4

Surah Penyelamat Dpd Azab Kubur & Azab Neraka

01:45 |
Assalammualaikum salam pagi Jumaat.Hari ini kite akan berkongsi sekali lagi surah yang Nabi Muhammad s.a.w inginkan agar sentiasa terpahat dalam hati semua orang Islam.Apakah surah itu kawan2...Ya...surah al-Mulk.Inilah buku rujukan kite;


Muhammad Ramzi Omar
Cetakan 2006
Pusat Pungutan Zakat MAIWP
Buku ini dihadiahkan oleh mak kite.Masa tu kite down...biasalah kehidupan ada pasang surutnya.Mak kite pun datang dan terus bagi buku ni,katanya dalami dan fahami kandungan surah ni.Kite pernah dengar surah ni tapi masa tu tak pernah amalkan.Tapi bila dah baca rasa ruginya kite terlambat amalkannya.Jadi untuk entri kali ni mari kite hayati dan fahami kenapa Rasulullah suruh umat Islam amalkannya.

Fadilah Surah
Daripada Abu Hurairah,daripada Rasulullah s.a.w,baginda bersabda:
Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang mengandungi 30 ayat.Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya.Itulah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk
(Riwayat Imam Ahmad) 
Daripada Ibn Abbas r.a katanya:Sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa menyedari tempat itu adalah kubur.Tiba2 didapati ia adalah kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk sehingga habis.Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata:Wahai Rasulullah,saya telah memasang khemah di atas sebuah kubur tanpa menyedari ia adalah kubur.Tiba2(terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-Mulk iaitu:Tabarak sehingga dikhatamkannya.Lalu Rasulullah s.a.w bersabda:Ia(surah tabarak) adalah penghalang,ia adalah penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur.(Riwayat al-Tirmidzi) 


Daripada Ibn Abbas,Rasulullah s.a.w berkata kepada seorang lelaki:Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu?Lelaki itu menjawab:Bahkan.Katanya:

Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk,dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu,kanak2 di dalam rumahmu,serta jiran tetanggamu.Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya.Ia(surah ini)akan meminta kepada Allah supaya menyelamatkan pembacanya daripada azab neraka,dan menyelamatkannya daripada azab kubur.Rasulullah s.a.w bersabda:Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku. 
Kepada kawan2 semua...marilah amalkan surah ini.Bukan untuk orang lain tapi diri kite sendiri.Hanya 30 ayat saja.Kite bukanlah cendikiawan agama,bukan juga ustazah untuk menghuraikan segala kebaikan surah ini.Tapi rugi rasanya jika apa yang kite dengar,kite lihat dan kite baca....tidak dikongsikan bersama.


Doa ketika sukar menyelesaikan sesuatu urusan
"Wahai Tuhanku,tidak ada yang mudah melainkan yang Engkau jadikannya mudah dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki"
Amin











4 comments

7/6/13 01:22

alhamdulilllah.. Smga Al terus ingat n kuat hafazan ttg suruh ni.. surah ni bacaan sblm tido :') surah kesukaan AL :)

8/6/13 22:55

@AiSyA LiEzAwah bagus tu AL...teruskan ye..bangga kak lea dapat adik blogger macam AL ni :)

Info yg menarik

17/6/13 00:04

@adebastian rahmanalhamdulillah trm kasih ye

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...