0

Senarai Pemenang ASK 2010

11:04 |

Muallaf Dijulang Sebagai Filem Terbaik ASK 2010


Foto oleh Mazlan Yunos PhotographyTeks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 25 DISEMBER 2010: Bertemakan anggun dan glam, acara kemuncak Anugerah Skrin 2010(ASK2010) yang berlangsung dengan gahnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi menyaksikan filem pengarah tersohor, Arwah Yasmin Ahmad iaitu Muallaf sebagai Filem Terbaik ASK2010.

Muallaf turut membolot kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem yang dimenangi oleh pelakon, Sharifah Amani serta disusuli pula dengan kemenangan penggerak utama kepada filem itu sendiri tersebut iaitu Arwah Yasmin Ahmad sendiri.Filem yang tidak dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia 23 (FFM23) yang lalu ini telah menewaskan beberapa buah filem lain seperti Evolusi KL Drift 2, Setem, Papadom dan Pisau Cukur.

Persaing terdekat, filem Evolusi KL Drift 2 tidak kurang hebatnya apabila berjaya mengondol dua anugerah pada malam tersebut iaitu Pelakon Lelaki Terbaik, Aaron Aziz serta kategori Lakon Layar Terbaik Filem yang dimenangi oleh pengarahnya, Shamsul Yusof.

Sementara itu bagi kategori Drama Terbaik ASK2010 telah disandang oleh Antara Garisan arahan Shahrul Ezad Mohamedin biarpun ia bersaing hebat bersama drama Sebelum Akhirat arahan Murali Abdullah.

Drama yang membariskan pelakon-pelakon seperti Azma Aizal Yusoof, Norkhiriah dan Ungku Ismail itu telah menewaskan empat buah drama lain iaitu Sebelum Akhirat, Dalil Cinta, Kaki dan Perempuan.

Kategori Pelakon Wanita Terbaik turut dirangkul Norkhiriah yang sebelum ini pernah meraih anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada ASK2007, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Azma Aizal Yusoof) dan Lakon TV Terbaik (Shahrul Ezad Mohamedin).

Fauzi Nawawi pula berjaya menewaskan Fahrin Ahmad, Rosyam Nor, Syed Ali dan Ungku Ismail bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi lakonannya di dalam drama Sebelum Akhirat. Sekaligus, kategori Pengarah Terbaik Drama dianugerahkan kepada Murali Abdullah menerusi drama Sebelum Akhirat.

Sementara itu, pelakon yang semakin meningkat naik, Shahezy Sam pula telah menerima Anugerah Khas Juri ASK 2010. Manakala yang turut memenangi anugerah ASK2010 adalah Pelakon Lelaki Terbaik Filem iaitu Bront Palarae menerusi filem Belukar.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima trofi serta hadiah lawatan ke Los Angeles.Trofi disampaikan oleh barisan artis terkenal seperti Erra Fazira, Nasha Aziz, Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara, Fouziah Gous dan Fizz Fairuz.Malam gemerlapan tersebut telah dihoskan oleh Vanidah Imran dan Awal Ashaari serta disiarkan secara langsung di TV3.

Anugerah Skrin 2010 telah mempertandingkan 24 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. 10 kategori drama bakal dipertandingkan termasuklah Anugerah Videografi Terbaik yang baru diperkenalkan pada tahun lepas. Manakala jumlah Kategori Filem yang dipertandingkan kekal 7 kategori dan 6 kategori penerbitan dalaman.



Senarai pemenang Anugerah Skrin 2010:

Kategori Filem

Filem Terbaik: Muallaf
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)
Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fazura (Pisau Cukur)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
Lakon Layar Terbaik Filem: Shamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)


Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Antara Garisan
Pelakon Lelaki Terbaik: Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pelakon Wanita Terbaik: Norkhiriah (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Azma Aizal Yusoof (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Pengarah Terbaik: Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
Lakon TV Terbaik : Shahrul Ezad Mohamedin (Antara Garisan)
Drama Rantaian Terbaik: Nur Kasih
Drama Komedi Terbaik: Simpang 3


Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi) (Astro Prima)
Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM)
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)
Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular
Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 Episod 10 (8TV)
Laporan Khas/ Berita Terbaik: Aduan Rakyat Berbumbung Langit (TV3)
Videografi Terbaik: Datang Bulan
Anugerah Yasmin Ahmad: Shaheizy Sam





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...