2

Review The Chronicles of Narnia:The Voyage of The Dawn Treader

00:48 |

Salam semua.Hari ni lambat sikit buat entri sebab baru keluar bawa anak2 ke Alamanda.Kan kite dah kata selagi budak2 ni tak naik sekolah,selagi tu lah mamanya pening kepala.Hari ni keluar bersama adik tersayang,Eka Putri.Kitorang sampai pun awal lagi sementara tunggu tu so relax2 dulu makan KFC dan cuci mata.Boleh tahan juga ramai orang hari ni.MPH pun ada buat jualan murah buku2,vcd dan stationeries di ruang legar berdepan Habib Jewels.Perut pun dah kenyang apalagi borong pop corn dan terus cari seat.Mula2 tadi nak tengok Hantu Mak Limah Balik Rumah...tapi budak2 ni nak sangat tengok Narnia.Lagipun enjoy tengok film fantasi ni...ibarat terapi minda..
Excited budak2 ni...
Erm kite ngan sis pun nak jugak..
Sinilah ruang legar pameran buku2 MPH

Siapa yang dah pernah follow ni layan...Story dimulakan dengan Edmund dan Lucy(adik bongsu) yang menumpang di rumah saudara.Edmund pula berkongsi bilik dengan sepupu lelaki yang bernama Eustace,budak yang berlagak pandai dan suka memandang rendah kepada kedua sepupunya.Dan juga kuat membebel..semua tak kena.Susan dan Peter pula tinggal berasingan.Fantasi bermula semasa Eustace memerli Edmund dan Lucy kononnya dunia Narnia hanyalah khayalan gila.Tiba2 gambar lautan dalam frame yang tergantung di dinding mula bergerak ombaknya.Lucy terkejut bila tengok kapal dalam gambar seakan-akan semakin menghampirinya dan.....air melimpah keluar sampai mereka semua tenggelam dan berhempas pulas cuba meyelamatkan diri.Berenang punya berenang mereka timbul di permukaan...laut.Terkejut bila kapal yang Lucy tengok tadi betul2 di depan mata.Keliru dengan apa yang terjadi,mereka bertiga cuba menjauhi kapal besar dan muncullah Caspian (dulu putera sekarang King Narnia).Hah sapa yang belum kawin mesti suka sebab handsome mamat ni...adik kite mata tu macam dah terpacak kat skrin.
Banyak watak2 baru kali ni.Mereka semua perlu merungkaikan jampi yang melanda penduduk Narnia.Kabus hijau tebal selalu menganggu kehidupan hinggakan penduduk Narnia terpaksa dikorbankan sedikit demi sedikit untuk acara korban.7 orang Lord telah pergi untuk menghapuskan sumpahan ini tapi tiada satu pun yang selamat kembali.Tugas Caspian beserta Edmund,Lucy dan anak2 kapal ialah mencari Lord yang hilang untuk mengambil kembali 7 pedang kesemuanya dan mesti letak atas meja makan Aslan(Lion tu) yang terletak di Dark Island.Bermulalah pengembaraan mendebarkan diselangi dengan gelagat lucu sepupu diorang.Ingat lagi tak tikus bernama Reepicheep yang handal berlawan pedang.Walaupun semua tak suka peel Eustace tapi akhirnya Reepicheep berkawan baik dengan Eustace.Reep ajar berpedang,jangan berlagak sombong dan erti berdikari.
1024x768
Lucy
Setelah terdampar di satu pulau mereka pun tidur keletihan.Masa ni Lucy diculik oleh Dufflepufd halimunan yang kerdil,berkaki satu dan tapak kaki besar.Lucy disuruh baca mantera untuk hapuskan sumpahan halimunan yang ada dalam buku mantera dalam rumah agam Coriakan,seorang Lord.Selama ini Dufflepufd menuduh Coriakan punca mereka halimunan padahal Coriakan sendiri terkena sumpahan jadi halimunan jugak.Setelah sumpahan terhapus dan mengambil pedang dari Coriakan,mereka menuju ke Long Island untuk mencari kesemua Lord.Mereka perlu mencari dan mengikut bintang biru untuk menuju ke dark Island.Perjalanan selama 14 hari akhirnya mereka berjaya jumpa 2 lord yang sudah mati.Sorang mati dalam kolam emas,semua benda yang jatuh atau dicelup akan bertukar emas termasuk Lord yang dah mati ni.Sorang lagi Lord mati berdekatan harta karun yang menimbun.Masa ni lah sepupu diorang,Eustace yang leka mencuri barang2 emas ini diselimuti kabus hijau tebal dan dia disumpah menjadi naga.Coriakan sebelum ini sudah mengingatkan diorang kabus hijau ini dapat meracuni dan menggoda fikiran.
1920x1080
Edmund
Masa ni Eustace sedih  terkejut dirinya bertukar naga dan Reep tikus tadi memberi semangat.Setelah dapat 2 pedang Lord tadi,mereka meneruskan perjalanan sambil mengikut bintang biru.Mereka berlayar dan terjumpa sebuah pulau dan terkejut tengok 3 orang Lord yang sudah mati tapi masih bernafas,seakan2 disumpah.Akhirnya mereka sampai di meja makan Aslan dan cuma dapat susun 6 pedang saja,kurang lagi satu.Mereka bergegas ke Dark Island dan masa nilah diorang jumpa sorang lagi Lord Rhoop yang dalam ketakutan.Ular gergasi tiba2 muncul dan masa inilah Eustace yang dah jadi naga berlawan habis-habisan dengan dibantu Reep.Eustace yang sakit terkena tikaman pedang dari Lord Rhoop terkejut dan terbang lalu terdampar di satu kawasan.Masa inilah baru Aslan muncul,mencakar2 pasir dan mengeluarkan cahaya menghapuskan sumpahan.Lalu Eustace bertukar menjadi manusia dan dia bergegas membawa pedang tadi untuk disusun atas meja.Caspian,Edmund dan anak2 kapal yang lain diserang ular gergasi tadi turut dhantui dan digoda kabus hijau.Menjadikan diorang tak waras berfikir.Masa nilah Edmund yang pegang pedang...pedangnya tiba2 bercahaya biru sebab Eustace dah berjaya menyatukan semua pedang atas meja.Dia pun terus tikam ular tadi dan terhapuslah sumpahan lalu hilanglah kabus hijau tebal.


