0

Panas Baran?Sapa tu ye?

03:06 |

Salam pagi dan good morning!Hah,baca dah tajuk di atas?Korang pun termasuk golongan yang panas baran ke?Cuba tengok gambar tu,buruknya rupa kalau tengah marah.Dah tak peduli mulut bau longkang ke,gigi berlubang ke..yang penting puas bila dapat lepaskan amarah.Apa dia?Oh,time penat sangat je tiba2 korang panas baran.Atau time awek/pakwe/suami/isteri/anak dan kawan hatta penjual nasi lemak sekalipun,buat hal?Atau letih nak menaip entri?Yelah kang tak ada entri terbaru,takda pulak rakan blogger nak singgah,ye tak?Ok apalagi jom baca;


Panas Baran Memudaratkan Paru-paru


Nampaknya sikap panas baran bukan sahaja menyebabkan anda dibenci ramai orang,tetapi juga dilaporkan boleh menjejaskan kesihatan paru-paru.Menurut Profesor Madya Rosalind Wright dari Universiti Harvard,Amerika Syarikat,semakin tinggi darjah kemarahan seseorang,maka lebih buruklah fungsi paru-paru mereka.

Ini kerana,perubahan emosi yang mendadak itu telah menyekat saluran pernafasan yang sekaligus memudaratkan fungsi paru-paru.Kajian juga mendapati sikap pemarah menjadikan seseorang cenderung untuk menghisap rokok bagi mengawal ledakan emosinya.Merokok?Aduhai tentunya ia bukan satu penyelesaian yang terbaik kerana ia akan hanya memburukkan lagi keadaan,termasuklah mengundang risiko diserang kanser!





Mulai hari ini berazamlah belajar mengawal kemarahan.Banyak dah kes di media massa apa yang berlaku akibat panas baran.Antaranya;


credit : Harian Metro


JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.

Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga. 

Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan. 

Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang. 

Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang. 


“Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam. 

Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu. 

“Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami. 

“Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus,” katanya. 

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab. 

“Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami. 

“Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami,” katanya. 

Hamzah berkata, kecederaan itu menyebabkan Rohana dirawat di wad selama tiga hari selain menerima lapan jahitan dan ketika ditanya, arwah anaknya itu mengatakan ia akibat terkena kaca. 

Bagaimanapun, keluarga Rohana sangsi dan percaya ia akibat kelaran menggunakan pisau, malah doktor yang merawatnya juga meragui kecederaan itu berpunca daripada kaca. 

“Tapi, semuanya sudah ditakdirkan dan sekelip mata bukan saja kehilangan anak tersayang, malah cucu dalam kandungan,” katanya. 

Jenazah mangsa dihantar ke HSI untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Skudai. - Mymetro



NC->Semua berlaku kerana hasutan syaitan.Harap kite semua dilindungi Allah s.w.t daripada gangguan syaitan yang tak habis2 nak menyesatkan akidah dan pegangan sebagai umat Islam.Sapa yang selalu marah2 dan panas baran amalkan zikir ini;


Ya Sobur

Bacalah beberapa kali insya Allah anda akan menjadi seorang yang penyabar.


Kredit Info:


  1. Majalah Harmoni~Lelaki &Kesihatan
  2. Mymetro


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...