4

Zon Lelaki SaHaJa!!!

12:31 |
Sebelum korang teruskan bacaan kite nak minta maaf kalau entri ni tak kena langsung ngan korang.Anggap ini sebagai bacaan ringan,sambil korang perah idea nak buat entri untuk segmen/contest.Kite dapat ni daripada Majalah Harmoni bukan kite reka sendiri.Penulis artikel ini ialah Noridawati Nahrawi ruangan 'Perihal Lelaki'.So korang jangan saman kite pulak.


Lelaki cemburu?Kenyataan ini agak janggal pada pendengaran kerana cemburu sinonim dengan wanita.Bagaimanapun,ia bukan sesuatu yang mustahil kerana lelaki juga memiliki perasaan.Biarpun ada yang menyatakan cemburu tandanya sayang,namun jika keterlaluan bimbang boleh mendatangkan kemudaratan.Kebiasaannya lelaki amat kuat cemburu sewaktu berada dalam fasa percintaan dan perasaan tersebut berkurangan apabila menjejakkan kaki di alam perkahwinan.Apa pun,cemburu lelaki sebenarnya berbeza-beza mengikut bulan kelahiran mereka.


21 Jan-19 Feb
Lelaki Aquarius agak luar biasa.Cara mereka menunjukkan perasaan cemburu juga agak pelik iaitu menggunakan ayat/perkataan secara sindiran atau memerli.Bagi wanita,bersuami atau bertemankan lelaki dari golongan ini sentiasalah berhati-hati dan jangan menganggap mereka sedang bergurau.Ini kerana apabila topik perbualan hanya tertumpu pada seseorang,itu menunjukkan dirinya sedang cemburu.
NC-> Tak betul juga sebab kite ada ramai kawan lelaki berbintang Libra dan diorang ni memang loving+caring


20 Feb-20 Mac
Lelaki Pisces kuat cemburunya.Justeru jangan terkejut apabila dikatakan indeks cemburu mereka amat memeranjatkan.Sekiranya didapati isteri atau teman wanitanya 'menderhaka',lelaki ini akan membuatkan anda meraung-raung sehingga mengeluarkan airmata.
NC->Semua lelaki akan mengamuk kalau awek/isteri curang.So janganlah cari pasal ye..

21 Mac-20 April
Lelaki Aries memiliki sifat suka memerintah secara semula jadi,dan juga gemar mengawal orang lain.Kerana terlalu sayangkan pasangannya,apabila berhadapan dengan 'musuh' isteri/kekasihnya dia akan segera mengambil tindakan agar pihak lawan berundur diri daripada cubaan mengurat kekasihnya.
NC->Harap tindakan yang diambil tak lah membahayakan diri semua orang.

21 April-21 Mei
Seorang yang peramah dan sangat jujur.Bagaimanapun awas kerana dia juga sebenarnya seorang yang cemburu.Lelaki Taurus biasanya tidak dapat menerima hakikat sekiranya isteri/kekasih keluar bersama lelaki lain meskipun lelaki tersebut sahabat baiknya.Justeru,buatlah persediaan untuk memberikan penjelasan sekiranya keadaan tersebut berlaku. 
NC->X-bf kite dulu Taurus.Couple 5 tahun,tak tahan cemburu sangat sampai mengongkong pergerakan even though keluar ngan member sendiri.Pernah kite habis kelas,nak release tension kite tengok movie kat TGV,1 Utama(kite study KBU masa tu).Boleh dia follow dan beli tiket duduk 2 row belakang dari kite.Punyalah cemburu!Ada juga member pompuan Taurus juga,pun cemburu yang amat!Harap tak semua Taurus kuat cemburu,tapi diorang ni kalau dah sayang giler,korang rasa macam bidadari pulak betul ^-*

22 Mei-21 Jun
Lelaki Gemini menganggap cemburu adalah satu permainan sahaja.Ini kerana mereka juga tergolong sebagai lelaki yang suka 'main-main'.Malahan mereka juga paling benci pada cinta secara paksa.Justeru,tidak hairanlah sekiranya indeks cemburu lelaki Gemini kurang jika dibandingkan dengan lelaki lain.
NC->Kite takda pulak kawan yang berbintang gemini.Adik pompuan kite Gemini tapi ini lelaki,kan?

