4

Suka Shopping..Jom Baca Ni!

12:06 |
Assalammualaikum dan selamat tengahari.Siapa yang singgah baca entri ni mesti suka SHOPPING!Tapi korang perasaan tak dok ralit belek2 baju/seluar,masuk fitting room tukar sana tukar sini,ehm pernah terfikir tak kemungkinan baju yang korang sarung tu dihuni bakteria?Dan berapa ramai yang dah cuba baju sama?

Selalunya dah beli je pakaian baru,korang terus pakai ke atau cuci dulu?Kalau pakaian yang dalam plastik tu(baru punya) oklah kalau tak nak basuh.Sebab ada juga yang suka terus pakai,al-maklumlah baju baru bau supermarket tu kuat(ha..kuar lagi bahasa Muo).Dah tu pulak kalau beli yang branded punya,brand tag pun tak nak buang,dok tergantung kat baju.Kalau boleh nak semua member tahu korang pakai baju branded punya.Best je kalau pakai baju baru.Tapi kalau baju yang korang pilih tu takda stok terbaru,hati pulak dah berkenan.Nak tak nak rembat juga mana yang digantung.
Jika korang jenis individu yang akan memakai baju baru setelah membuang tanda harga tanpa mencucinya dahulu,korang perlu mengubah kebiasaan itu.Penelitian Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi,Universiti New York,Amerika Syarikat menemui banyak bakteria pada pakaian yang baru dibeli.Menggunakan sampel pakaian baru yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti seluar panjang,pakaian dalam dan baju yang dibeli dari kedai pakaian berbeza,ketua penyelidik Dr.Philip Tierno,menjelaskan bahawa kuman dan bakteria mampu bertahan pada pakaian sehingga berbulan-bulan lamanya.
Antara kuman yang ditemui pada sehelai jaket ialah feses,bakteria kulit dan bekas ludah yang terdapat di bahagian lipatan ketiak dan punggung.Sedangkan pada pakaian dalam sutera,ditemui organisma yang biasa dijumpai di vagina,kuman dan bahkan najis.Kehadiran kuman dan bakteria ini bukan sahaja akan menyebabkan cirit-birit kepada individu yang mencubanya serta membelinya.Bahkan ia boleh membawa kepada kematian sekiranya pakaian tersebut memiliki virus berbahaya seperti norivirus dan bakteria Methicillinresistant Staphylococcus Aureus(MRSA).
Yerkkkkk...geli pulak.Ha,ni dah hujung bulan semua dah dapat gaji dan sibuk senaraikan wish list.Jangan lupa dah shopping tu cuci pakaian yang baru dibeli.Bukan susah pun,nak bagi wangi macam supermarket tu,korang bubuh ler pelembut baju.Habis cerita.Ok ta...da......

SELAMAT BERSHOPPING!




Kredit Info & Foto:


  1. Majalah Harmoni->Kilas Sihat
  2. Uncle Google











4 comments

ada org ckp amik berkat so jgn cuci dulu baju baru.. berkat la sangat kalau mengundang bahaya.. harus la baju baru di rendam vanish kan??

27/12/10 13:35

huhu gara2 berkat bakteria pun melekat..takut!!!

27/12/10 15:27

oohh!!! baru ku tau!! tq for the info! huhuhu... biasanya bila beli baju baru suka basuh dulu.. sebab macam miang jer kalau terus pakai.. gatal2 badan...

27/12/10 16:22

betul tu..nak2 lagi baju budak2 ni..mmg kena cuci.tau jelah excited diorang ni nk terus pakai

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...