2

Ucapan Syukur & Takjub Pada Nikmat Allah s.w.t.

01:55 |
Assalammualaikum semua.Sudahkah semua bersyukur hari ini?Berapa kalikah mulut menyebut syukur?Berapa kalikah tangan ditadah ke langit untuk bersyukur?Hari ni kite nak berkongsikan satu lagi doa,pendek je.Jom mulakan dengan;


 

Maksudnya:"Semuanya adalah kehendak Allah.Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah."

Keterangan ayat

Daripada Anas r.a bahawa Nabi s.a.w.bersabda,maksudnya:"Sesiapa yang melihat sesuatu yang mengagumkan,maka hendaklah dia membaca ayat di atas.Nescaya dia tidak akan memudaratkannya."(HR Ibn Sunni).Al-Imam Abu Muhammad al-Qadhi al-Hussein menceritakan dalam kitabnya al-Ta'liq Fil Mazhab bahawa,pada zaman dahulu,seorang nabi yang merasa kagum dengan bilangan umatnya yang ramai lalu dalam sekelip mata seramai 70,000 umatnya telah meninggal dunia.Lantaran itu Allah s.w.t.telah mewahyukan kepadanya:"Jika kamu meminta perlindungan Allah dengan membaca doa seperti di atas tentulah Allah akan memelihara mereka."

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah,amatlah dituntut ke atas setiap individu yang merasa kagum terhadap nikmat Allah yang dianugerahkan kepadanya seperti kebun,tanah,rumah,harta,keluarga dan anak2nya agar membaca doa ini.Semoga dipelihara Allah daripada segala bencana.

Zikir Asma Ul Husna

Bacalah Ya Majid setiap masa yang anda dapat setiap hari,insya Allah anda akan mendapat rahmat dan keredhaanNya sentiasa.







2 comments

7/1/11 13:20

sangat tertarik dengan doa ini.setelah mendapat nikmat daripadaNYA,kita sepatutnya bersyukur walaupun nikmat itu memaksa kita untuk memilih.Alhamdulillah.Tq utk doa ini alea.

7/1/11 14:56

alhamdulillah smga kite semua dapat mdpt hidayah dan petunjuk dari-Nya amin.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...