1

Semanis Kurma-Pasangan Materialistik.

02:48 |
Assalammualaikum..terlebih dulu kite nak minta maaf banyak2 kalau sepanjang sebulan kite berkongsikan entri kot2 ada yang menyinggung perasaan,terlepas kata dan terkasar bahasa.Kite buat entri bukan semborono.Ada yang daripada pengalaman,nasihat orang tua,ada daripada pembacaan.Rujukan kite pula bukan pada buku/majalah yang mengarut-garut tapi daripada buku ilmiah,buku keibubapaan dan kadang kala dari media massa.Terpaksalah kite delete entri yang takut merosakkan akidah kite sebagai umat Islam.Bukan ketandusan idea cuma kadang2 tak sabar nak berkongsi dengan rakan2 apa yang menarik melalui pembacaan.Kite kurang suka tentang gosip tapi lebih suka sesuatu yang dapat membuatkan kite sebagai manusia BERFIKIR.Kadang2 aktiviti seharian sudah cukup memenatkan,tapi rasa terhibur bila dapat baca pelbagai entri yang sempoi,hot dan berilmu.So far kite rasa entri kite takde pulak melampaui batas,jangan kena saman sudahlah.Terima kasih yang sudi menegur untuk kebaikan...amin.
Kite memang peminat rancangan Semanis Kurma yang bersiaran di tv9.Jangan ingat rancangan ni hanya untuk yang sudah berumahtangga.Yang dah ada rumah tapi takde tangga tu yang seboleh-bolehnya tengok untuk bekalan ilmu sebelum melangkah ke alam perkahwinan.Seperti biasa pengacaranya ialah Dato'Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya Ustaz Wan Akashah.Panel jemputan ialah Datin Ira Ghani dan Prof.Datuk Dr.Ibrahim Ahmad iaitu pengasas Aura Seri.Dimulakan dengan pantun;


"Suami isteri kena romantik,
Janganlah jadi pasangan materialistik"

Mula2 ustaz berpesan pilihlah pasangan sebab faktor iman dan ibadat.Kalau beribadah kepada Allah itu kekal selamanya.Harta pula akan berkurang,rupa paras akan berkedut,badan akan berlendut.

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama,nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa perlu dilakukan kalau berkahwin dengan pasangan materialistik?
Pendapat orang ramai;
  • P~Perempuan kena simpan harta sendiri,guna duit sendiri kalau nak apa2.Jangan habiskan duit pada lelaki materialistik.
  • L~Alah perempuan zaman ni materialistik sungguh.
  • P~Sama ada materialistik atau tidak,kenalah bawa berbincang.Perlu ada give & take.
  • P~Tak naklah pasangan macam tu,kalau ada sifat ni tak boleh bawa in the future.
  • L~Kalau dah sayang cuba ubah sikap pasangan.Jangan manjakan dengan barang mewah dari seawal perkenalan.
Isteri sibuk nak barang kemas,dari selilit jadi berlilit-lilit sampai terbelit.Kenalah pandang keupayaan suami.Si suami pula bila isteri suarakan kehendak,jangan pula disergah dan diherdik.Suami kena bijak sama ada turuti atau nasihati isteri.Tapi kalaulah dua2 materialistik,siapa nak nasihat siapa?

"Nak pergi kerja bye..bye..ta..ta"
Kalau berkahwin janganlah kerana harta"

Prof->Pengertian materialistik ialah kebendaan.Bila seseorang itu berkiblatkan/berpandukan/berpaksikan harta benda dan kemewahan.Definisi cukup meluas,segalanya terlalu taksub kepada materialistik.Maka hilanglah nilai2 murni diri sendiri.Hilang pertimbangan dan budi bicara.Ini tidak bila hantar rombongan meminang keluarga perempuan sibuk tanya pakai kereta cap apa,kerja pangkat apa,tanah berapa bidang?Semuanya tentang al-fulus.

Datin->Sebenarnya tak boleh nak kata dan salahkan perempuan yang materialistik.Itu bergantung pada individu.Bayangkanlah perempuan yang lebih banyak membeli kenapa?Dah suami bagi duit untuk beli barang dapur dan sebagainya.Tak kan nampak perempuan balik hypermarket jinjing plastik bag pun dikatakan materialistik?Kita sebagai wanita jangan sampai tak target sesuatu pencapaian daripada suami.Memang bila anda minta dan suami tak mampu takpa anda faham keadaan suami masa tu.Tapi janganlah langsung takde perubahan dalam diri.Dah kawin 10 tahun pun sofa koyak tak bertukar..apa tu?Terus terang saya tak materialistik.Kami kahwin pun takda pelamin,hantaran pun tak cukup tapi kami sama2 berusaha memajukan diri.

