0

"Tanggungjawab Suami Isteri"-Part 1-Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz

03:15 |
Salam sejahtera kepada semua.Alhamdulillah bersyukur pada Allah s.w.t dapat juga kite akhirnya menghadiri forum sempena sambutan Maal Hijrah di Surau Al-Hijrah,Kota Warisan.Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan berimamkan Dato' Abu Hassan sendiri.Masa ni memang dah ramai muslimin muslimat yang hadir termasuklah kite dan anak2.Hubby kite kerja.Rasa sedih dan rugi sangat tak dapat sertai jemaah yang lain sebab kite Red Flag huwaaa.....Sebab tak dapat solat kite tak dapat nak masuk lebih dalam untuk snap foto Dato'.Tepat pukul 7.30 malam Dato' pun mula mengupas topik perbincangan "Tanggungjawab Suami Isteri".Semua yang korang baca ni petikan dari beliau.Takde tokok tambah.Korang faham2 kan jelah ye.Beliau melahirkan kekesalan kerana kes penceraian yang tinggi di Selangor.Tiap2 hari ada saja krisis rumahtangga yang menjadikan keharmonian keluarga kucar kacir.
Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz


Kenapa ini berlaku?Ada 2 perkara besar iaitu;
  1. Perasaan Ego
  2. Jahil tentang peranan dan tanggungjawab kehidupan rumahtangga.
1.Perasaan Ego:Sifat ego seorang suami perlu bertempat.Cuba kite imbas kehidupan rumahtangga Nabi Muhammad s.a.w.Baginda tidak malu untuk meminta maaf kepada isteri2nya.Di riwayatkan pada satu malam baginda pulang lewat malam,pintu pula berkunci.Ummul mukminin Aisyah r.a mungkin sudah lena tidurnya dan baginda pun tidur di depan pintu.Bayangkan masa tu musim sejuk dan tidak ada selimut.Keesokan paginya Aisyah r.a terjaga dan terkejut melihat baginda tidur kesejukan di depan pintu.Tiba2 baginda tersedar dan Aisyah r.a berulangkali memohon ampun.Tetapi baginda berkata "Kamu tidak payah meminta maaf,yang salah saya".Cuba anda semua bayangkan pemimpin yang agung pun boleh tidur depan pintu.Ini saya nak tanya suami/isteri datang bawa kunci rumah masing2 tak?Nanti ada pulak yang tidur luar".Itu cara Rasulullah.Cuba anda lihat situasi ini.Si suami tengah minum dan letak gelas di lantai,tiba2 si isteri tersepak dan pecah...saya ulang ni..tersepak...apa reaksi suami?"Kenapa ni tak nampak ke gelas tu.Nanti lain kali awak susun gelas banyak2 awak langgar semua bagi pecah ye".Adakah ini reaksi anda...cuba fikir isteri tersepak bukan saja sepak.Inilah punca runtuh rumahtangga kerana ego.Cubalah pulak satu hari si suami yang tersepak gelas.Rasa2 dia nak salahkan diri sendiri ke kerana cuai...TAK.Dia akan salahkan isteri/anak jugak "Siapa  letak gelas kat sini,lain kali letaklah atas meja".Kalau anak yang tersepak gelas,suami dan isteri akan marah anak.Yang anak pun diam je tak membantah.Kalau isteri tersepak gelas,ada anak nak marah maknya...TAK.Siapa yang marah..suaminyalah.Tapi kalau dia buat salah...isteri/anak juga disalahkan.Itu ego suami.Kalau ego belah isteri lagilah bahaya.Macam bom jangka.Kerana ego,isteri akan menjadi queen control.Ingatlah anda semua,hebat manalah kite ni.Kalau Rasulullah pun boleh membuang egonya,inikan pula kite.Kite ni ego lebih.Semua orang ada ego,saya pun ego tetapi kenalah pada tempat dan caranya.

2.Jahil:Ada pasangan yang jahil.Ada yang tidak jahil...dia faham tetapi tak buat dan tidak laksanakan.Kalau tidak mahir atau faham sesuatu perkara cari dan tanya pada orang berilmu dan berpengalaman.Atau melalui pembacaan di media massa.Soal ekonomi dan persefahaman penting dalam menerajui kehidupan.Kena tahu tanggungjawab suami kepada isteri,isteri kepada suami.Seimbangkan dan laksanakan.