Cancer - The Crab
22 Jun-23 Julai
Secara kebetulan lelaki Cancer terbalik dengan lelaki Gemini.Dia sebolehnya tidak mahu berjauhan dengan isteri/kekasih malahan suka berkepit ke mana-mana.Ini kerana dia memiliki perasaan kosong dan rasa tidak selamat apabila sendirian.Sekiranya pasangan meninggalkannya,tahap cemburunya itu boleh menyebabkan dunia ini menjadi huru-hara.
NC->Berkepit..berkepit juga jangan sampai hampiri zina ye.


24 Julai-23 Ogos
Lelaki Leo agak misteri.Biarpun memiliki ego yang tinggi,namun dia sangat tabah.Dia tidak akan cemburu disebabkan perkara remeh-temeh tetapi juga tidak akan menjatuhkan air mukanya kerana cemburu.Dia juga mampu mengawal perasaan marah dan berbicara dengan tenang sewaktu berbincang dengan pasangannya.
NC->Yuhuu...ada sesiapa yang berbintang Leo ke?Cayalah untung sapa couple dengan Leo ni.

24 Ogos-23 Sept
Cemburu lelaki Virgo paling memeranjatkan.Ini kerana lelaki Virgo sering berasa curiga dan berfikiran negatif.Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupannya.Meskipun amat mencintai pasangannya,namun dia tetap bergaduh besar kerana cemburu.
NC->Kite ada kawan lelaki dan perempuan yang berbintang Virgo.Diorang ni memanglah baik dan setia orangnya.Tapi jangan buat dan timbulkan tanda2 yang mencurigakan..hah..get ready jelah.

24 Sept-23 Okt
Jejaka Libra seorang yang mementingkan imej dan tatatertib.Sedar cemburu boleh menjejaskan imejnya,maka dia rela mengekalkan penampilannya yang baik itu.Dia juga tidak mahu menimbulkan ketegangan dan perselisihan faham dengan pasangan akibat cemburu kerana menganggap ia boleh menjejaskan hubungan.
NC->Wah,bagusnya!

24 Okt-23 Nov
Semakin mendalam cinta terhadap pasangan,semakin kuat juga perasaan cemburu yang ada pada lelaki Scorpio.Lebih2 lagi jika pasangannya berkelakuan mencurigakan.
NC->Ini memang betullah.My hubby,abah,kembar kite dan kawan berbintang Scorpio.No comment kang my hubby baca he3....

23 Nov-21 Dis
Cemburu lelaki Sagittarius datangnya cepat dan perginya juga begitu.Dia selalunya cemburu sebelum mengetahui perkara sebenar,namun apabila mengetahui perkara sebenar cemburunya pun reda.Dalam pada itu sekiranya ada matlamat baru,dia tegar meninggalkan pasangannya yang cemburu itu.
NC->Kite lah tu...opss..ini zon lelaki daa...

22 Dis-20 Jan
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik kerana sering berasa rendah diri.Apabila berasa cemburu dia tidak akan mempamerkannya pada pasangan,sebaliknya melepaskan ketidakpuasan hatinya pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
NC->Yelah kan,kalau dah geram sangat korang bersukan je.Kickboxing ke,bowling ke,skuasy ke janji tempat yang ada sasaran dan hentaman.Kalau hati tengah panas,korang main lak layang2 erm...silap2 korang koyak rabak layang2 tu.Kesian layang2 tu jadi mangsa.....




Kredit Info:
Majalah Harmoni



4 comments

25/12/10 12:41

saya libra...
same kot laki or pompuan..
kih3

25/12/10 13:10

@NadiRah

ye ker..woishh ni zon lelaki je..nti kite godek2 ttg gurls pulak ye

25/12/10 14:03

warghhhhhhhhhhhhhh....ada la yg terkena batang hdung sniri...kui3...thnks fo da info~

25/12/10 14:53

@:Cikgu Akim:

alah cikgu kite diam2 je jgn bthu apa bintang cikgu he3...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...