Akhirnya semua penduduk Narnia yang selama ini dijadikan korban akhirnya muncul dan selamat.Endingnya...Edmund,Lucy,Eustace,Reep dan Caspian pun naik sampan kecil menuju ke dunia Aslan.Memang best masa ni diorang berdiri antara tepi pantai dan sebelahnya ombak besar.Biasalah alam fantasi kan.Reep memilih untuk berkhidmat dan ingin ikut ke dunia Aslan.Caspian yang pada mulanya nak ikut sebab nak jumpa ayahnya terus ubah fikiran.Dia nak balaik ke Narnia kerana dia perlu meneruskan tugas sebagai King Narnia.Edmund,Lucy dan Eustace pun berjalan memasuki laluan ombak yang terbelah tengah dan mereka berenang hingga akhirnya muncul di bilik diorang kat rumah.
<The End>


Ehm..kite suggest korang untuk layan movie ni.Kalau tak pernah follow dari 1st filem pun takpe,mudah nak faham.tak banyak link dengan sekuel lepas2.Kite pun nak tengok citer ni..tunggu hubby baliklah.
Tron 
gambar kahwin aqasha baizura

Tadi jumpa juga artis ni Aqasha dan wife Noor Baizura.Rasa baru je tengok lakonan Aqasha kat TV3 terbitan Erma Fatima 'Dakwah Muharam'.Tapi kan ntahlah kite pelik peel artis melayu ni...bila orang ramai pandang,susah artis nak senyum.Sombong semacam,kite tak lah minat dia biasa je.Tapi ada gak belakang kite tadi sok..sek..sok..sek ngape dia macam tu?Susah sangat ke nak lemparkan senyuman.Padahal yang banyak vote dia bukannya mat saleh,india atau cina..tapi kaum dia sendiri gak.Dulu masa kite kerja MAS,KLIA siap ambil foto ngan Siti Nurhaliza lagi,dalam toilet lak tu masa dia tengah touch up make up,takdelah sombong.Nicol Ann David pun sama selamba je salam.Yang ni lagi best ngeee....
Kite siap borak lagi...tak sombong pun..padahal ibarat langit dan bumi mamat tadi ngan Beckham ni.Masa tu kite part time Body Shop,KLIA tahun 2001.Dia nak cari perfume untuk Victoria Posh.Dia suruh kite suggest mana yang sesuai...elok je nak pilih2 semua budak KLIA dah berkerumun minta autograf.Tapi kite...huwaaa...terkejut diri sebelah dan bercakap dengan David sampai terlupa minta autograf.

Tu jelah...melalut-lalut lak entri ni.Kite rakyat Malaysia dan sokong industri filem tempatan tapi janganlah artis2 kite menyombong sangat sampai tak ingat "Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung".Assalammualaikum. 

Kredit foto:

  1. Beautifulnara.com
  2. Narnia.com

2 comments

25/12/10 12:58

Nice review... penulisan yg agak baik... Gaya bhasa sng difahami

P/s: Kalau ubah font tulisan yg standard lg cantik dan sng dibaca

25/12/10 13:09

@Faiz Tapit

tq2 tak sangka cptnya faiz sggh he3...ok2 tgh fikir ni nk change back my font...tq bro!

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...