Bagaimana pula kalau pasangan bermatlamat kahwin sebab harta benda?

Prof->Kalau dua2 materialistik,boleh jadi positif dan negatif.Katalah kedua-duanya materialistik akan datang kesan negatif pada institusi keluarga.Sehinggakan lupa tanggungjawab sebagai suami/isteri.Terlalu nampak bintang di langit,dah tak nampak rumput lagi dah.Biar ada tone...sorang kuat sorang slow.Tapi kalau slow sampai takde kemajuan pun tak boleh juga.Tidak ada progress dalam kehidupan.Bayangkan 10 tahun kawin pun pakai lagi sofa koyak rabak.

"Al-Munafiqun [9] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi"

Datin->Pada zahirnya bahagia,pada batinnya derita.Terlalu pandang kebendaan,sampai lupa kesihatan diri,lupa tanggungjawab pada Allah s.w.t.

Prof->Kami sebenarnya baru saja balik bercuti di Hong Kong.Biasalah masa ni dapat meluangkan masa dengan anak2.Saya tengok warga Hong Kong siang kerja,malam pun kerja.Dah tak rupa manusia.Nampak stress,bekerja 2 kali.Dah macam zombie.Hidup tak ada warna-warni.Asyik fokus satu benda(wang)sampai lupa benda lain.Terlalu pentingkan material sampai lupakan spiritual.

"1/3 masa Rasulullah ialah beribadat kepada Allah;
1/3 untuk pekerjaan dan tugas2 Baginda;
1/3 lagi bahagi2kan dengan ahli keluarga"

Wanita suka bandingkan diri dengan orang lain.Kalau pergi kenduri nampak Che Joyah pakai cincin 2 bentuk dia pun nak tapi 3 bentuk.Macam mana kalau dapat suami yang tak boleh bagi apa yang dia nak?

Datin->Perempuan nafsunya 9.Isteri harus peka dunia realiti sama ada dia/pasangan mampu.Jangan letak orang lain sebagai ukuran.Tengoklah orang tu kerja apa,gaji berapa memanglah dia mampu.Ukur baju di badan sendiri.Jangan bandingkan pasangan dengan orang lain.

Prof->Kadang2 minta maaflah..suami memanjang kata ok..ok padahal diri sendiri tak ok.Cuba jadikan permintaan/kehendak isteri tu sebagai titik perubahan hidup.Kalau isteri takda cincin apalah salahnya kumpul duit belikan cincin.Jangan sepanjang hayat asyik cakap "saya tak mampu".Anda tak ubah kehidupan sampai bila tak mampu.Tapi kalau anda betul2 mampu apalah salahnya untuk isteri juga.Yang penting jangan didik pasangan jadi materialistik.Tak salah sesekali memanjakan pasangan dengan apa yang dia kehendaki.

"Manja betul anak bongsu;
Kalau berharta janganlah begitu"

Pernah terjadi gara2 suami didesak isteri nak itu nak ini...haha...jatuh talak 1000!Bukan 2,3 lagi dah.

Prof->Tips untuk share.Sebenarnya tak susah kalau nak tangani isteri.Isteri ni hanya nak security.Bagilah ayat2 cinta..ayat power.Jangan balas permintaan isteri dengan jawapan negatif.Ambil itu sebagai cabaran.Cakap dengan isteri "Kita bersyukur dulu dengan apa yang ada.Jangan risau tak dapat hari ni atau dalam masa terdekat,abang akan usahakan.tak kira cepat atau lambat".Beli perasaan isteri dulu.Insya Allah isteri melompat.Cara suami menjawab memberi impak yang kuat pada minda isteri.Nanti kalau isteri 'bengkerk' tak nak buat kerja..sapa susah?Bila isteri minta sesuatu jadikan itu sebagai pendorong suami bekerja keras.Ini tidak;

 Pakai kain pelikat,hisap rokok berikat-ikat,tidur tak ingat.


Datin->Bila beli perasaan isteri,ok sejuk je hati.