Tanggungjawab Suami Kepada Isteri

Apa dia Tanggungjawab Suami Kepada Isteri?Saya bahagikan kepada 3;
  1. Melibatkan fizikal batang tubuh badan isteri
  2. Melibatkan material
  3. Melibatkan rohani/spiritual
1.Melibatkan fizikal batang tubuh badan isteri:
Saya bahagikan pula pada 3 -Tan iaitu;
  1. Kesihatan->Para suami perlu pastikan isteri itu sihat.Kalau sakit bawa periksa di klinik.Ini tak...bila isteri mengadu sakit "Alah...makan jelah panadol tu"-"Awak jelah gi klinik".Apa salahnya suami temankan isteri.Kalau terseliuh tolong urutkan,lenguh tolong picitkan.
  2. Keselamatan->Lindungi isteri kalau dia rasa terancam.Kalau musuh di depan anda hadang di depan.Kalau musuh di belakang anda jugalah penghadang di belakang.Banyak kes berlaku di Selangor.Isteri menjadi mangsa keganasan rumahtangga.Isteri bukan tempat lanyak..isteri amanah Allah.Suami sekarang cepat angkat tangan.Baru tadi saya mendapat panggilan daripada seorang isteri,mengadu menjadi mangsa pukul suaminya.Saya kata apalagi tunggu.Bukti dan kesan pukulan ada,pergi terus report.Isteri perlu berani,kamu ada hak dan Akta.
  3. Kehormatan->Cuba anda imbas kembali kenangan masa angkat nikah."Aku terima nikahnya....".Sedarkah anda para suami itu amanah Allah s.w.t.Imam mengangguk sekali sah...saksi 2 orang tadi pun mengangguk sah...sah...ramai masih tidak faham.Allah telah mengamanahkan isteri ini untuk kamu jaga,didik dan bimbing."Telah Aku halalkan untuk kamu isteri kamu ini,semuanya halal".Ada satu kes yang saya kendalikan.Dah 10 tahun kawin selalu masak nasi ok je,tapi satu hari tu nasi dimasak pulak mentah.Boleh dibagi penampor pada isteri yang dah 10 tahun kawin dan masak nasi untuknya tanpa jemu.Hah,ni saya nak tanya anda semua pakai Colgate tak?Ke jenama Safi,Darlie atau lain2 lagi?Anda kongsi 1 tiub ke atau masing2 ada ubat gigi sendiri?Ini satu lagi kes yang tak masuk di akal.Puncanya Colgate je tapi sampai nak bercerai-berai.Nak tau kenapa?Suaminya suka picit ubat gigi dari hujung tiub bawah biar nanti ubat naik ke atas.Yang isteri pula suka picit tengah jadi penuh baliklah ubat gigi tadi ke bawah.Cubalah tegur pasangan cara elok.Pilih masa dan tengok mood pasangan.Ini tidak...hari ni nikah esok dah cerai.Ada pulak tu jadi janda pada malam pengantin.Kite balik pada Kehormatan.Ingat para suami aurat isteri anda jaga.Betapa ramai isteri tak bermaruah di luar sana.Tak tutup aurat.Ada pulak tu suami yang tak benarkan isteri tutup aurat.Masyaallah.Ada satu kes,isteri pakai tudung.Balik2 je suami tak bagi masuk rumah,siap bagi amaran jangan sentuh dia.Bila ditanya kenapa?Rupa2nya si suami suka isteri up-to-date dan pakai mini skirt.Tolonglah isteri2 yang berada di sini,jangan memperlihatkan aurat dan perhiasan kamu.Nak sangat buka hah...bukalah tapi tutup pintu,tingkap rapat2.Untuk siapa....untuk suami.Kamu suka melawa tak untuk suami?Tengok di luar sana isteri2 menyala merah pipinya ditempek bedak merah.Kat rumah...bedak juga tapi bedak sejuk.Masa basah bedak tu suami tahan lagi,tapi bila dah kering tak ke takut tengok muka bini.Mengelupas sana sini.Masa keluar punyalah harum perfume disembur.Di rumah wangi juga tapi ..wangi lain...minyak But-but,minyak angin,minyak panas sampai sesak nafas suami.Bila bini keluar bilik,alhamdulillah selamat aku.
2.Melibatkan Material:
  1. Dalam kehidupan suami isteri semuanya melibatkan material.100% tanggungjawab suami.Cuba rujuk surah an-Nisa ayat 34.Ketua adalah suami.Allah telah lantik kamu menjadi suami.Tidak kira gemuk ke,kurus ke,bergaji tetap ke,tidak ke...isteri tidak boleh rampas kuasa suami.
