0

Zon perempuan je..lelaki syuh..syuh..

13:29 |
Elakkan Miss V berbau


Assalammualaikum semua,hari ni belek punya belek terjumpa artikel yang dah lama kite simpan.Tak salah rasanya berkongsi dengan kawan2 yang bergelar wanita/perempuan/awek/gurl/nona manis dan sebagainya..tapi lelaki jangan baca.Korang gi tengok entri kite yang lepas2.Hah,buat apa tu...jangan baca kang ketumbit mata tu!


Lazimnya kaum wanita hari ini lebih menfokuskan kepada kecantikan serta penampilan diri semata-mata.Itulah rutin harian wanita,pantang celik je mata terus menghadap cermin dan membelek muka.Ada sesetengahnya pula sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk bersolek sebelum keluar rumah/kerja.Berapa banyak pula kos bulanan untuk beli penjagaan kulit muka,make up dan sebagainya.


Sehingga mereka terlupa untuk memberikan sedikit perhatian kepada masalah dalaman yang tentunya akan timbul tanpa disedari.Ramai yang tidak begitu prihatin terhadap kesihatan diri terutama yang berkaitan dengan penjagaan serta rawatan organ rahim termasuklah liang Miss V.Tanpa rawatan rapi,organ rahim dan liang Miss V amat mudah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.Jika dibiarkan berterusan pastinya akan mudaratkan.Saat bersama suami juga sudah tidak seindah awal perkahwinan dahulu.Gangguan bau tentunya akan menjarakkan kemesraan suami untuk terus bersama.

Akhirnya hubungan akan menjadi semakin retak.Si suami tidak lagi berminat untuk mendekati isteri.Oleh itu isteri perlulah bertindak segera agar ia tidak berlarutan.Untuk mengelakkan masalah ini menjadi serius,pengambilan makanan perlu dijaga kerana pemakanan yang tidak elok dan seimbang mampu memberikan kesan buruk pada kesihatan.

Mengawal Pengambilan Makanan

Mungkin ramai tidak menyedari bahawa antara faktor yang menyebabkan Miss V berbau adalah disebabkan pemakanan yang diambil.Justeru jauhilah makanan yang menjadi 'musuh' bagi kaum wanita.Antaranya;

  1. Petis->Atau dikenali sebagi otak udang.Makanan yang dicampur dengan bahan tersebut seperti rojak,laksa.
  2. Belacan,cencaluk ataupun budu.
  3. Elakkan mencampurkan lauk daripada daging lembu dan ikan kering.
  4. Elakkan daging ayam dan kerang rebus disatukan menjadi satu lauk dalam satu masa.
  5. Jenis makanan daripada tempoyak.
  6. Petai,jering,pisang hijau dan durian.
Menjaga Kebersihan Diri

Ramai yang berpendapat,kebersihan sewaktu mencuci ketika membuang air besar sahaja yang perlu dilakukan dengan betul,tetapi sebenarnya ketika membuang air kecil ia juga perlulah disempurnakan.Begitu juga dengan seluar dalam yang dipakai hendaklah sentiasa bersih dan kering.Elakkan memakai seluar lembap kerana ia akan membiakkan pertumbuhan fungus dan bau yang tidak menyenangkan.

Amalkan Petua Tradisi

Ambil 10-20 helai daun sirih dan rebus sehingga mendiidh.Bahagikan kepada dua,iaitu sebahagiannya untukdiminum(segelas sehari) manakala selebihnya digunakan ketika membasuh di bahagian Miss V.Sebolehnya setiap hari agar bau di sekitar organ rahim dan liang Miss V tidak lagi menjadi masalah yang memalukan.Semoga dengan kesedaran yang timbul akan menamatkan segala masalah yang pastinya alan menjarakkan anda daripada insan tersayang.Lakukan sekarang dan jangan berlengah lagi.Selamat mencuba!


NC->Kalau malas dan leceh nak cari daun sirih,beli je ni;

Lactacyd Femina Daily Protective Wash 300ml



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...