Tukar warna layout blog

16:43 |
Salam Maal Hijrah 1423.Syukur alhamdulillah semalam kite bersama hubby dan anak2 sempat membaca doa akhir tahun dan awal tahun.Harap korang semua pun dah bersedia untuk menempuhi kehidupan yang serba baru,azam baru dan memperbaiki lagi amal ibadat.Rasa takut sekarang ni asal baca je paper,tengok je berita ehrmm....accidentlah,kes bunuh,buang bayi,rogol dan macam2 lagi yang dah jadi perkara biasa dalam kehidupan.Harap hidup kite semua dilindungi Allah s.w.t daripada kezaliman manusia dan hasutan syaitan.


Ok sempena Tahun Baru Hijrah di Awal Muharam ni...kite tukar template yang baru....sedih sebenarnya.Tetapi disebabkan terlalu banyak masalah semasa menggunakan background daripada designer yang kite suka...lastly decide nak tukar template.Template lama dulu,cukup susah nak cari kod html masa nak add widget.Geram dan jealous bile tengok tutorial blogger,semua kite tak dapat buat.Malas nak pening kepala so kite tukarlah template.Disebabkan banyak gak lah pengalaman guna pelbagai jenis template dari pelbagai designer,maka dah biasa gak lah bermain dengan kod html.Try & error perkara biasa bagi newbie macam kite,kadang2 menjadi kadang2 hampeh huhu..


Ok back to the title post above...chewah..korang mesti pernah berdepan tiap kali tukar template baru,mestilah nak kekalkan widget daripada template lama.kan?Nak2 lagi dah banyak giler korang add widget.Jenuh woo nak buat balik,tak sanggup nak mengedit kod html lagi.Dah tentu background content yang terletaknya main-wrapper blog post(bahagian artikel korang type) kadang2 putih je...yang berwarna cuma bahagian outer wrapper post(luar bahagian post) dan background header.Sudah tentulah kite nak mencantikkan lagi dengan warna biar matching ngan template.


Contohnya background main-wrapper blog kite sebelum ni warna putih.Setelah kite gunakan Kod Warna HTML barulah bertukar warna Pale Turqoise.Begitu juga dengan outer-wrapper daripada White kite tukar jadi Pale Turqoise.Korang juga boleh tukar sidebar-wrapper yang mengandungi About Me,Senarai Blog List korang dan widget2.Dulu sidebar-wrapper kanan dan kiri asalnya White,kite telah tukar kepada Thistle(ungu lembut).Tetapi diingatkan korang mesti back up template dulu,tiap kali edit kod html mesti Preview dah puas hati baru Save.Buat step by step untuk satu baru Save.Jangan buat sekaligus.Takpa lambat asal work smart.


Inilah tutorial yang kite dapat dari sini.Korang godek2 lah untuk faham maksud main-wrapper,sidebar-wrapper dan outer-wrapper.Dah ready?Tarik nafas panjang2 ye korang semua sebab kite nak menyelam ke dalam lautan HTML yang penuh ranjau Alphabetical dan Numeral.


1.Design>Edit HTML>Expand Widget Template
(Jangan lupa back up template)


2.Tekan Ctrl+f untuk Find kod ini
 #main-wrapper {
Korang akan jumpa;

#main-wrapper {
background: #B300FF;
width: 600px;
float: $startSide;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}

Background color korang boleh pilih daripada link Kod HTML yang diberikan tadi.Just ganti tulisan merah dengan color korang nak.Macam kite tadi pilih Pale Turqoise.


3.Untuk sidebar-wrapper korang  cari pulak kod ini (Ctrl+f)
#sidebar-wrapper {
Korang akan jumpa;
 #sidebar-wrapper {
background: #B300FF;
width: 300px;
float: $endSide;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}
Macam template kite ada sidebar kanan dan kiri so kena cari dua sidebar-wrapper.Korang cari;


 #sidebar-wrapper-left {
#sidebar-wrapper-right {
 Cuma tukar je blackground color.


Harap korang semua berjaya mencantikkan lagi blog.Jangan lupa tinggalkan komen dan kredit kalau korang guna info ni.Tak baik tau...kalau kite semua tak bagi kredit pada blogger yang bersusah payah bagi tutorial panjang lebar.


Sharing is Caring

Kredit Info:

  1.  http://redboys.info
  2. http://html-color-codes.info
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...