0

Ngangkung....rugi tak tengok!

02:48 |


Salam semua.Malam minggu hubby ajak ronda2 Sunway Pyramid.Disebabkan hubby baru balik outstation barulah dapat celebrate my birthday.Mula2 ingat nak gi I-City tapi disebabkan hujan,terus menghala ke Sunway.Apalagi layan 'Ngangkung' ler kat TGV....Konon nak snap foto anak2 kat poster...tapi punyalah ramai,malas nak menyelit-nyelit.Ok kite kongsikan sinopsisnya ye;

Sinopsis:

'Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya.
Filem Ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya.
Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil Ngangkung.
Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli.
Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka?
Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”. Sebuah lagi filem komedi seram terbitan Metrowealth (MIG).
Tok… Anak cucu mintak nombor ekor boleh?


Melakonkan watak sabagai Tasnim(Azad)-Azim(Sam)-Wan(Angah)
"Jangan pandang belakang....jangan tegur"
Ngangkung
Pengsan ketakutan sampai masuk hospital
Ngangkung
'Balik...aku cakap balik"



Ulasan:

Wah..tak rugi tengok.Dari mula asyik gelak jer,bergegar rasa screen tu.Mula2 ditunjukkan Wan(Angah RL) dan Tasnim(Azad Jasmin) bersama Pendeta loghat Kedah(Mazlan Pet2)tengah bermantera depan sebuah perigi lalu kuarlah hantu pompuan kulit biru tu....yang lawak hantu tu siap jalankan buah dam lagi.Wan lari lintang pukang setelah terasa dadanya hampir disentuh(kelakar giler masa ni).Azim pula selalu pening kepala kerana duit manjang tak cukup dan letih dengar leteran isterinya Suri(Eira Syazira).Yang kelakar tengah sedap2 Suri pot...pet...pot..pet anaknya Wahida berikan segelas air "Mak minum dulu ye...mak mesti penatkan".


Azim memang tak suka ikut 2 orang kawannya...tetapi satu malam dia teringin nak tengok proses2 Ngangkung.Tasnim membawa kotak mengandungi lembing.Setelah diseru Pendeta...memanglah lawak seru siap sembur air bunga dan jelir2 lidah...maka kuarlah hantu pompuan biru tadi.Masa ni anak2 kite memang dah tekup muka tapi curi2 tengok lagi.Lepas dapat nombor yang dihajati tak sempat lagi Pendeta bagi pesanan,terus lesap  diaorang ni.Yang kelakar dengan hantunya sekali balik....ikut diorang naik 4x4(4 wheel drive).Yang best diorang excited dapat nombor,siap menyanyi dan....hantu pompuan tadi pun siap goyang2kan badan duk di belakang.Tapi part kelakar habis je lagu terus radio putarkan zikir....terdiam semua dan hantu tadi siap tutup telinga...panas.

Dalam perjalanan pulang Wan tak tahan nak terkencing kat tengah2 hutan lak tu.Elok je kencing "Nenek cucu tumpang kencing"-"Bila masa pula aku kawin ngan atok kau"(yang lawaknya hantu sempat skodeng lagi tengok 'anu' Wan ha3....).Apalagi Wan punyalah terkejut dan tak sempat nak zip seluar,kelam kabut lari nak masuk 4WD.Punyalah 'cantek' hantu ber'posing' atas bumbung...ha3...mana nak tengok model hantu wooo....Itu sebabnya Wan pengsan dan dimasukkan ke hospital.Esoknya nombor yang dibeli tidak mengena...habis gaji Azim... Tasnim marah2...Wan pula masih di wad.Disebabkan Wan masih MC Azim diminta menggantikan Wan untuk menghantar barang ke Kelantan.Tanpa fikir panjang dan mahukan duit banyak untuk beli nombor, Azim terus setuju.Sepanjang perjalanan pulang selesai tugasnya,Azim secara tak sengaja terjumpa seorang bomoh.Di sinilah dia mendapat selendang pink(herman tino ha3...) yang tertera nombor dan dia melalui proses 'menurun'.Yang kelakarnya tiba2 Azim mahir 'keche kelante'....memang sempoi.


