6

4 beradik dihalau ke hutan

07:37 |
DI SINI...bangsal yang dijadikan tempat tidur empat beradik selepas dihalau bapa mereka.
DI SINI...bangsal yang dijadikan tempat tidur empat beradik selepas dihalau bapa mereka.

SETIU: Gara-gara kakak sulung gagal memberikan wang gaji hasil kerja sambilan di kedai makan kepada bapanya, empat beradik iaitu tiga perempuan berusia lapan, 10 dan 14 tahun serta seorang lelaki berusia tujuh tahun terpaksa bermalam dalam hutan ketika hujan lebat berhampiran Kampung Guntung dekat sini, selepas dihalau bapa mereka yang panas baran, awal pagi semalam.

Selain itu, kakak sulung berusia 14 tahun yang sudah tidak bersekolah mendakwa turut diterajang lelaki berusia 59 tahun itu sebelum tiga lagi adiknya dihalau keluar dari rumah mereka di Kampung Saujana di sini, kira-kira jam 1 pagi. 


Lebih memeranjatkan, penderitaan empat beradik yang terpaksa berlapar sepanjang malam dalam kesejukan itu membongkar kejadian lebih tragis kerana mereka sebenarnya sering didera lelaki terbabit apabila disepak, diterajang, ditumbuk, dihentak dengan hulu parang serta dicucuh puntung rokok. 

Kesan kecederaan semua mangsa terbongkar selepas mereka dibawa ke Hospital Setiu (HS) di sini, untuk rawatan lanjut.


Sejarah hitam empat beradik itu berakhir apabila diselamatkan orang ramai yang menemui mereka di sebuah wakaf di Kampung Guntung, selepas dihalau lelaki berkenaan yang ‘naik hantu’ gara-gara kakak sulung gagal memberikan wang diminta.


Lelaki terbabit juga dikatakan berang dengan tindakan seorang daripada anaknya menghantar SMS kepada ibu mereka yang melarikan diri dari rumah sejak September tahun lalu. 

Harian Metro difahamkan, walaupun ibu kanak-kanak berkenaan meninggalkan mereka, dia masih berhubung melalui telefon dan sejak ketiadaannya, kehidupan empat beradik itu tidak terurus. 

Semua kanak-kanak berkenaan ditemui seorang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan hutan itu untuk menghantar anaknya ke sekolah yang kemudian memaklumkannya kepada penduduk kampung. 

Mereka kemudian menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Setiu yang kemudian memaklumkan jabatan itu tidak mempunyai kuasa sebelum mereka menghubungi Balai Polis Permaisuri. 

Berikutan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan yang kelihatan amat letih dan lesu sebelum menghantar mereka ke HS untuk pemeriksaan kesihatan dan kini dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. 

Ketika dirawat, detik hitam empat beradik terbabit terungkai apabila mereka didapati mempunyai kesan lebam dan luka lama dipercayai akibat didera. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan berkata, semua kanak-kanak itu kini ditempatkan di HSNZ selepas dirujuk dari HS. 

“Laporan polis itu dibuat orang ramai yang terserempak dengan kumpulan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya dan letih sebelum menghubungi polis meminta bantuan. 

“Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dimaklumkan dan membawa semua mangsa ke hospital untuk rawatan sebelum didapati mengalami kecederaan disyaki akibat didera,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. 

Susulan aduan itu, beliau berkata, kira-kira jam 7.15 malam semalam, polis menahan bapa kanak-kanak terbabit dan perintah reman terhadapnya akan dipohon bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31, Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.



Nota Comel->Alahai..apalah nak jadi ibubapa sekarang ni ye.Ni sah2 bapa budak ni tak bekerja ataupun kaki judi.Itulah akibatnya jika pasangan suami isteri yang bermasalah,anak2 jadi mangsa.Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil inisiatif menubuhkan talian khusus bagi aduan kanak-kanak dalam usaha memastikan permasalahan membabitkan golongan itu dapat ditangani segera. 


Kredit Info & Foto:


6 comments

27/1/11 08:04

yg maknya.. hny lpskan dr sndr jek..
nak lari.. angkut la ank2 sekali dah tau perangai bapak camtu...
sebaik org yg jumpa tu hubungii phk polis.. kalau yg jumpa bebudak tu berniat jahat.. tah apa la nasib diorg..

27/1/11 08:24

salam....

aiiii..mcm2 ja ada dlm dunia ni skrg kan...
kjap baca berita anak lawan mak bapak...kjap2 baca lg mak bapak dera anak...aishhhhh...susah btul la....tak tau nak ckp apa...dunia..dunia...

27/1/11 09:09

sampainya hati bapak dia buat mcm tu....sian kat anak2 kan

27/1/11 09:49

sedihnyer, sian budak2 tuh. harap bapak mereka yang tidak bertanggujawab tuh mendapat hukuman yang sewajarnye.

27/1/11 10:18

kesian kn? :(

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...