  2. Diwajibkan suami membelanjakan sebahagian pendapatannya kepada isteri.Ingat tak lagi kerana sayang dan cintanya kamu,sanggup memberi hantaran yang banyak dan berjenama.Apa yang diingini kekasih hati diberi.Lepas nikah bagi pelempang.Sebab apa...banyak hutang.Kalau tak mampu jangan buat hantaran.Buat yang wajib saja.Kalaulah pendapatan suami cuma Rm1000 sebulan maka wajib dia menyerahkan RM500(separuh) kepada isterinya.Suami pun kadang2 tak faham.Adakah patut minta duit rokok daripada isteri?Ingat apa isteri nak,suami perlu bagi.Biar suami yang beli.Tapi janganlah pulak kalau suami tu kerja buruh kasar anda minta Perdana V6.Biar suami yang beli barang.Barulah ada tanggungjawab.Anda tau tak Salwat?Ini bahasa arab...ia seluar dalam tapi bertali.Bukan macam zaman sekarang ni macam2 fesyen seluar dalam.Cuba bayangkan tiba2 salwat isteri pakai talinya terputus.Suami bertanggungjawab mencari tali baru.Dalam Feqah ada disebut suami bertanggungjawab walaupun pada hal remeh-temeh.Kot2 lah dalam kereta tiba2 isteri bersin kuat,tali salwat lak terputus...hei...suami kena cepat2 cari tali baru.Cuba bayangkan benda remeh-temeh pun tanggungjawab suami,apatah lagi bila melibatkan kebajikan isteri/anak,barang dapur dan lain-lain lagi.  
3.Melibatkan Rohani/Spiritual:Kalau dalam rumahtangga apa jadi kalau suami tidak solat?Cuba pulak kalau isteri tak solat,suami tanggung dosa.Anak tak solat...mak bapaklah tanggung bersama.Dosa diri sendiri tidak tertanggung apatah lagi nak tanggung dosa isteri.Bukan takat solat je.Kena pulak pastikan isteri cukup solatnya.Takda tertinggal walaupun 1 waktu.Bayangkan sampai peringkat isteri datang haid pun,suami kena kira.Para isteri pun sekarang ni suka melewatkan mandi.Allah dah bagi 7 hari cuti.Tapi masuk hari ke-9 baru nak mandi hadas besar.Macam mana isteri nak beritahu suami yang anda datang haid.Cakap direct lagi senang.Tapi kalau malu sangat sediakan kain perca atau baju merah.Hah,pacak bendera tu depan pintu bilik.Yang suami pulak termenung je tengok bendera merah.Suami perlu tau hari isteri anda haid.Katalah hari Jumaat hari pertama haid.Kira sampai genap seminggu,jatuh pada hari Khamis.Jadi suami perlu pastikan isteri solat malam tu.Suruh isteri turunkan bendera.Ini tidak....bila suami tanya dah kering ke belum."Alah abang ni sabarlah sikit".Ini bukan soal sabar,nak ikutkan dah lama sabar...7 hari tu.Ini soal tanggungjawab.Cuba bila suami tanya dah kering ke belum.Jawab jelah "Belum,bang".Kan sedap telinga suami dengar.Sama2 kejut waktu solat Subuh.Kalau ini pun suami gagal,bayangkanlah bagaimana suami nak pikul tanggungjawab yang lain.Anda para suami memang hebat jika mampu memimpin isteri menjadi isteri yang solehah.Anda para suami mendapat nikmat besar jika mendapat isteri yang solehah.Janganlah isteri mencabul kehormatan suami.Macam mana tu?Isteri zaman sekarang dah tak malu2 bersalam tangan dengan bukan muhrim.Jumpa klien salam tangan,jumpa officemate baru..salam tangan.Tapi dengan suami sendiri malas nak salam.Nak salam pun tunggu Hari Raya.Betul,ada isteri tak suka dan malu salam tangan suami.Bila raya emak tolak anak,anak tolak mak.Segan dan kekok nak salam suami.


Nota Comel:Apa pulak Tanggungjawab Isteri kepada Suami?Kite jumpa di artikel Part 2 pulak ye.Letih dah jari ni menaip.Terima kasih sudi baca.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...