0

Ubat untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi

23:24 |
Assalammualaikum semua,hujan petang tadi buat sejuk je malam ni.Nak type entri pun terbayang2 selimut pink kite.Tapi dah kena Nescafe se'mug' perghhh...terbeliak balik mata ni.Erm korang pun tau siang tadi bro BA gi klinik dan tekanan darah tinggi quite high.So kite nak kongsikan artikel yang kite kumpul dan jadikan koleksi.


Daun Sup
Dalam istilah saintifik ia dikenali dengan nama Apium Graveolens.Ia juga dikenali dengan nama daun saderi.Ia sejenis sayuran berbatang lembut yang kaya dengan zat besi,protein,fosforus,natrium,karotena,vitamin B dan C serta magnesium.Berdasarkan ciri fizikal,daun sup di Asia dan di Barat agak berbeza.Daun sup Asia lebih halus,bewarna hijau gelap dan memiliki rasa yang lebih kuat berbanding daun sup di Barat.


Dari segi fungsinya pula,daun sup dipotong dan digunakan sebagai bahan perasa malahan adakalanya turut dicampurkan ke dalam sup atau kuah sos.Seperti tumbuhan lain,daun sup juga memiliki manfaat yang tak kurang hebatnya.Jika dilihat dari luaran,mungkin ada yang tak percaya jika dikatakan bahawa daun ini mampu membantu menurunkan tekanan darah tinggi.Berdasarkan sejarah,masyarakat Rom dahulu kala menjadikan pokok sup sebagai hiasan.Daun sup mula dimanfaatkan sebagai antara ramuan penting dalam masakan sejak tahun 1640.Bermula pada tahun 1942,daun sup dikenal pasti berupaya menjadi penawar kepada penyakit tertentu.


Cara Rawatan


Bagi merawat penyakit darah tinggi,antara kaedah yang boleh diguna pakai adalah dengan memasukkan sedikit hirisan daun sup yang dipotong kecil dan ditumbuk halus bersama sedikit air dan gula.Kemudian minum airnya.Agar lebih berkesan amalkan meminum airnya sebanyak 3 kali sehari.


Selain darah tinggi ia juga boleh digunakan untuk mengubati masalah keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.Sebagai contoh;terpijak paku karat,jangkitan kuman di bahagian luka atau sepsis(melecur teruk hingga menyebabkan masalah keracunan dalam darah).Dalam situasi ini kandungan garam galian di dalam daun sup dipercayai dapat memulihkan sifat alkali dalam darah dan mampu menghentikan pembiakan kuman.


Buka itu sahaja daun sup dapat membangkitkan selera makan,menghentikan pendarahan dan membaik pulih fungsi hormon yang terganggu terutama masalah berkaitan haid seperti sakit sewaktu datang haid,haid tidak teratur atau haid terlalu banyak.


Untuk mengatasi masalah hipertensi ambil daun sup secukupnya dan rebus serta tapis airnya.Amalkan meminumnya sebanyak 3 kali sehari dengan 2 sudu besar.Pun begitu anda perlu berhati-hati kerana kuantiti yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan.


Agar mata sentiasa sihat dan terang,ambil 2 tangkai daun sup,2 tangkai bayam dan 1 tangkai daun kemangi.Bahan2 tersebut kemudiannya ditumbuk dan direbus bersama segelas air hingga mendidih serta insya Allah impian untuk memiliki mata yang sihat dan terang akan dapat direalisasi.


Nota Comel->Artikel ini daripada majalah Harmoni ruangan Khasiat.Dulu hubby kite pun ada sedikit tekanan darah tinggi.Ada kawan beritahu blender batang saleri,epal hijau dan timun agak2 banyak mana nak minum...kenalah buang kulit timun tu.Epal tak perlu buang kulit.Campurkan sikit je gula pasir untuk penyedap rasa.Tak tahulah sebab hubby tak pernah cuba.Atok kite memang pernah cuba daun sup ni untuk turunkan darah tinggi,alhamdulillah menjadi.Kadang2 masa masak sup atau buat nasi goreng ke,masak sayur goreng ke..campak je hirisan daun sup.Dan makan seperti biasa.Kite memang tak boleh kalau takde daun sup,baunya yang wangi membangkitkan selera anak2 untuk makan.Ok selamat mencuba.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...