6

10 Perkara Jangan Lakukan Di Facebook

12:00 |

1)Status mengatakan kamu seorang diri di rumah atau kerja lebih masa di pejabat.Bukan itu saja,malah kamu siap beritahu berapa lama kamu berseorangan.Bahaya betul!->Kot ye pun nak friendly agak2 lah ye.


2)Gambar helaian dokumen sulit seperti penyata akaun.Bukan saja kamu bakal dituduh 'suka menunjuk',tanpa sedar kamu juga sebenarnya mendedahkan butiran peribadi yang tak sepatutnya diketahui orang lain.->Tulah jangan kerana nak berlagak dan tunjuk hebat..diri jadi sasaran penjenayah.


3)Upload gambar 'terlampau',walaupun hanya orang tertentu saja yang boleh melihatnya.Bayangkan jika mereka sebarkan foto tersebut!->Banyak dah berlaku dan tak serik-serik juga.Paling latest kawan Fasha Sandhalah,kan?Yang jadi mangsa(sengaja offer diri)tak lain tak bukan Fasha sendirilah.


4)Merungut perihal kerja walhal majikanmu juga ada dalam senarai temanmu di Fb.Ia pasti akan menjejaskan reputasi kerjayamu->Ini kes benar baru jugak berlaku..adalah 'seseorang' ni gi buruk-burukkan x-bos erhmm..dahlah dulu keje situ,dapat gaji bos tu bagi..awatlah nak dijaja kisah orang tu kat Fb.Buat apa nak mengaibkan orang?Tak puas hati face to face habis citer..tak yah bawa book.Yang best tu,x-bos dia siap godek Fb nak baca apa yang 'seseorang' tu komen.


5)Syok sendiri.Kamu suka 'Like' dan komen pada gambar atau status kamu sendiri.->Kite tak ikut kembang,Fb kite pun dah bersawang dan berlalang he3...takde masa nak klik 'Like'.


6)Beri pandangan peribadi mengenai perkara yang menyentuh sensitiviti teman Fb kamu yang berlainan bangsa dan agama.->Tak nak komen


7)Katakan sesuatu yang belum pasti seperti,"Saya dapat kereta mewah bulan depan!",malangnya bank tak luluskan pinjamanmu.->Tergolek terguling menangis satu hari pun tak dapat nak cover malu weih...


8)Status marahmu.Walau sedang 'panas',elak luahkannya di FB.Ada potensi untuk orang yang tak berkenaan pula yang terasa.Kamu juga dilihat sebagai 'minah baran'.->Ini satu lagi kite tak suka kat FB(blog pun ada gak he3..)Nak..nak lagi kalau wife and hubby bergaduh di alam maya.Perghh ayat tak ingat dunia..jagalah rahsia rumahtangga.Tak maulah semua orang tau korang gaduh..nak gaduh gi main jauh-jauh..tak mau kat FB.


9)Butiran lengkap seperti nombor telefon dan alamat rumah.Kamu memudahkan penjahat merancang sesuatu yang tak baik.->Ni bukan banci penduduk,tok sahlah sampai nak beritahu semua benda.


10)Jawapan telus.Apa saja yang ditanya,kamu pasti akan jawab,termasuklah angka gaji.Kamu mesti bijak rahsiakan sesetengah perkara di laman web sosial ye!->Aduh janganlah lurus sampai jalan tak nampak bendul!


Hah korang apalagi..dah update entri memasing kat blog,gi lah singgah Fb korang.Renovate apa2 yang patut.






Kredit Info & Foto:



  • Cosmopolitan Edisi Januari 2011

6 comments

12/1/11 12:34

thumbs up!

12/1/11 12:35

nice info

12/1/11 13:35

fb dah nk tutup..huhu

12/1/11 14:39

@BlueberrY CheesE

hye BlueberrY CheesE!sapa2 free tu,gi godek balik apa yg patut dan tak ptt dikongsikan di sana tau!

12/1/11 14:40

@anakibu

hye anakibu!tq sudi sggh sini ye!

12/1/11 14:40

@azuan

yuhuu azuan!alalh rileklah gimik je kot..yg penting blog kan ada he3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...