Azim berjaya dapat 1st prize hasil nombor yang dibeli.Dari situ Azim sudah mula percaya kekuasaan selendang merah dan berlaku satu kes di mana anak kesayangannya Wahi memakai selendang tu.Seolah2 dirasuk Azim bertindak menampar Wahi dan berlalu pergi membawa selendang tersebut.Setelah Wan keluar wad,dia ingin membeli makanan ditemani bininya(Effa Narisya).Wan pulak terkejut tengok gambarnya ditampal sebagai Wanted.Konon nak tipu bini "Abang buka syarikat...Wan tu nama abang..Ted tu nama kawan..so gabung...Wanted....".Sebenarnya kerana gila mengangkung dan berjudi Wan telah berhutang Along sebanyak RM 3000.Hinggalah satu malam geng ALong telah datang memukulnya di rumah disaksikan bini dan ibunya.

Tasnim pula rasa marah dan tidak puas hati Azim menang besar,dia menyalahkan penunggu lembing.Tiba2 "Relaklah,bang...hari ni hari dia...esok hari abang pulak".Tiba2 je muncul hantu pompuan ni.Tasnim marahkan Pendeta dan berasa tertipu,dia terus membaling kotak lembing ke jalan raya.Tetapi elok je dia balik bininya beritahu ada kawan berikan barang.Rupanya kotak tadi yang dibuang.Dalam ketakutan tiba2 muncul elok je hantu pompuan tadi duduk di sofa.Masa ni memang ramai gelak bila bininya tanya "Siapa dia ni,bang.Macam mana dia ada kat sini".Ha3...boleh lagi bini dia tanya...kalau kite dah lama kejung kat situ.

Tasnim gembira apabila bininya(Puteri Mardiana) disahkan mengandung setelah 5 tahun menunggu.Ada banyak juga scene kelakar melibatkan Doktor Pakar Sakit Puan yang dilakonkan Azlee Senario.Yang best waktu Tasnim kantoi baru keluar kedai Ke Ku Da beli nombor.Doktor siap perli "Kalau nak tembak biar kena badan...jangan kena ekor"(sambil ibu jari menunjuk ke arah kedai nombor).Disebabkan melanggar sumpah yang pernah dilafazkan Tasnim yang berjanji akan berhenti mengangkung kalau bininya pregnant....Kuasa Allah bayi dalam kandungan bininya ghaib.


Setelah berlaku pelbagai perkara menakutkan dan menyedihkan...akhirnya 3 orang sekawan ni pun insaf.Akhir adegan 3 orang sekawan ni hendak menuju surau setelah sekian lamanya tidak ke sana.Melalui pula kawasan perkuburan...dah tentu dalam otak diaorang terfikir ngangkung.Tapi keinsafan sudah menebal dan diorang pun menuju ke surau.Tiba2 ternampak iklan ditampal di pokok."Mahu kaya-Mahu Duit.Anda Berani-hubungi DT Rich".Ha3...sempat selit lagi nama David Teoh sebagai Along.

Itulah panjang lebar ulasan kite.Tak tahulah kalau korang masih tak nak tengok...rugi tau.Siapa yang tengah stress dan tak tahu nak buat apa hujung minggu ni...bolehlah rehatkan minda,lebarkan mulut untuk ketawa,kejutkan usus kecil/besar dengan lawak pecah punggung...opssss...panggung.Banyak scene2 yang sambil menghiburkan,ia memberi keinsafan dan pengajaran.Ok apalagi serbulah panggung wayang yang berdekatan.



Nota Comel:Pelakon Effa Narisha yang wataknya sebagai isteri Angah RL tu...class mate kite masa Darjah 6 pada tahun 1990 di Shah Alam.Nama asalnya Muzlifah.Kitorang rapat duduk pun sebelah2.Teringat dolu2 selalu sama ada kite atau pun dia datang rumah main lompat getahlah..dan macam2 permainan budak pompuan.Mak dia ni kerja RTM dan dia pernah ajak kite uji bakat lakonan.Mak dia boleh tolong.Tapi kite ni pemalu teramat sangat.Tapi hubungan kitorang pun sampai Darjah 6 je lepas tu dia pindah.Kite ada alamat dan no telefon tapi dah lama...ntah manalah hilang.Memang banyak dia ni berlakon di samping hero/heroin terkenal.Tak sangka berjaya juga dia jadi pelakon.







Kredit Info & Foto:






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...