun tidak cukup 5 minit.Jadi wajarkah disebut dalam senafas?"

Ok back to my topic.Sekarang dah jadi trend ibubapa yang baru menerima cahayamata,menamakan anak2 dengan nama yang paling indah sebutannya,canggih bunyinya,dan panjang ejaannya.Cuba tanya kawan/officemate/jiran/sedara-mara yang baru bersalin...apa nama baby yang dipilih.Fuhh...macam2 nama.

Korang belek2 jelah majalah Pa&Ma ke atau majalah keibubapaan yang lain.Gambar baby yang comel dan tengok nama...fuyoo...macam artis.Ada yang pilih nama bercirikan Islam dengan Nur Iman Khadijah dan Muhammmad Amir Hamzah.Ada yang ala2 arab ya habibi ya maulana seperti Aunurrofiq Lilfirdaus,Qarirah Qatrunnada dan Farhat Abraqi.Ada pulak style omputeh Hector Asyraff  dan Diya Sofea Eryna.


Kesianlah kat anak2 kite.Masa baby memanglah best bila orang tanya "Eh,comelnya anak awak sapa ye nama?".Kite pun apalagi buka tikar bentang nama anak..dah tu panjang benor.Balik kampung pulak seronok pakat lawan nama baby sapa paling glamour.Masa gi klinik pulak berbelit-belit lidah nurse dan doktor nak menyebutnya.Nak dengar nama canggih-manggih gi jelah klinik/hospital bahagian ibu & kanak2.Nama yang tak pernah kite dengar pun ada.


Dah sekolah pulak kesian kat anak.Nama punyalah sedap tapi kat name tag cuma buat nama depan atau nama tengah je.Nama anak kite yang bongsu ni Muhd.Danish Raziq.Gamaknya kat name tag dia letak Danish ataupun Raziq jelah kot.Belum lagi time anak2 nak exam,tulis nama je dah 1 minit...kan rugi masa.Time isi borang UPU dan segala borang2 nak apply U,punyalah jenuh.Bukan takat isi 1 form je tapi menimbun-nimbun.


Time apply kerja pulak..tak kiralah ngan swasta ke kerajaan ke...korang ingat senang?Nak2 lagi sekarang ni kalau isi form punyalah berjela-jela sampai malasnya nak apply.Time anak2 nak berkahwin pulak banyak juga borang kena isi.Jenuh jugak kalau nama panjang,kadang-kadang kotak kecil2 tu tak cukup nak tulis nama.Time akad nikah kesianlah pulak bakal suami/menantu nak hafal dan menyebutnya dengan jelas dan terang.Sebut dalam senafas lak tu.


Kesimpulannya pada korang yang belum kahwin,bakal berkahwin ataupun bakal menimang cahayamata,bukan panjang pendek nama yang dipilih.Tetapi pilihlah nama yang baik dan mempunyai  makna dalam agama Islam.Kerana dengan nama tersebut seseorang itu akan dipanggil oleh Allah pada hari kiamat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya;
"Namakanlah dengan nama para Nabi,dan nama yang paling Allah sukai ialah nama Abdullah dan Abdurrahman,dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam,dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah"



2 comments

18/12/10 22:40

hye aleasara...salam perkenalan :)

yaty follow sini ye...maaf sebab yaty baru follow alea.. :)

19/12/10 02:20

@Miss Yaty

hye yaty.slm pkenalan.takpa skrg ni tak blh guna teknik i follow u,u follow me back.sama2 suka,br follow.tq sudi jd my lovely geng ye...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...