Rasulullah ada bersabda "Kahwinlah dengan perempuan,dia akan bawa harta kepadamu".

Fenomena Hutang

Datin->Ada suami sanggup berhutang untuk penuhi kehendak isteri.Banyak lagi cara lain untuk pujuk isteri,belai hati isteri.Jangan berhutang untuk penuhi materialistik.Kalau berhutang pun biarlah sebab keperluan.Islam sendiri tak suka tangan yang asyik meminta.Perlunya peningkatan dalam hidup.

Kehancuran Rumahtangga

Prof->Bila terlalu materialistik,kita ni manusia biasa.Akan terleka dengan kebendaan.Dah leka pilih cincin sampai lupa nak masak,nak layan suami.Kurangkanlah sikit cinta kebendaan.Hilang dah nilai2 penting kehidupan.Lupa dah lama tak pimpin tangan anak,lupa dah lama tak bawa anak/bini makan angin,lupa bawa berjoging.Bila dah hilang baru nak diratapi.Masa ada tak dihargai.

Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)


Prof->Materialistik sudah jadi kepentingan hidup.Cuba pandang pada sudut lain.Anda boleh tidur nyenyak,itu rezeki.Dapat makan sedap,itu rezeki.Dapat tonton Semanis Kurma,itu rezeki.

Perbezaan antara keperluan dan materialistik

"Bila tidur janganlah berdengkur;
Kalau nak berkat banyakkanlah bersyukur"

Rupa2nya pasangan materialistik ni ada 5 tanda.Harap bertaubatlah.Apa dia?
  1. Tamak
  2. Suka menyalahkan pasangan kalau gagal
  3. Menghalalkan segala cara cari rezeki
  4. Sibuk dengan urusan dunia hingga lupa akhirat.
  5. Tidak ada pegangan teguh bila nak cari kebenaran.
Prof->Dalam hierarki kehidupan perlu ada keselamatan,tempat tinggal,makanan.Kalau rezeki melimpah ruah boleh cari lebih bagus dan baik.Boleh dari rumah kecil ke rumah besar.Kereta cap biasa ke cap luar biasa.Tetapi di sini berlakunya pembaziran dan penipuan.Nak kereta mewah tapi melalui cara menipu orang.Nak dapat duit lebih tapi melalui cara yang salah.Hilang keberkatan dalam rezeki.

Datin->Apa yang patut isteri lakukan?Jangan hanya tunggu di rumah meminta.Anda paksa suami buat macam2 cara cari duit.Isteri perlu berusaha,bekerja sendiri dengan izin suami.Macam2 kerjaya ada.Yang penting usaha.Jangan jadikan 1 tekanan.Kalau isteri usaha sendiri cari sendiri dapat mengurangkan beban suami.Rezeki pun akan melimpah ruah.

Rumusan

  1. Tak kisah rumah besar ke,kereta besar ke,isteri/suami besar ke.Yang penting jangan lupa keluarkan zakat.
  2. Niatkan nak cari rezeki halal.Jangan tipu.
  3. Jangan sampai jadi hamba kepada harta,jadilah hamba Allah.Jangan jadi hamba duit,hamba kereta,hamba rumah.Contohnya makan garam perlu tapi kalau lebih darah tinggi.Makan gula perlu tapi kalau lebih kencing manis.
  4. Jangan terkena penyakit al-wahnu-cinta dunia dan lupa mati.Kita mestilah ada persediaan untuk berjumpa Allah.
Prof->Ingat perlu ada keseimbangan dunia/akhirat.Bekerja seperti akan hidup selamanya.Sentiasa bersyukur dan mengharapkan lebih baik untuk hari ini dan selamanya.Jangan berpaksikan materialistik sampai leka apa yang patut dilakukan.

Doa

->Agar menjadi pasangan yang cinta pada Allah dan nabi.Lupa kebendaan yang melalaikan.Semoga bertambah sayang dan dijauhi dari keburukan.

  1. Surah Hud-ayat 47
  2. Surah Ibrahim-ayat 38
Anda buat anda dapat


Tinggalkan maksiat anda selamat

Nota Comel->Setiap dari kita inginkan keluarga yang ideal dan harmoni.Keluarga ideal digambarkan sebagai keluarga Sakinah(tenang),Mawaddah(penuh cinta) dan Rahmah(dirahmati Allah).








1 comment

2/1/14 20:00

menarik

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...